web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Parti Move Forward Dan Sekutu Tanda Tangan MoU Kerjasama

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 9:37AM

Pemimpin parti Move Forward dan calon perdana menteri Pita Limjaroenrat menandatangani MoU itu dengan tujuh wakil parti lain - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK -  Gabungan progresif Thailand yang diterajui Parti Move Forward menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengesahkan persetujuan membentuk bekerjasama menerusi 23 agenda sebaik kerajaan gabungan itu dibentuk.

Parti Move Forward dan tujuh parti lain - Parti Pheu Thai, Parti Thai Sang Thai, Parti Prachachart, Parti Seree Ruam Thai, Parti Pheu Thai Ruam Palang, Parti FAIR dan Parti Plung Sungkom Mai dengan  gabungan 313 kerusi  menandatangani MoU 23 perkara termasuk bekerjasama ke arah reformasi demokrasi dan memulihkan ekonomi.

Bagaimanapun, MoU itu tidak menyebut tentang meminda undang-undang lese majeste yang dikenali sebagai artikel 112 kanun jenayah, seperti disuarakan oleh Parti Move Forward.

MoU itu dikongsi kepada orang ramai pada hari ini yang  menandakan sembilan tahun sejak tentera merampas kuasa daripada Yingluck Shinawatra pada 2014.

Pemimpin parti Move Forward dan calon perdana menteri Pita Limjaroenrat menandatangani MoU itu dengan tujuh wakil parti lain.

Semua pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam memulihkan demokrasi termasuk menyegerakan penggubalan perlembagaan baharu, meluluskan Akta Kesaksamaan Perkahwinan dan menyenarai  semula kanabis dalam senarai narkotiknya

Selain itu, gabungan itu akan menghapuskan monopoli dan menggalakkan persaingan yang adil dalam semua industri, seperti minuman beralkohol, membawa pembaharuan dalam perkhidmatan awam, polis, tentera, dan proses keadilan, bekerjasama dalam proses membina keamanan yang mampan di wilayah sempadan selatan, memerangi rasuah dan dadah.

Gabungan itu juga bersetuju untuk memperbaharui sistem pendidikan, memupuk kerjasama dan mekanisme domestik dan antarabangsa bagi menangani isu pencemaran dan melaksanakan inisiatif dasar luar untuk memulihkan peranan kepimpinan Thailand dalam ASEAN.

MoU itu menyatakan bahawa semua pihak hendaklah melindungi hak rakyat dan kebebasan sivil mereka serta bekerja dengan jujur dan berintegriti.

“Semua pihak hendaklah benar-benar menghormati dan menyokong satu sama lain, menggalakkan kerja berpasukan, dan menganggap kepentingan orang ramai sebagai keutamaan mereka, dan bukannya kepentingan mana-mana pihak tertentu.

"Semua pihak mempunyai hak untuk menyokong dasar tambahan selagi tidak bercanggah dengan dasar yang digariskan dalam perjanjian ini, melalui kuasa eksekutif yang dimiliki oleh menteri yang mewakili parti masing-masing dalam kerajaan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar