web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Konsert Mini 'Kau Dan Aku' Melabuhkan Tirai

Konsert mini ‘Kau dan Aku’ adalah idea inklusif yang mencerminkan konsep Keluarga Malaysia, dengan melibatkan komuniti OKU sebagai sebahagian daripada visi menjadikan Malaysia yang mampan serta berjaya.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2021 9:17AM

Presiden Persatuan OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi membuat persembahan pada Konsert 'Kau dan Aku'. Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert mini ‘Kau dan Aku’ yang mengetengahkan bakat golongan Orang Kurang Upaya (OKU) melabuhkan tirai malam tadi, sejak memulakan persembahan mereka pada 30 Nov lepas.

Acara seni tersebut menutup tirainya dengan persembahan nyanyian, tarian serta alunan alat muzik daripada golongan istimewa itu, yang berlangsung di Pusat Seni Persembahan Damansara.

Menyaksikan hari terakhir acara seni itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun; serta Yang Dipertua Dewan Negara Senator Tan Sri Rais Yatim.

Presiden Persatuan OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi turut membuat persembahan dengan menyampaikan beberapa lagu termasuk ‘Teratai’, ‘Tunggu Sekejap’ dan ‘Stand by me’.

Ketika ditemui pemberita, Ras Adiba berkata ‘Kau dan Aku’ adalah idea inklusif yang mencerminkan konsep Keluarga Malaysia, dengan melibatkan komuniti OKU sebagai sebahagian daripada visi menjadikan Malaysia yang mampan serta berjaya.

Antara persembahan pada Konsert 'Kau dan Aku' sempena Hari OKU Sedunia anjuran Persatuan OKU Sentral di Pusat Seni Persembahan Damansara (DPAC)
Antara persembahan pada Konsert 'Kau dan Aku' sempena Hari OKU Sedunia anjuran Persatuan OKU Sentral di Pusat Seni Persembahan Damansara (DPAC)

“Penyanyi, penari, pemuzik dan artis yang ditampilkan, adalah daripada komuniti OKU kami. Mereka tidak membiarkan kekurangan mereka menjadi penghalang untuk mereka menampilkan bakat kreatif bertaraf dunia,” kata Ras Adiba.

Konsert ‘Kau dan Aku’ yang dianjurkan oleh Persatuan OKU Sentral turut mempamerkan beberapa seni lukisan serta kraftangan yang dihasilkan oleh para artis dalam kalangan OKU.

Acara selama tiga hari itu diadakan bersempena Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa (IDPD) yang akan disambut hari ini. - Bernama

Gambar: Hazim Mohammad, Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN