web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Borak Foto Episod 10 - Fotografi Analog Belum ‘Mati’

Podio Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2022 7:13PM

Aizuddin yang juga seorang aktivis budaya melalui fotografi menghasilkan gambar-gambar menarik menggunakan kamera filem. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peminat fotografi analog yang menggunakan filem pasti telah mendengar mengenai terkuburnya syarikat filem terbesar dan tertua di dunia, Eastman Kodak Company yang mengeluarkan filem fotografi Kodak selepas dominasi fotografi digital sekitar akhir 90-an.

Pupusnya syarikat itu bermakna legasi filem, asas penghasilan imej-imej fotografi turut terkubur bersama produk-produk yang diasaskan George Eastman and Henry A. Strong pada Mei 1892.

Namun, selepas mengumumkan untuk menjual operasi fotografi filem pada tahun 2012, mereka sebenarnya kembali dan meneruskan perkongsian pasaran fotografi digital melalui Kodak Alaris yang turut meneruskan penghasilan filem-filem fotografi.

Walaupun peralatan fotografi filem agak mahal, ia tidak menghalang peminat genre itu terus berkembang. - Gambar oleh Sairien Nafis
Walaupun peralatan fotografi filem agak mahal, ia tidak menghalang peminat genre itu terus berkembang. - Gambar oleh Sairien Nafis

Usaha itu turut dilihat memberi kelegaan kepada peminat fotografi analog yang kini semakin berkembang termasuk di negara ini namun kos untuk meneruskan hobi ini semakin mahal ekoran permintaan yang sedikit.

Borak Foto kali ini berpeluang berbual dengan seorang peminat fotografi analog yang juga jurufoto akhbar, Aizuddin Saad yang masih percaya fotografi filem tidak akan pupus.

Audio siar Borak Foto ini dihos dan diterbitkan oleh Ketua Unit Visual Petra News, Mohd. Hazli Hassan (Bobo) manakala kejuruteraan audio dilakukan oleh Ethan Phoon. – Getaran, 29 Ogos 2022. 

 

Senarai semua audio siar Borak Foto:

Soundcloud

Berita Berkaitan

1

Podio 3 tahun yang lalu

Borak Foto: ‘Jangan Tanya, Shoot Dulu’ - Salli Matsuda

2

Podio 3 tahun yang lalu

Borak Foto Episod 9 - Lepasan Fotografi IKBN Kuala Langat Setanding Siswazah Universiti

3

Podio 3 tahun yang lalu

Borak Foto Episod 8 - Kreativiti Dalam Kewartawanan Foto

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

3

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

4

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

5

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

6

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua