web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Korea Selatan Berkabung Mengenang Mereka Yang Terkorban Dalam Tragedi Itaewon

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 5:40PM

Altar perkabungan yang sarat dengan kekwa putih juga dibuka di seluruh negara untuk membolehkan orang ramai membakar kemenyan dan memberi penghormatan kepada mereka yang terbunuh dalam rempuhan malam Sabtu lalu - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEOUL - Jambangan bunga putih dan ucapan takziah diletakkan di altar peringatan, dan kedai-kedai yang menggantung mesej ucapan takziah menutup perniagaan masing-masing di daerah Itaewon di Seoul pada Isnin, ketika Korea Selatan meratapi kematian paling dahsyat akibat rempuhan orang ramai.

Altar perkabungan yang sarat dengan kekwa putih juga dibuka di seluruh negara untuk membolehkan orang ramai membakar kemenyan dan memberi penghormatan kepada mereka yang terbunuh dalam rempuhan malam Sabtu yang menyebabkan sekurang-kurangnya 154 orang kebanyakannya berusia 20-an, terbunuh dan 33 yang lain cedera parah.

Presiden Yoon Suk Yeol adalah antara yang pertama memberi penghormatan kepada mangsa, lapor agensi berita Yonhap.

Berpakaian hitam, Yoon dan isterinya Kim Keon Hee mengunjungi altar yang didirikan di Plaza Seoul di hadapan Dewan Bandaraya, meletakkan bunga dan menundukkan kepala bertakafur.

Perdana Menteri Han Duck Soo dan Datuk Bandar Seoul Oh Se Hoon turut memberi penghormatan di altar.

Tragedi itu berlaku Sabtu malam apabila sekumpulan besar pengunjung pesta Halloween memenuhi lorong sempit selebar 3.2 meter di daerah hiburan Itaewon, Seoul.

Insiden berkenaan menyaksikan korban paling ramai dalam sejarah Korea Selatan dan bencana terburuk pernah dialami negara itu sejak 2014, apabila feri Sewol karam di perairan pantai selatan yang meragut 304 orang, kebanyakannya pelajar sekolah menengah.

Seramai 26 mangsa warga asing termasuk lima dari Iran, masing-masing empat dari China dan Rusia, dua dari Amerika Syarikat, dua dari Jepun, dan masing-masing seorang dari Perancis, Australia, Norway, Austria, Vietnam, Thailand, Kazakhstan, Uzbekistan, dan Sri Lanka, menurut pegawai.

Antara yang terbunuh seorang pelajar sekolah menengah rendah dan lima pelajar sekolah menengah, semuanya dari Seoul, menurut kementerian pendidikan.

Lima lagi pelajar sekolah menengah rendah atau sekolah menengah cedera dan dua daripada mereka sedang dirawat di hospital.

Seramai 116 lagi mengalami kecederaan ringan. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini