web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerusi DUN Sindumin Kekal Milik Dr Yusof

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2021 9:19PM

Dr Yusof Yacob

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya hari ini mengumumkan kerusi DUN Sindumin kekal disandang Datuk Dr Yusof Yacob.

Menurut Kadzim, keputusan tersebut dibuat setelah meneliti dokumen dikemukakan Dr Yusof, yang juga bekas Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah (WARISAN).

"Pada 8 Oktober lalu, Dr Yusof menghubungi saya dan memaklumkan keputusan beliau untuk meninggalkan WARISAN dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong kerajaan.

"Beliau turut memohon untuk berjumpa dan kami bertemu pada 11 Oktober lalu di pejabat," katanya.

Dr Yusof pada pertemuan itu jelas Kadzim, menyerahkan Deklarasi Berkanun yang antara lainnya menyatakan, beliau membatalkan ikrar dibuat dengan WARISAN sebelum Pilihan Raya Negeri diadakan pada 2020.

"Ia termasuk, jika ada, ikrar untuk mengosongkan kerusi DUN Sindumin sekiranya beliau meninggalkan WARISAN," katanya.

Kadzim M Yahya
Kadzim M Yahya

Menurut Kadzim, pada 15 Oktober lalu, beliau telah menerima surat pejabat peguam yang mendakwa, mereka dilantik oleh Dr Yusof, dan disertakan dengan surat peletakan jawatan, kononnya ditandatangani ADUN Sindumin itu pada 8 Oktober lalu.

Dr Yusof bagaimanapun menafikan perkara berkenaan dan mengemukakan satu lagi Deklarasi Berkanun bertarikh 16 Oktober bagi menegaskan penafian itu.

"Saya telah menerima tiga dokumen daripada Dr Yusof serta dua dokumen dari WARISAN atau ejen parti tersebut dan telah menentukan status kerusi DUN Sindumin berpandukan semua dokumen berkenaan, perjumpaan pada 11 Oktober lalu dan undang-undang sedia ada serta kes ADUN Sebatik sebagai rujukan.

"Berdasarkan itu, meskipun Dr Yusof bukan lagi ahli WARISAN, beliau masih kekal ADUN Sindumin," tegasnya.  

Dr Yusof pada 8 Oktober lalu mengumumkan keputusan untuk meninggalkan WARISAN dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong pemerintahan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau membuat keputusan berkenaan dengan alasan mahu memberi lebih tumpuan kepada tugas dan berkhidmat untuk rakyat. - Getaran, 25 Oktober 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 20 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan