web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 8 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 9 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


25 Maut Dalam Serangan Israel Di Lubnan

Luar Negara Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2026 10:32AM

Gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEIRUT - Sekurang-kurangnya 25 orang, termasuk dua kanak-kanak maut manakala beberapa lagi cedera dalam serangan Israel di Lubnan pada Sabtu, meskipun perjanjian gencatan senjata sedang berkuat kuasa, menurut Agensi Berita Nasional (NNA) dan Kementerian Kesihatan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam serangan terbaharu, satu serangan Israel ke atas bandar Saksakiyeh di selatan Lubnan mengorbankan tujuh orang, termasuk seorang kanak-kanak selain mencederakan 15 yang lain, antaranya tiga kanak-kanak.

Terdahulu, seorang lelaki dan anak perempuannya terkorban selepas satu serangan udara menyasarkan mereka di Nabatieh di selatan Lubnan.

Tiga lagi maut dalam serangan udara yang menyasarkan sebuah bangunan di kejiranan Al-Bayad di Nabatieh.

Seorang lagi mangsa terkorban dalam serangan udara yang menyasarkan sebuah motosikal di jalan awam antara bandar Toul dan Doueir, juga di Nabatieh.

Tiga lagi maut apabila satu serangan Israel mengenai sebuah kenderaan di jalan antara bandar Abbasiyah dan Burj Rahal di daerah Tyre.

Israel turut melancarkan tiga lagi serangan ke atas daerah Chout di tengah Lubnan, mengorbankan enam orang.

Selain itu, sebuah dron Israel menyerang kejiranan Al-Masarib di bandar Meifdoun, dengan laporan awal menunjukkan seorang mangsa terkorban.

Secara berasingan, Israel melancarkan bedilan artileri dan merobohkan rumah di beberapa bandar, syang berlaku serentak dengan pertempuran antara tenteranya dan anggota kumpulan Hizbullah di bandar AI-Bayada.

Bedilan artileri turut menyasarkan bandar Braachit, Safad al-Battikh dan Touline, selain melarat hingga ke Ghazieh dan Froun.

Tentera Israel juga melepaskan suar di ruang udara perkampungan di sektor barat dan tengah selatan Lubnan.

Di daerah Bint Jbeil, tentera Israel merobohkan rumah di kejiranan Al-Jabana, selain melancarkan bedilan artileri di pinggir bandar Ghazieh pada waktu subuh.

Seorang lagi individu terkorban dalam serangan udara di bandar Haris di Bint Jbeil.

Serangan itu turut mengorbankan seorang penduduk dan mencederakan beberapa yang lain di bandar Bedyas di daerah Tyre.

Hizbullah memaklumkan pihaknya menyasarkan dua kumpulan berasingan tentera Israel dan kenderaan tentera di Rshaf di selatan Lubnan.

Kumpulan itu turut mendakwa berjaya memintas sebuah dron Israel di ruang udara al-Abbasiyah menggunakan peluru berpandu permukaan ke udara.

Walaupun gencatan senjata berkuat kuasa sejak 17 April lepas yang kemudiannya dilanjutkan hingga pertengahan Mei, tentera Israel terus melakukan serangan harian di Lubnan serta berbalas tembakan dengan Hizbullah.

Serangan Israel di Lubnan sejak 2 Mac lepas, tidak lama selepas perang Iran bermula pada akhir Februari 2026, telah mengorbankan lebih 2,700 orang dan menyebabkan lebih satu juta penduduk kehilangan tempat tinggal. 

Israel juga mengekalkan apa yang digelar sebagai "zon penampan" di wilayah Lubnan. Amerika Syarikat (AS) sekali lagi akan menjadi tuan rumah rundingan damai antara kedua-dua pihak pada 14 hingga 15 Mei ini di Washington. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 hari yang lalu

Najis Dalam Pesawat, Penerbangan AirAsia Jalani Kerja Pembersihan Tambahan

2

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Korban Gempa Indonesia Cecah 54 Orang, Hampir 1,600 Gegaran Susulan Gegarkan Nusa Tenggara Timur

3

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Tragedi Tembakan Di Sekolah, Thailand Perketat Kawalan Senjata Api

4

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Thailand Dakwa Pemberontak Selatan Guna Malaysia Sebagai Lokasi Perlindungan

Sorotan

1

Robot Humanoid Dijangka Sertai Sambutan Hari Kebangsaan

2

Audit Forensik Felda Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - PM 

3

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

4

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

5

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

6

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

‘Tiada Ibu Yang Rela Anaknya Dikenang Dengan Cara Menyedihkan’ - Kasturi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Banduan Maut Dipukul 3 Rakan Di Penjara Marang

oleh Sophia Ahmad