Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Single ‘No Corona’ Tiupan Semangat Buat Semua 

Kolaborasi artis tempatan membuktikan kehidupan norma baharu bukan penghalang untuk menghasilkan karya baharu. 

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 9:40AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, arena kreatif tanah air terutamanya industri muzik semakin parah berikutan larangan sebarang pertunjukan hiburan secara langsung.

Meskipun begitu, penyanyi Awi Rafael dan Shamimi Amalina yang lebih dikenali sebagai Mimi Fly, membuktikan bahawa kehidupan norma baharu ini bukan penghalang anak seni untuk tampil dengan karya baharu. 

Penularan wabak COVID-19 memberi ilham kepada dua insan seni ini untuk menghasilkan buah tangah terbaharu berjudul 'No Corona'. Single ini mengungkap makna cukup besar dan ditujukan kepada semua pihak yang terjejas dan terpaksa berdepan dengan pelbagai perubahan hidup.

“Lagu ini adalah luahan isi hati dan kritikan kami terhadap apa yang sedang berlaku. Ia turut menyingkap pengalaman insan sekeliling kami yang terkesan akibat virus ini.

“Kami sedia maklum apa yang melanda tanda air ketika ini beri impak besar kepada banyak industri tak kiralah apa bidang sekali pun. Ia membataskan peluang ramai orang menjana pendapatan bahkan ramai mula patah semangat. 

“Oleh demikian, kami yakin muzik mampu mencetus pelbagai emosi malah berupaya untuk menyuntik semangat para pendengar,” kata Mimi Fly.

Menurut Awi, projek ini pada awalnya sekadar suka-suka namun kemudian menjadi sesuatu yang lebih istimewa. Malah pembabitan Ning Baizura, Tiz Zaqyah dan dua bakat baharu iaitu Mya Herry Purnama dan Nayli Azmi menyempurnakan lagi single ini.  

“Selepas saya ajak Mimi melengkapkan bahagian rap demo lagu ini, tak sangka pula sedap didengar. 

“Bagi memeriahkan lagi karya ini, kami sepakat mengundang teman artis lain. Kehadiran mereka menyempurnakan lagi lagu ini malah kami juga banyak menggunakan bunyi tradisional dan oriental sebagai latar lagu. Hasilnya ia kedengaran lebih segar dan berbeza," ujar Awi. 

Mimi Fly
Mimi Fly

Mimi menjelaskan, dia terpanggil mengundang Tiz Zaqyah untuk sama-sama menjayakan single ini kerana sedia maklum kemampuan pelakon itu. 

"Saya suarakan hasrat ini kepada Tiz ketika bersantai dengannya. Seperti yang ramai tahu, Tiz boleh menyanyi dengan baik dan Awi pun bersetuju dengan cadangan saya ini. 

“Awi turut memaklumkan dia mengajak Ning Baizura dan artis naungan syarikat rakaman, Newsantara miliknya. Jadi, lengkaplah sudah projek kolaborasi ini," katanya Mimi. 

Sementara itu, Ning menzahirkan keprihatinannya terhadap rakyat Malaysia apatah lagi terlalu banyak perkhabaran duka termpampang dalam berita dan berlegar di media sosial. 

"Saya dan rakan-rakan tahu pandemik ini beri kesan yang teruk terutama psikologi. Siapa sangka hampir dua tahun kita akan hidup sebegini.

“Dengan semua ketidaktentuan ini, kita pun tak tahu bila keadaan akan kembali normal seperti dahulu. Justeru itu, jadi tanggungjawab kami mengingatkan semua di luar sana untuk cuba berlapang dada dan jangan berikan tekanan kepada diri sendiri kerana ia hanya akan menimbulkan lebih banyak keraguan dalam diri.

"Jika ragu-ragu, kita akan mula mempersoalkan kredibiliti diri. Semua ini tidak sihat untuk kita," katanya. 

Ning Baizura
Ning Baizura

Tiz pula berharap single ini dapat menjadi membakar semangat pendengar untuk sama-sama bangkit berjuang meneruskan kehidupan. 

"Menerusi lagu ini, kami menjadi 'suara' orang ramai yang terjejas teruk berikutan pandemik ini. Percayalah, kalian tidak keseorangan. 

"Moga 'No Corona' dapat menyuntik semangat untuk kita semua terus berjuang," kata Tiz. 

Single ‘No Corona’ boleh didengar di pelantar penstriman Spotify dan Apple Music. – Getaran, 4 Julai 2021

Semua gambar: Newsantara Music

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 12 jam yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

oleh Wartawan Getaran

Muzik 20 jam yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki

Filem & TV 17 jam yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis