Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Taliban: Lihat Dari Sudut Pandangan Baharu - Bekas Duta

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2021 12:09PM

Penduduk Afghanistan beriadah di taman Chaman-e-Huzuri di Kabul. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu lihat kerajaan Taliban di Kabul daripada sudut pandangan baharu dan tidak lagi perlu pesimistik akan masa depan Afghanistan, kata mantan duta khas ke Afghanistan, Datuk Seri Zainal Abidin Mahamad Zain.

“Ia satu senario yang berlainan pada hari ini, situasi berlainan, warga Afghanistan telah banyak berubah dan lebih ramai daripada mereka berilmu hari ini,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

 Zainal Abidin, 71, dilantik sebagai duta khas ke negara itu dari 2010 hingga 2014 oleh mantan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Pada lewat 1970-an beliau pernah berkhidmat di kedutaan Malaysian di Iran yang turut menguruskan hal ehwal diplomasi dengan Afghanistan.

Malaysia, sebelum ini, banyak menyumbangkan kepada negara-negara yang menyaksikan kemusnahan besar akibat peperangan, khasnya di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

“Kita menyediakan biasiswa kepada golongan muda meneruskan pengajian tinggi serta latihan bidang teknikal di pelbagai institusi di Malaysia,” kata Zainal Abidin, yang merupakan antara pegawai kementerian luar yang pernah membantu warga Malaysia yang terlibat dalam krisis di luar negara.

Dasar-dasar yang saling menguntungkan perlu diwujudkan seperti yang dilakukan dengan negara-negara lain sebelum ini, khasnya dengan bekerjasama bersama kuasa-kuasa besar.

Beliau memberi contoh aktiviti penerokaan petroleum di Sudan melalui usahasama PETRONAS dengan China National Petroleum Corporation, di mana kerjasama lebih kurang sama boleh diwujudkan untuk meneroka bersama sumber-sumber asli seperti lithium dan gangsa di Afghanistan.

Sementara itu, satu perspektif menarik  diutarakan oleh Pengerusi Pergerakan Keadilan Monetari Malaysia, Prof. Datuk Dr Ahamed Kameel Mydin Meera.

Menurut beliau situasi di Afghanistan kini menawarkan peluang untuk menubuhkan sistem ekonomi berasaskan kepada wakaf.

Krisis ekonomi dan kewangan yang dilaporkan, selain tragedi kemanusiaan melibatkan penduduknya menunjukkan kelemahan dalam kelestarian sistem sedia ada.

“Oleh itu terdapat keperluan untuk melihat melampaui institusi kewangan tradisional, serta model-model ekonomi untuk membentuk satu sistem yang lestari dan saksama yang  akan menguntungkan semua lapisan masyarakat,” kata Prof. Ahamed.

Model ekonomi wakaf yang diamalkan di Asia Tenggara boleh dilaksanakan di Afghanistan.  

Prof Ahamed menambah kata walaupun Malaysia masih belum dapat mengiktiraf kerajaan baharu Taliban, persiapan perlu dilakukan bermula sekarang “supaya kita bersedia untuk membantu satu lagi negara membangun seperti Afghanistan”. 

“Rakyat Malaysia yang mahu meneroka peluang-peluang di Afghanistan harus digalak berangkat ke  Kabul,” kata Prof Ahamed.

Bagaimanapun, pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahaya, berkata kini bukan masanya bagi pertubuhan-pertubuhan Melayu dan Islam untuk membantu Afghanistan.

“Kita perlu tunggu dan lihat perkembangan di situ, sama ada Taliban telah mengubah cara mereka mentadbir negara mereka,” kata Aminuddin.

PEMBELA merupakan gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam yang memainklan peranan semak dan imbang sejak 2006. - Bernama

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Misi Pelayaran Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Satu Cabaran Besar - Mohamad

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

Semasa 1 hari yang lalu

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Palsukan Dokumen : Anak Menteri Besar Perlis Antara 6 Direman SPRM

oleh Wartawan Getaran