web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laman Web Media Utama Seluruh Dunia Alami Gangguan Sementara

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2021 9:00PM

Gambar hiasan dari Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Beberapa laman web seluruh dunia termasuk milik media seperti Financial Times, CNN, Bloomberg News, Guardian, Amazon, Reddit serta laman web kerajaan United Kingdom (UK) gov.uk telah terjejas pada Selasa.

Turut terbabit ialah Al Jazeera Media Network yang berpengkalan di Qatar. Manakala akhbar France’s Le Monde pula menunjukkan tanda gangguan pada laman webnya sekitar pukul 10 pagi.

Laman-laman web berkenaan sukar diakses oleh pengguna lebih sejam pada pagi tadi.

Ia tertulis  “Error 503 service unavailable” dan “connection failure”.

Ada juga laman web yang tidak boleh diakses langsung. Bagaimanapun keadaan berkenaan tidak berlaku di seluruh dunia malah pengguna di beberapa lokasi seperti Berlin, tidak melaporkan sebarang masalah.

Beberapa minit selepas gangguan berlaku, Fastly iaitu penyedia perkhidmatan komputer cloud, mengenalpasti punca gangguan besar itu.

Syarikat berkenaan mengendalikan “edge cloud”, yang direka untuk mempercepatkan tempoh muatnaik untuk laman web dan melindunginya daripada serangan perkhidmatan selain membantu ketika talian sesak.

Teknologi itu memerlukan Fastly berada antara pelanggan dan pelayar. Ia bermakna jika perkhidmatannya mengalami kegagalan, ia boleh menghalang laman web syarikat-syarikat tersebut untuk beroperasi sama sekali.

``Rangkaian global kami kini kembali beroperasi. Pada masa ini kami sedang menyiasat potensi kesan terhadap perkhidmatan CDN kami,'' katanya.

Fastly juga memaklumkan isu gangguan tersebut telah dikenalpasti dan diperbaiki.

Pelanggan, katanya akan mengalami pertambahan beban sebaik sahaja perkhidmatan itu pulih.

Dalam pada itu, terdapat spekulasi di media sosial bahawa gangguan itu adalah serangan berniat jahat, hinggakan #cyberattack menjadi trending di Twitter. 

Bagaimanapun tiada bukti menunjukkan ia akibat perbuatan jahat sebaliknya syarikat itu berkata,  ia disebabkan masalah konfigurasi. - Guardian

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad