web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tindakan Dr Yusof Tak Jejaskan Parti - Shafie Apdal

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2021 8:07PM

Shafie Apdal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob meninggalkan parti tidak akan memberi kesan yang teruk kepada Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, tindakan Yusof menggunakan alasan meninggalkan parti demi berkhidmat kepada rakyat adalah tidak wajar.

Menurut beliau, Yusof sendiri sebelum ini telah diberi jawatan penting dalam kabinet negeri iaitu sebagai Menteri Pendidikan dan Inovasi.

"Meskipun WARISAN bukan kerajaan yang memerintah, namun kami boleh memberi teguran atau pandangan bagi memastikan pentadbiran negara berada di landasan yang betul.

"Walaupun hanya sebagai pembangkang, WARISAN terus berkhidmat kepada rakyat termasuk menyampaikan bantuan seperti bakul makanan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, beliau tidak dimaklumkan mengenai keputusan Yusof untuk meninggalkan parti, jauh sekali merestui tindakan tersebut.

"Saya nampak keluar di berita bahawa ada keredaan daripada saya, ini tidak betul, tiada Presiden parti yang akan meredakan ahli atau wakil rakyatnya keluar parti," katanya.

Beliau berkata, tindakan meninggalkan parti adalah keputusan peribadi Yusof dan WARISAN akan mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara tersebut.

Jelas beliau, tindakan pernah diambil ke atas ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir sebelum ini dan kes berkenaan masih dibicarakan di mahkamah.

"Perbuatan keluar daripada parti ini bertentangan dengan surat taat setia yang ditandatangani semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu, malah semua wakil rakyat WARISAN perlu meletak jawatan sebagai ADUN sekiranya mereka berbuat demikian," tegasnya. - Getaran, 9 Oktober 2021

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad