Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Suruhanjaya Patuh Syariah, Adakah Ia Benar-Benar Diperlukan?

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2022 12:19PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saudara Pengarang,

Dalam ucap utamanya di syarahan perdana Tun Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya yang beliau namakan Suruhanjaya Patuh Syariah bagi tujuan, antara lain, menyusun atur industri halal di negara ini.

Mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz dilaporkan tidak bersetuju dengan idea tersebut.

Bagi beliau, kewujudan suruhanjaya itu tidak diperlukan dan ia hanya sebuah pembaziran dana awam.

Rafidah juga berpendapat pada masa ini sudah ada beberapa badan yang telah pun ditubuhkan oleh kerajaan sebelum ini yang juga mempunyai misi dan objektif hampir sama. 

Malangnya, badan-badan itu dilihat tidak begitu berfungsi dengan berkesan.

Jujurnya, agak sukar untuk tidak bersetuju dengan pandangan jitu Rafidah. Bagi saya, beliau begitu jujur memberi pandangannya yang ikhlas sesuai dengan pengalaman panjangnya mengemudi kementerian tersebut.

Mungkin ada pihak yang tidak suka dengan beliau, namun amat susah untuk menolak pandangan bernasnya itu.

Saya sendiri amat bersetuju dengan pandangan Rafidah. Saya berpandangan tidak perlulah pentadbiran "Gomen Tebuk Atap" terus menerus terjebak dalam kegiatan membazirkan dana awam apalagi di waktu kritikal seperti sekarang ini. 

Kerajaan tentu sedar bahawa ekonomi negara sudah sedia teruk dihimpit oleh pandemik COVID-19  yang hampir melumpuhkan negara serta rakyat dan sebelumnya ekonomi juga teruk diganyang oleh si-penjenayah kleptokrat yang kini disanjung ibarat seorang wira.

Takkan Gomen Tebuk Atap tak nampak semua itu? Dan mengapa ia kini masih bernafsu untuk terus bazirkan wang rakyat?

Ya, cadangan yang ada elemen syariah di dalamnya sudah tentu sedikit sebanyak akan dieksploitasi semaksimum mungkin untuk menaikkan imej dan reputasi Perdana Menteri dan UMNO khususnya di kalangan para pengundi Melayu-Islam.

Ramai melihat kepimpinan Ismail Sabri sekarang terlalu lemah. Beliau kelihatannya tidak memilik gengsi! 

Sambutan yang diberikan kepada beliau baru baru ini selepas balik dari Amerika Syarikat memeningkan ramai pihak sehingga ada yang bertanya adakah kejayaan lawatannya itu kerana dia dapat bersalam dan bertutur dalam bahasa Inggeris dengan Joe Biden?

Dan sudah tentu, dalam masa yang sama, para pengkritik kepada idea Perdana Menteri itu akan mudah dilabel sebagai “anti-syariah” atau ‘anti-Islam’.

Dalam negara yang berselirat dengan golongan yang rasa mereka itu insan suci dan kudus, maka, sudah tentu tidak susah untuk seseorang itu dilabel dan diberi cop tertentu dalam isu sebegini.

Malangnya, kerana ketaksuban mereka yang terlalu pekat, agak sukar untuk mereka melihat dan menilai bahawa bila kita bercakap tentang kepatuhan syariah itu, antara lain, ia juga merangkumi mengelakkan budaya pembaziran apalagi pembaziran wang rakyat atau dana awam dalam tindakan kita.

Atas dasar itu, dalam persekitaran yang patuh syariah misalnya, mungkin sukar nak membayangkan misalnya senario di mana ada pemimpin yang bergaya seperti peragawan fesyen dengan memakai pakaian yang harganya beribu ringgit!

Penubuhan sebuah suruhanjaya baharu bermakna kerajaan perlu gubal undang-undang baharu.

Undang-undang baharu pula bermakna perlunya pelantikan kakitangan awam baru untuk melakukan kerja-kerja pengoperasian suruhanjaya yang baharu itu.

Dalam bahasa mudahnya, gomen kena menyuntik wang rakyat kepada badan baharu itu.

Setiap tahun akan diluluskan bajet yang mungkin cecah sama ada jutaan atau bilion untuk suruhanjaya itu beroperasi. 

Dan itu semua akan menggunakan wang pembayar cukai (ya wang kita semua) yang diambil dari Dana Wang Yang Disatukan ( A Consolidated Fund).

Menurut Rafidah, pada masa ini, telah pun ada misalnya badan seperti "Halal Develpoment Corporation" yang ditubuhkan pada 2006 yang antara lain telah ditetapkan fungsi dan tanggungjawabnya untuk memantau industri halal di negara ini.

Mengapa tidak Gomen Tebuk Atap cukup sekadar memperkasakan badan tersebut daripada membazir wang negara bagi menubuhkan sebuah suruhanjaya ?

Adalah tidak wajar dan pelik sekiranya sebuah badan yang dikatakan mematuhi syariah ingin ditubuhkan sedangkan sejak awal idea penubuhan itu berpotensi membawa Gomen Tebuk Atap kepada amalan yang tidak patuh syariah iaitu pembaziran dana awam!

Mohamed Hanipa Maidin ialah Wakil Rakyat Sepang dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang Undang) dalam kerajaan Pakatan Harapan.


 

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi