Berita Terkini

7 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Guru Dipaksa Menipu Nilai Pelajar?

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2021 12:31PM

IKRAM mendedahkan menerima luahan beberapa guru yang mendakwa mereka terpaksa menipu ketika melakukan penilaian TP pelajar. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Guru ibarat lilin yang membakar diri sendiri demi menerangi orang lain’, dan perjalanan golongan itu sebagai pendidik bukan mudah apabila perlu berdepan cabaran serta pengorbanan besar dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar.

Bukan sekadar menjalankan tugas hakiki mengajar dan mendepani pelbagai kerenah pelajar serta ibu bapa, mereka juga terpaksa menuruti pelbagai arahan pihak pengurusan atasan walaupun adakala menimbulkan ketidakpuasan hati atau dianggap tidak relevan.

Terbaru, pendedahan dibuat Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) sememangnya mengejutkan apabila pihaknya menerima luahan daripada beberapa guru yang mendakwa mereka terpaksa menipu ketika melakukan penilaian data Tahap Pencapaian (TP) pelajar bagi memuaskan hati pihak tertentu.

Walaupun pelajar tidak hadir ke kelas, guru tetap perlu memberikan markah lebih bagus dan apabila penilaian TP2, iaitu tahu dan faham diberikan, mereka seolah-olah melakukan kesalahan kerana murid dianggap lebih layak menerima TP3 atau tahu, faham dan boleh buat.

Malah, sekiranya pelajar tidak hadir ke kelas dan guru memberikan justifikasi, maka wujud pihak mengatakan kelas guru itu yang sebenarnya tidak menarik, gagal menambat perhatian dan tidak mahir walaupun banyak faktor menyebabkan masalah berkenaan, khususnya kekangan internet.

Tuduhan terhadap guru itu tidak sepatutnya berlaku kerana dalam keadaan internet berkelajuan baik, masih ada pelajar tidak membuat tugasan diberikan.

Ada guru meluahkan,  apabila pelajar tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sudah tentu mereka tidak wajar diberikan penilaian baik berikutan penguasaannya gagal mencapai tahap sepatutnya.

“Tidak terkecuali ada guru besar menyuruh cikgu meletakkan tahap pencapaian ‘tahu, faham dan boleh membuat dengan adab terpuji’ (TP5) atau ‘tahu, faham dan boleh buat dengan adab mithali’ (TP6) dengan alasan untuk membantu murid memohon sekolah menengah yang baik.

“Padahal pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang seminggu sekali itu pun pelajar langsung tidak hantar kerja tugasan diberikan. Dan paling sadis sebab pelajar ini adalah anak orang kenamaan,” luah guru tersebut.

IKRAM mendedahkan, majoriti guru yang memberi komentar mengenai kemelut itu, meluahkan situasi sama apabila terpaksa meletakkan penilaian molek, kononnya demi menyelamatkan masa depan pelajar.

Beberapa guru pula mendakwa Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menerusi TP ternyata mengandungi lebih banyak penipuan berbanding kebenaran.

Ada sebilangan besar sekolah pula, mewajibkan penilaian minimum diberikan pada skala TP3 walaupun terdapat pelajar yang sama sekali tidak layak mendapatkan markah itu.

“Apa hak pentadbir tetapkan minimum TP3 padahal kita (guru) lebih tahu pencapaian pelajar? Akhirnya guru terpaksa menipu sebab melibatkan reputasi kononnya.
 
“Reputasi atau keberhasilan kita siapa nak jaga? Inilah hakikat,” luahnya.

Menerusi pendedahan sama, seorang guru pula mendakwa ramai cikgu dipaksa menipu bagi menutup kelemahan golongan tertentu.
 
“Pejabat pendidikan daerah (PPD) mahu rekod cantik, paksa Guru Besar. Guru Besar mahu penilaian indah, paksa guru, maka semua menyanyikan lagu ‘Bangau Oh Bangau,” sindirnya.

Lebih menyedihkan apabila guru pula dipersalahkan tatkala memberikan justifikasi dan terpaksa menjawab semula sikap pelajar terbabit.

"Cikgu pula ditanya apa dilakukan mereka sebagai pendidik untuk menyelesaikan masalah berkenaan, termasuk adakah sudah menghubungi ibu bapa pelajar yang tidur supaya bangun menghadiri kelas," keluhnya.

Soalan bertubi-tubi yang lain turut diletakkan di bahu guru, seperti adakah sudah memaklumkan perkara itu kepada kaunselor dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) atau sudah pergi ke rumah pelajar.

“Masalahnya sudah setiap minggu dihubungi, ulang benda sama. Penat bila dihubungi, ibu memberitahu anak tidak hadir atau tidak sihat untuk sertai kelas. Hinggalah anak murid itu sendiri mesej memberitahu tidak bangun tidur,” katanya.

Ada pula kes apabila dihubungi, pemilik bertindak menyekat nombor itu sehingga guru terpaksa menelefon menggunakan nombor lain.

“Jadi, apa perasaan kita sebagai seorang guru,” katanya.

Berdasarkan pendedahan IKRAM, terdapat guru memberikan respon bernada sarkastik.

“Kita memang diajar untuk menipu, tipu ‘sunat’.

“Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti pasti ‘meletup’!,” kata guru itu.

Menurut IKRAM, penipuan dan kepincangan dipelopori pihak atasan itu perlu segera dihentikan kerana disebabkan keinginan pihak atasan, ramai guru menjadi mangsa untuk terus melakukan kesalahan terbabit.

Jelasnya, apabila melihat luahan guru terbabit, pihaknya mendapati pandemik penipuan ini perlu segera dihentikan agar tidak menjadi ‘warisan’ berpanjangan.

Pada masa sama, tidak hairanlah apabila segelintir pelajar kini seolah-olah tidak memiliki akhlak dan adab kerana mereka mungkin menganggap biarpun tidak mengikut kata-kata guru sebaiknya, mereka tetap memperoleh ‘penilaian selamat’.

“Sampai bila keadaan ini akan berterusan? Bagaimana generasi berkualiti akan terhasil daripada penipuan sebegini? 

“Menjadi tanggungjawab Kementerian Pendidikan (KPM) menjawab isu berkenaan dan menghentikan perkara itu,” katanya.

Sementara itu, perkongsian pautan dibuat mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengenai pendedahan IKRAM terbabit di Facebook beliau menerima 5,800 tanda respon dan dikongsi 569 pengguna. - Getaran, 12 November 2021

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bergelap Pula, Baru Nak Beli Baju Raya

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Tak Mengaku Salah, Sebabkan Kematian Suspek Rompakan Berkumpulan

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 1 jam yang lalu

Piala Uber: Pearly Ambil Sudut Positif Jika Tidak Ke Chengdu