Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sesi Luar Biasa ICIM Gesa Media Antarabangsa Dedah Tindakan Israel 'Tutup Mulut' Wartawan

Luar Negara Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2024 1:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Menteri-Menteri Penerangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa organisasi dan saluran media antarabangsa untuk mendedahkan pelanggaran hak asasi manusia dan kempen terhadap wartawan oleh pihak pendudukan Israel.

Dalam Kenyataan Akhir Sesi Luar Biasa Persidangan Menteri-Menteri Penerangan Islam (ICIM) yang berlangsung sehari di sini, menteri mengutuk penyasaran secara sengaja dan sistematik Israel terhadap wartawan Palestin dan menekankan bahawa hal itu adalah sebahagian kempen untuk mendiamkan suara kebenaran.

Menteri-menteri juga mengecam pihak berkuasa pendudukan Israel yang enggan mengambil walau satupun langkah paling asas untuk memastikan keselamatan wartawan mengikut Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (IHL) dan kaedah antarabangsa lain yang menjamin dan melindungi hak-hak wartawan.

"Bimbang Israel, pihak berkuasa pendudukan, sedang berusaha untuk menyembunyikan dan tidak menunjukkan situasi sebenar mengenai kekejaman yang berlaku di Semenanjung Gaza, termasuk membunuh bayi, kanak-kanak, wanita, wartawan tua, petugas kesihatan, ahli akademik dan pekerja kemanusiaan menerusi pemalsuan maklumat yang sistematik. 

"Meletakkan Israel, pihak berkuasa pendudukan, sebagai bertanggungjawab terhadap pembunuhan, penahanan dan penindasan wartawan serta pembunuhan dan menyasarkan ahli keluarga mereka," menurut kenyataan itu.

Sesi Luar Biasa ICIM yang berlangsung di sini semalam bertujuan membincangkan usaha bersama dalam melawan pemalsuan maklumat dan permusuhan daripada pihak berkuasa Israel terhadap wartawan dan saluran media di wilayah Palestin yang diduduki mereka.

Seramai 199 peserta dari 42 negara menghadiri persidangan anjuran OIC itu dan Turkiye menjadi tuan rumah persidangan atas kapasitinya sebagai Pengerusi ICIM sesi semasa.

Delegasi Malaysia diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa mewakili Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. 

Kenyataan Akhir itu juga menyeru masyarakat antarabangsa agar segera memulakan siasatan yang membawa kepada memastikan Israel bertanggungjawab atas jenayah yang mereka lakukan terhadap petugas media di Palestin.

Menteri-menteri turut mengutuk kempen pemalsuan maklumat secara sistematik Israel dan penyebaran maklumat palsu serta mengelirukan serta berita bohong untuk menutup kekejaman dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan mereka di Semenanjung Gaza.

"Menekankan bahawa masyarakat global berhak mengetahui apa yang terjadi dalam wilayah Palestin terutamanya di Semenanjung Gaza dan menggariskan peri pentingnya komuniti dunia bertindak segera untuk memastikan Israel, pihak berkuasa pendudukan, dipertanggungjawabkan atas pencabulan undang-undang antarabangsa kerana menyasarkan wartawan dan mengambil langkah serta-merta untuk melindungi semua pemberita yang ditugaskan di wilayah berkenaan," menurut kenyataan itu.

Menteri-menteri juga berazam untuk bekerja secara bersama dan erat pada peringkat antarabangsa untuk memerangi pemalsuan maklumat dan menunjukkan tekad bersama untuk bertindak secara solidariti dan bersatu, bagi mendedahkan serangan sembarangan yang menyasarkan orang awam Palestin, termasuk keganasan peneroka haram  di Tebing  Barat,  yang bermatlamat menghalau rakyat Palestin dari rumah mereka. 

"Menegaskan tekad bersama kami untuk melawan dan memperlihatkan cubaan-cubaan pihak pendudukan penjajah Israel untuk menyembunyikan kemusnahan di lokasi dengan menakutkan wartawan bagi meminimumkan reaksi antarabangsa, dan untuk memastikan usaha mereka menutup jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan di Semenanjung Gaza gagal," menurut kenyataan itu.

Selain itu, menteri-menteri juga memberi mandat kepada Unit Pemantauan Media Sekretariat Agung OIC untuk merangka pelan tindakan media, dengan kerjasama institusi media OIC dan agensi berita nasional negara anggota yang berminat,dengan tujuan untuk meletakkan dan menentang penyebaran maklumat pendudukan Israel, maklumat salah, berita palsu dan jenayah perang, pada persidangan antarabangsa.

"Memberi sokongan kepada Unit Pemantauan Media OIC untuk menganjurkan bengkel media bagi mencapai misinya seperti yang ditetapkan oleh Sidang Kemuncak Negara-Negara Arab-Islam yang diadakan di Riyadh pada 11 November 2023," menurut kenyataan itu.

Pengeboman Israel terhadap Semenanjung Gaza sejak 7Oktober 2023 telah membunuh lebih 29,000 orang dan mengakibatkan kemusnahan  berskala  besar serta kekurangan bekalan barangan keperluan yang mencetuskan krisis kemanusiaan di Gaza. – Getaran, 25 Februari 2024

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 36 minit yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

Semasa 1 hari yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Tidak Harus Didebatkan - Sim

Semasa 1 hari yang lalu

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET