web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dua Lagu Baharu Sempena Hari Kebangsaan 2021 - KSU KKMM

Dua buah lagu baharu bertemakan semangat patriotik akan diperdengarkan esok semasa Sambutan Hari Kebangsaan 2021.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 6:50PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dua lagu baharu bertemakan semangat patriotik akan diperdengarkan buat pertama kalinya kepada umum semasa Sambutan Hari Kebangsaan 2021 Selasa ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Mohammad Mentek.

Lagu bertajuk 'Keluarga Malaysia' menampilkan lirik ciptaan Tan Sri Annuar Musa, manakala lagu 'Menang Bersama' pula adalah hasil ciptaan Pengarah Muzik Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) Datuk Mokhzani Ismail, katanya kepada media selepas menyaksikan raptai penuh Sambutan Hari Kebangsaan 2021 di sini hari ini, 

Mohammad berkata lagu 'Keluarga Malaysia' yang dinyanyikan oleh artis Ara Johari, Masya Masyitah, Putra Muhammad dan Sufi Rashid, adalah bagi menyahut aspirasi dan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai Keluarga Malaysia.

"Ia merupakan satu keunikan, walaupun Perdana Menteri baharu sahaja memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia, maka kita di KKMM telah menyambut konsep itu dengan ciptaan lagu baharu, lagu 'Keluarga Malaysia'," katanya.

Annuar dinamakan sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam pengumuman pembentukan Kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat lepas dan akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara, Kuala Lumpur esok.

Mohammad berharap kedua-dua lagu baharu termasuk lagu 'Menang Bersama' nyanyian artis Faizal Tahir dapat menyuntik semangat kepada rakyat Malaysia yang masih berjuang dengan pandemik COVID-19.

Mengenai persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2021, Mohammad berkata walaupun durasi persembahan fizikal itu cuma sekitar 50 minit namun ia dipenuhi dengan acara-acara yang menghiburkan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 berkata beliau berpuas hati dengan perjalanan raptai penuh yang dibuat pada hari ini.

"Kita berdoa semoga cuaca pada 31 Ogos menyebelahi kita sebab kita cuma ada empat persembahan sahaja," katanya dan menambah acara di Dataran Pahlawan Negara bermula pada pukul 8 pagi dan rakyat Malaysia boleh menonton dari rumah maseng-masing bermula pukul 7.30 pagi di saluran TV1 RTM.

Beliau berkata antara acara persembahan yang akan berlangsung di Dataran Pahlawan adalah persembahan drumline oleh Angkatan Tentera Malaysia, kawad senyap oleh Tentera Laut Diraja Malaysia, pancaragam gabungan anggota uniform dan persembahan udara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia. - Bernama

Gambar: Instagram @sufierashid, @masyitah_masya, @arajohari dan gambar Fail Getaran

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tol Percuma Di Lebuhraya WCE Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Puas Hati Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Negara Perlukan Lebih Ramai Pengkarya Lagu Patriotik

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kemeriahan Menjelang Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 semakin dirasai

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 21 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN