web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jasad 587 Mangsa Pembunuhan Beramai-Ramai Digali Di Timur Rwanda 

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 7:05AM

Jasad mangsa masih ditemui di banyak kawasan di Rwanda, 29 tahun selepas pembunuhan beramai-ramai itu berlaku - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KIGALI - Jasad sekurang-kurangnya 587 orang daripada puak Tutsi yang menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai pada 1994, digali di daerah Rusizi di barat Rwanda, lapor Xinhua yang memetik penyiar kebangsaan Rwanda Television pada Rabu.

“Kami telah menemui mayat 587 mangsa pembunuhan beramai-ramai sejak memulakan pencarian pada 23 Mac tahun ini,” kata Oswald Kabera, seorang mangsa yang terselamat dan anggota IBUKA, sebuah organisasi payung persatuan mangsa pembunuhan beramai-ramai, dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata penemuan mayat itu terbongkar apabila sebuah gereja di daerah itu menjalankan kerja-kerja membuat teres dalam usaha penyediaan tanah untuk pertanian.

"Jasad seorang mangsa pembunuhan beramai-ramai ditemui dalam proses itu dan ini mendorong pihak berkuasa daerah Rusizi untuk memulakan pencarian mangsa pembunuhan beramai-ramai,” kata Kabera.

Jasad mangsa masih ditemui di banyak kawasan di Rwanda, 29 tahun selepas pembunuhan beramai-ramai itu berlaku.

Rakyat Rwanda memulakan aktiviti memperingati ulang tahun ke-29 Genosid 1994 bertema "Remember-Unite-Renew" pada 7 April.

Aktiviti memperingati pembunuhan beramai-ramai itu akan diteruskan sehingga 4 Julai menandakan  malapetaka 100 hari, apabila lebih satu juta orang, terutama anggota masyarakat Tutsi dan Hutu dibunuh. - Bernama-Xinhua

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad