web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UPSI Tawar Peluang Galak Penggiat Seni Hiburan Sambung Belajar

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 8:00AM

Penyanyi Nash, Khatijah Ibrahim, Man Kidal, Bandi Amuk dan Betty Benafe antara artis yang hadir dalam pertemuan dengan Jawatankuasa Pengurusan Universiti itu, semalam. - Gambar ihsan UPSI

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Demi menyahut seruan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk membangunkan masyarakat berpengetahuan tinggi dalam semua sektor industri di Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ‘turun padang’ bertemu sekumpulan penggiat seni hiburan tanah air bagi mempromosikan peluang untuk mereka melanjutkan pengajian akademik.

Pertemuan julung kali membabitkan Jawatankuasa Pengurusan Universiti dan dekan fakulti itu diadakan bersama ramai penggiat industri hiburan tempatan, antaranya penyanyi Datuk Nash, Datuk Khadijah Ibrahim, komposer S Atan, Man Kidal, Ayai Ilusi, Baggio Damasutra, Bandi Amuk, Betty Benafe, Raja Nazrin Shah SOG, Keroz Nazri, Dakmie serta Dwan Hamid.

Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff, universiti awam itu amat mengalu-alukan penyertaan penggiat seni hiburan untuk memperkayakan pengalaman dengan meningkatkan tahap akademik menerusi Pengajian Sepanjang Hayat (PSH).

Dr Md Amin Md Taff
Dr Md Amin Md Taff

Katanya, PSH diperkasakan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diterajui Bahagian Hal Ehwal Akademik, Pusat Pembangunan Akademik serta Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI.

“Penggiat seni hiburan adalah permata yang amat dekat dengan jiwa masyarakat.

“Justeru, sebagai sebuah universiti yang cakna terhadap kepentingan pendidikan, UPSI mahu menjadi perintis kepada usaha ini menerusi tawaran Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL Q).

“APEL Q adalah kaedah penilaian ilmu yang diperoleh daripada pengalaman kerja atau himpunan kursus pendek. Seterusnya, proses penilaian dilaksanakan terhadap pembelajaran terkumpul secara formal atau tidak formal,” katanya semasa sesi pertemuan kedua-dua pihak di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor semalam.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Marzita Puteh pula berkata, UPSI sangat komited bagi membuka ruang kepada pengamal seni melanjutkan pengajian kerana pengalaman dalam industri boleh dijadikan sebagai sumber rujukan negara.

Jelasnya, terdapat empat jenis kaedah penilaian akan digunapakai dalam APEL Q, iaitu berdasarkan portfolio, ujian cabaran, pengesahan kerja lapangan dan kursus batu penjuru (capstone courses).

Beliau berkata, penilaian itu akan mengambil kira ilmu diperoleh daripada pengalaman calon pelajar untuk dianugerahkan kelayakan akademik tanpa perlu melalui proses pembelajaran di kampus.

“Penilaian adalah berdasarkan kompetensi pelajar dengan Hasil Pembelajaran Program (PLO), sekali gus membuka peluang kepada pengamal seni tempatan mendapatkan kelayakan akademik berdasarkan kepakaran dan pengalaman mereka dalam industri,” katanya.

Manakala, Dekan Fakulti Muzik Dan Seni Persembahan (FMSP), Profesor Madya Dr Muhammad Fazli Taib Saerani berkata, UPSI sedia menampung keperluan mahasiswanya dengan kemudahan prasarana lengkap.

“Kemudahan ini adalah seperti studio bagi setiap jabatan, selain Panggung Budaya untuk aktiviti pementasan karya pelajar,” katanya.

Sementara itu, pelantun lagu ‘Pada Syurga Di Wajahmu’, Datuk Nash atau Nashrudin Elias, 62, menyambut baik hasrat UPSI memperkasa taraf pendidikan akademik anak seni hiburan tempatan yang dilihat sebagai titik permulaan kepada perkembangan industri seni tanah air.

“Sebenarnya ramai lagi penggiat seni hiburan tanah air yang amat berminat dan sangat komited untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi, tetapi masih mencari ruang untuk meletakkan diri setanding dengan industri profesional lain,” jelasnya.

Bagi penyanyi yang pernah merakamkan album solo selama empat dekad dan popular dengan lagu ‘Kupendam Sebuah Duka’, Datuk Khadijah Ibrahim, usaha dilaksanakan KPT, MQA serta UPSI itu sendiri dinantikan warga industri seni hiburan, tatkala pelbagai ujian sering menimpa nasib mereka.

“Ujian ini bermula dengan masalah cetak rompak, perlanggaran hak intelek dan muat naik secara tidak sah, sehinggalah kemudahan akses capaian penstriman tanpa kawalan secara maya yang tidak menyebelahi pengkarya.

“Menerusi pelbagai pengalaman dan pengiktirafan yang diterima hari ini, sekali gus dapat membantu anak seni untuk mendapatkan tempat lebih baik dalam industri serta cabang lain dalam muzik, seperti pengajar akademik misalnya.

“Pengiktirafan akademik UPSI dapat membantu melebarkan sayap anak seni ke industri antarabangsa,” jelasnya. – Getaran, 29 Jun 2022

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad