web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Semakin Meninggi, Wajarkah Sekolah Dibuka September?

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 5:09PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Situasi ‘turun naik’ kes COVID-19 sejak tahun lalu, menyaksikan perubahan besar dalam pelbagai aktiviti kehidupan masyarakat, termasuk aspek pendidikan di sekolah.

Norma baharu pendidikan itu memerlukan guru dan pelajar mengikuti pembelajaran secara bersemuka serta dalam talian bersilih ganti mengikut keadaan semasa kes.

Terbaru pada 17 Julai lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan rasmi, mengumumkan sesi persekolahan bersemuka akan dimulakan menjelang 1 September 2021, selepas kira-kira enam bulan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dilaksanakan kepada semua guru serta pelajar sekolah rendah dan menengah.

Namun, melihat jumlah kes yang semakin mencanak ketika ini dalam tempoh kurang sebelum ke tarikh pembukaan sekolah dinyatakan, timbul keraguan dan pertanyaan adakah langkah terbabit wajar diteruskan atau ditangguh?

Tokoh Akademik dan Pakar Pendidikan, Prof Emeritus Tan Sri Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar menyarankan KPM menangguhkan sesi PdPR bersemuka sehingga awal tahun depan memandangkan penularan kes COVID-19 masih membimbangkan, termasuk kewujudan pelbagai varian lebih bahaya ketika ini.

Prof Emeritus Tan Sri Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar
Prof Emeritus Tan Sri Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar

“Saya merasakan awal lagi untuk buka sekolah secara bersemuka sebab keadaan masih tidak berubah dan situasi membimbangkan.

“Walaupun peratusan populasi yang divaksin semakin tinggi, saya rasa lebih elok sekolah secara bersemuka dilaksanakan tahun depan sahaja,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Menurut beliau, tumpuan sewajarnya diberikan kepada menambahbaik atau mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh beberapa bulan berbaki tahun ini, bagi memastikan persekitaran yang lebih selamat apabila sesi persekolahan kembali dibuka tahun hadapan.

Katanya, perkara itu diyakini tidak menimbulkan masalah walaupun sesi pendidikan bersemuka ditangguhkan, memandangkan kemudahan dan kemahiran dimiliki guru serta pelajar untuk menjalani PdPR sudah bertambah baik.

“Latihan dan panduan mengendalikan PdPR diterima guru pada masa ini juga amat baik yang membolehkan mereka mengadakan pelbagai inisiatif serta program tambahan untuk menyampaikan ilmu kepada murid.

“Sambung sahaja PdPR, mulakan sekolah tahun depan dan dalam tempoh tiga bulan ini sebelum sekolah bercuti pada Disember, fokus untuk ketatkan SOP sedia ada,” katanya.

Bagaimanapun, Tokoh Pendidikan, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berpendapat, setiap pengumuman atau keputusan diambil KPM berhubung keperluan pembukaan sekolah secara bersemuka telah mengambil kira segenap perincian, dan bukan dilaksanakan secara semberono.

Tindakan itu katanya, dilakukan selepas dirujuk dan dibincang secara teliti bersama Kementerian Kesihatan (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mempunyai data lengkap berhubung situasi COVID-19.

Tan Sri Alimuddin Mohd Dom
Tan Sri Alimuddin Mohd Dom

KPM jelas beliau lagi, pastinya akan membuat penelitian secara komprehensif dalam tempoh berbaki kurang tiga minggu menjelang September berhubung senario semasa COVID-19.

“Sekiranya didapati kes mula menurun, sudah tentu tiada masalah untuk meneruskan pembukaan sekolah pada bulan depan secara berperingkat.

“Namun, jika kes dilaporkan berganda-ganda lagi, pastinya KPM akan mengambil kira beberapa pandangan pihak berkepentingan dan pakar untuk memuktamadkan keputusan pembukaan sekolah, malah jika sekolah dibuka, kita mengharapkan pihak pentadbir melaksanakan SOP ketat supaya guru serta pelajar terhindar daripada COVID-19,” katanya.

Mengulas mengenai apakah pendekatan tambahan boleh dilaksanakan guru dan pelajar selain dalam talian sekiranya pendidikan bersemuka di sekolah tetap perlu ditangguhkan, mantan Ketua Pengarah Pendidikan itu berkata, kaedah alternatif sedia ada, iaitu PdPR sememangnya sangat membantu.

Jelasnya, proses PdPR paling sempurna adalah menerusi aktiviti bersemuka antara guru dan pelajar, justeru apabila sekolah ditutup, kaedah terbabit perlu digantikan dengan pendidikan secara dalam talian supaya kelancaran penyampaian ilmu tidak terganggu.

“Cikgu pun harus memainkan peranan dan saya lihat cikgu kini bijak menjadikan PdPR lebih menyeronokkan, misalnya melalui teknik coaching, iaitu pelajar akan diberikan soalan menerusi aplikasi WhatsApp, sebelum disiapkan dan dihantar mereka kepada cikgu dengan meletakkannya di pondok pengawal di sekolah sebelum cikgu mengambil, menanda serta memulangkan kembali,” katanya.

Pada masa sama, Alimuddin berkata, semua pihak, termasuk ibu bapa harus memberi kepercayaan penuh terhadap dasar dan keputusan KPM berhubung sesi persekolahan ketika pandemik, kerana pegawai di kementerian itu berpengalaman luas dalam melaksanakan tugasan secara profesional.

“Pegawai di KPM membuat kajian berdasarkan pandangan banyak pihak sebelum sesuatu dasar atau pengumuman mengenai apa-apa perkara dilakukan,” katanya. - Getaran, 12 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 16 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

2

Pendidikan 6 hari yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

3

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad