web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Norhizam Perlu Bertanggungjawab, DAP Tidak Terimanya Sebagai Rakan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2021 11:49AM

Low Chee Leong - Gambar dari Facebook Low Chee Leong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong menyangkal kenyataan dikeluarkan ADUN Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee berhubung 11 wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) bersama empat lagi ADUN dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, hari ini. 

Menurut Chee Leong, hal itu tidak ada dibincangkan bersama pimpinan parti malah Pengerusi PH negeri juga menafikan hal itu.

“Merujuk kepada pengumuman Norhizam semalam, ADUN PH bersama empat orang ADUN yang mengisytiharkan tidak lagi sokong kerajaan PN akan menghadap Agong, Pengerusi PH Melaka Adly (Zahari) telah menafikan perkara ini. 

“Saya ingin menegaskan bahawa Norhizam harus berhenti mencemarkan nama baik PH, kerana bukan semua ADUN PH menerimanya sebulat suara. Jangan juga bermimpi DAP akan terima dia sebagai rakan,” katanya.

Chee Leong turut meminta supaya Norhizam bertanggungjawab atas kenyataan yang dibuat tanpa memaklumkan kepada PH.

“Norhizam ini siapa, PH tidak ada membangkitkan perkara ini dan kita tahu tidak boleh menghadap Agong tanpa melalui protokol yang betul,” katanya.

Sementara itu, Adly menerusi laman Facebook miliknya turut memaklumkan tiada rancangan bertemu Agong akan dilakukan dalam masa terdekat ini oleh PH Melaka.

Sebaliknya beliau memaklumkan, fokus pihaknya kini untuk membawa pembubaran DUN ke mahkamah bagi mempertikaikan proses dan fakta pembubaran termasuk menghormati perkara 19(2) perlembagaan negeri.

Semalam, satu kenyataan media dikeluarkan Norhizam mengatakan 15 ADUN akan menaiki bas ke Istana Negara, hari ini, bagi menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ia bagi menyelesaikan krisis pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang didakwa secara tergesa-gesa dan bertentangan dengan apa yang diamalkan di pentadbiran pusat oleh Agong.

Beliau, turut mendakwa terdapat ‘double standard’ dalam keputusan dibuat itu walaupun pihaknya sudah membentuk majoriti secara fizikal. - Getaran, 7 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

2

Politik 1 minggu yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

3

Politik 1 minggu yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad