web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pertandingan Kategori Nasyid, Biarlah Yang Bertanding Pun Artis Nasyid - Azadan Rabbani

Namun begitu, Azadan bukanlah berniat mahu memperkecilkan usaha mana-mana individu yang cuba mengetengahkan mesej ketuhanan dan dalam lagu mereka.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2022 8:23PM

Azadan Abdul Aziz dan Rabbani - Gambar ihsan Rabbani

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketua kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz berpendapat kategori nasyid yang dipertandingkan di mana-mana anugerah seharusnya dikhususkan kepada penggiat seni nasyid yang juga merupakan ahli Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia) sahaja.

Azadan berkata demikian bagi mengulas pencalonan kategori Lagu Nasyid Terbaik di Anugerah industri Muzik Malaysia ke-23 yang dimenangi oleh artis popular yang bukannya berstatus penyanyi nasyid. 

“Kami sangat berterima kasih kepada anugerah-anugerah besar yang memberikan platform untuk mengiktiraf dan mengangkat produk penggiat nasyid tanah air melalui kategori khas sebegini.

“Namun, ini bukan kali pertama penggiat nasyid berasa kurang senang apabila AIM meletakkan nama-nama penyanyi besar dalam kategori nasyid. 

“Semalam pun, ada sahabat dan penggiat seni nasyid sendiri yang mesej saya berbincang mengenai lagu yang tercalon dalam kategori nasyid. Industri hiburan kita kecil sahaja, rasanya semua juri dapat kenal pasti yang mana satu kumpulan nasyid dan sebaliknya.

“Biarlah kita kembali kepada niat asal kategori ini wujud iaitu untuk meraikan lagu-lagu nasyid dalam kategori tersebut,” katanya ketika dihubungi Getaran sebentar tadi.

Namun begitu, Azadan bukanlah berniat mahu memperkecilkan usaha mana-mana individu yang cuba mengetengahkan mesej ketuhanan dan dalam lagu mereka.

Cuma, Azadan merasakan pihak penganjur perlu menyediakan satu lagi kategori khas lain untuk penyanyi bukan nasyid yang membawakan lagu kerohanian dan ketuhanan.

“Kita tidak mahu sudut pembawakan lagu nasyid disalah erti. Kita nak menjaga keindahan nasyid agar ia tidak mengundang fitnah.

“Cadangan saya kepada AIM agar sebuah lagi kategori Lagu Religi diwujudkan untuk artis bukan nasyid yang menyanyikan lagu bermesejkan ketuhanan. 

“AIM adalah anugerah yang besar dan terbuka, kita tidak mahu penggiat nasyid tenggelam sedangkan anugerah ini sepatutnya akan lebih membuat orang teruja menghasilkan karya yang baik,” katanya. 

Bercakap mengenai artis nasyid, Azadan yang sudah 25 tahun bergiat dalam industri hiburan sempat berkongsi beberapa ciri-ciri yang melayakkan seseorang itu digelar artis nasyid.

“Pendapat peribadi saya, penyanyi nasyid ialah mereka yang bergerak secara solo dan berkumpulan menyanyikan lagu nasyid.

 Mereka juga mestilah terlibat dengan persatuan Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid “Malaysia). Saya dan beberapa otai nasyid juga ada bertemu dan berbincang untuk bawa perkara ini kepada pihak berkenaan,” jelasnya. 

Terdahulu, lagu ‘Thank You Allah’ nyanyian Alyah, Cat Faris dan Ustaz Hariz memenangi kategori Lagu Nasyid Terbaik di AIM 23. Mereka menumpaskan empat pesaing yang lain iaitu lagu Syudud Qalbu, Selimut Kasih, Hasbunallah dan Linangan Laduni. - Getaran, 12 September 2022 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 12 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...