web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


44 Maut Selepas Banjir Kilat Landa New York

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 12:47PM

Kenderaan yang tersadai akibat banjir susulan hujan lebat yang dibawa taufan Ida di New York. - Gambar Reuters

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAPLEWOOD - Banjir kilat yang berlaku susulan taufan Ida di Timur Laut Amerika Syarikat telah membunuh 44 orang. Banjir turut menenggelamkan landasan kereta api bawah tanah di New York City dan menyebabkan penerbangan tertunda, kata pegawai pada Khamis.

Penduduk di New York, New Jersey, Pennsylvania dan Connecticut, terpaksa menghabiskan masa seharian dengan air yang naik menerusi lubang di ruang bawah tanah dan mengalami gangguan elektrik.

Sekurang-kurangnya 13 orang kehilangan nyawa di New York City, manakala tiga lagi terkorban di pinggir bandar Westchester County, sementara Gabenor New Jersey, Phil dalam ciapannya di twitter menyatakan sekurang-kurangnya 23 orang dari kawasan itu maut akibat taufan Ida.

Antara yang meninggal dunia adalah tiga orang di kawasan bawah tanah di Queens, sementara empat penduduk di New Jersey, terkorban apabila kompleks perumahan awam di situ dinaiki air sehingga 2.4 meter.

Jalan-jalan raya umpama sungai, hanya dalam beberapa minit selepas hujan pada malam Rabu, menyebabkan pemandu terperangkap. Kenderaan-kenderaan juga tersadai di tepi jalan. 

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan juga mengesahkan dua puting beliung turut melanda Maryland pada Rabu dan masing-masing satu di Annapolis serta Baltimore. Seorang remaja berusia 19 tahun maut ketika dilaporkan cuba membantu ibunya menyelamatkan diri dari banjir yang melanda pangsapuri mereka.

Kerosakan yang dialami selama tiga hari ini selepas dilanda taufan Ida, iaitu salah satu taufan paling kuat pernah melanda Amerika Syarikat, dianggarkan telah memusnahkan keseluruhan komuniti. - Reuters

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar