web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


16 Maut, Pusat Beli-Belah Di Ukraine Dibedil Peluru Berpandu Russia

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 11:50AM

Pasukan menyelamat mengalihkan serpihan bagi mencari mangsa yang terperangkap selepas sebuah pusat-beli di Ukraine dibedil Russia, pagi tadi. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KYIV - Sekurang-kurangnya 16 maut selepas sebuah pusat beli-belah yang sesak dengan orang ramai di Kremenchuk, dibedil peluru berpandu Russia pada awal pagi Selasa.

''Russia membedil pusat beli-belah di Kremenchuk hari ini, ia adalah salah satu tindakan pengganas yang paling biadap dalam sejarah Eropah,'' kata Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menerusi siaran yang dimuatnaik dalam Telegram.

Menurut ketua perkhidmatan kecemasan, Sergiy Kruk tugas utama kini ialah menjalankan kerja-kerja menyelamat, mengalihkan serpihan dan memadamkan kebakaran berikutan serangan ke atas pusat beli-belah itu.

''Sehingga kini, apa yang kita tahu, 16 orang terkorban, 56 cedera dengan 25 daripadanya dirawat di hospital. Maklumat mengenainya akan dikemaskini,'' kata Kruk menerusi Telegram.

''Semua kumpulan berkerja dalam suasana tegang.

"Kerja akan diteruskan sepanjang masa.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi: jangan abaikan amaran udara!"

Terdahulu, Zelensky berkata, 'lebih 1,000 orang awam' berada di dalam pusat beli-belah itu apabila ia dibedil peluru berpandu di bandar yang mempunyai populasi seramai 220,000 orang.

''Pusat beli-belah terbakar, penyelamat sedang memadamkan kebakaran. Jumlah mangsa tidak dapat dibayangkan,'' tulis Zelensky dalam Facebook. - AFP

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad