web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Datuk Seri Nicky Liow Buka 1,001 Persoalan

Kolum Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2021 12:29PM

Antara wang yang dirampas dalam serbuan polis ke atas Geng Nicky, baru-baru ini.

oleh

Pearl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak dua tiga minggu ini nama Nicky Liow Soon Hee asyik disebut-sebut.

Liow yang kini menjadi buruan polis, merupakan dalang kumpulan jenayah terancang, Geng Nicky.

Berusia 33 tahun, Liow merupakan pengasas Winner Dynasty Group Sdn Bhd yang terlibat dalam kegiatan penipuan Macau Scam, penipuan penjualan dalam talian, Ah Long, pengubahan wang haram dan gangsterism.

Bukan itu sahaja, lelaki yang bergelar 'Datuk Seri' ini turut mempunyai 12 kesalahan lampau bersabit dadah dan jenayah kekerasan termasuk kes memukul anggota RELA.

Dua tahun lalu, beliau didakwa di Mahkamah Majistret Ampang atas empat pertuduhan selepas menyebabkan kecederaan dan menyerang tiga anggota RELA yang bertugas di sebuah tokong di Kampung Baru Ampang.

Namun, Liow dibebaskan oleh mahkamah selepas mangsa menarik balik laporan.

Tidak dinafikan, Liow juga cukup licik.

Tahun lalu, Winner Dynasty Group telah memberikan sumbangan berbentuk jutaan topeng muka kepada petugas barisan hadapan termasuk polis, tentera, sekolah dan juga syarikat media ketika negara bergelut dengan pandemik Covid-19.

Namun, yang menjadi pertanyaan ramai ialah bagaimana individu seperti ini boleh mendapat gelaran Datuk Seri?

Negeri mana yang memberi kurniaan ini dan mengapa masih belum dibatalkan dan ditarik balik gelaran itu sampai hari ini?

Pokoknya, walaupun pengurniaan dan penarikan darjah kebesaran merupakan hak mutlak Raja-Raja, soalan-soalan di atas ternyata berlegar di minda rakyat jelata.

Turut menjadi tanda soal ialah pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bahawa terdapat 34 anggota kerajaan termasuk pegawai dan anggota polis serta Imigresen yang telah mendedahkan maklumat perisikan dengan Liow sehingga beliau berjaya melarikan diri dari polis dengan jutaan ringgit kerana terdapat kebocoran maklumat mengenai serbuan polis terhadap beliau.

Menurut Abdul Hamid, pegawai-pegawai ini bukan hanya membantu tetapi menerima suapan daripada sindiket berkenaan.

Sungguh menjengkelkan apabila pihak berkuasa sendiri sanggup bersengkol dengan penjenayah seperti Liow untuk kepentingan diri sendiri.

Mungkin kepada sesetengah pihak, kes ini akan selesai selepas Liow ditangkap.

Tetapi kepada orang ramai, kes ini akan benar-benar selesai jika persoalan-persoalan yang dibentangkan tadi terjawab.

Ada yang sanggup menjawab?

Pearl Lee merupakan pengasas bersama dan pengarang urusan portal berita Twentytwo13. Hubungi beliau melalui Twitter @pearllee22

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional