Berita Terkini

12 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Adakah Kerajaan Kena Merayu Untuk CDMU Sokong Projek 5G DNB?

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Apr 2022 11:36AM

Teknologi 5G sepatutnya sudah dinikmati pengguna di Malaysia dengan setidak-tidaknya ia boleh memperbaiki kualiti telefon yang kini amat menurun. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Memandangkan kelewatan kita menikmati perkhidmatan teknologi 5G disebabkan oleh keengganan syarikat telefon sedia ada untuk bergerak pantas menawarkan servis itu, mungkin ada baiknya jika wujud pihak tertentu untuk berbuat demikian.

Syarikat baharu itu nanti perlu menandatangani perjanjian dengan Digital Nasional Berhad (DNB) yang kini sedang membina rangkaian 5G di seluruh negara, selain mengambil peluang di atas ‘kerenah negatif’ syarikat telekomunikasi utama untuk menawarkan teknologi terkini kepada pengguna telefon mudah alih.

Empat syarikat telekomunikasi mudah alih terbesar iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U-Mobile (CDMU) sebelum ini, tidak menyokong rancangan kerajaan untuk membina satu rangkaian 5G melalui DNB.

CDMU sebaliknya, mahukan rangkaian sendiri dan setakat ini seolah-olah ‘liat’ untuk melanggan khidmat ditawarkan DNB, malah selalu mempersoalkan terma serta syarat untuk pihaknya melanggan perkhidmatan itu.

Keengganan ini menyebabkan kita tidak dapat menikmati teknologi baharu mudah alih di kala negara jiran kita sudah boleh menggunakannya untuk beberapa tahun, justeru adakah mereka berlaku adil kepada pelanggan mereka?

Gambar AFP
Gambar AFP

Teknologi 5G mampu merubah bagaimana kita berhubung dan bekerja, seterusnya membolehkan berlaku revolusi di pelbagai sektor, termasuk pendidikan, perubatan, kewangan, hiburan serta kesihatan.

Jadi sekiranya ada pihak selain dari CDMU sanggup memberi perkhidmatan 5G, ia boleh membuat demikian secepat mungkin  

Kesannya, manalah tahu nanti pihak terbabit boleh ‘mencuri’ pelanggan yang kini mendapatkan perkhidmatan daripada syarikat enggan bekerjasama itu.

Mungkin juga dengan kesanggupan pihak itu, kita boleh merasa perkhidmatan 5G di Malaysia kerana saya yakin kalau hendak tunggu mereka, mungkin lambat lagi jawabnya.

Pada masa sama, mungkin jika ada persaingan, syarikat CDMU akan mengambil isu 5G itu lebih serius dan bukannya mengaburi pelanggan dengan mengatakan perkhidmatan mereka ‘5G Ready’, walhal ia adalah masih 4G dengan kualiti perkhidmatan semakin menurun.

Sebelum ini syarikat CDMU hampir sedekad melabur untuk teknologi 4G dan kini perkhidmatan 5G memerlukan pelaburan baharu.

Syarikat ini jelas mahu melambatkan pelaburan baharu dan pada masa sama ingin mendapat pulangan sebanyak mungkin daripada pelaburan 4G mereka.

Memandangkan kelewatan membina rangkaian 5G jika tugas ini diberikan kepada CDMU dan disebabkan kekurangan kecenderungan mereka untuk hanya menawarkan perkhidmatan di kawasan luar bandar, kerajaan mengambil keputusan membentuk DNB untuk projek 5G negara.

Keputusan ini jelas tidak digemari CDMU dan walaupun pihaknya turut serta untuk ujian 5G dianjurkan DNB, hanya YTL Communications dan TM Bhd sahaja yang menandatangani untuk mendapatkan perkhidmatan itu.

Mereka juga berkempen bagi memperlekehkan pelan kerajaan untuk membina rangkaian 5G dan menggunakan ahli politik ternama untuk menimbulkan syak wasangka terhadap projek itu, termasuk mengatakan ia akan menjadi satu lagi skandal besar seperti 1MDB.

Keperluan terknologi 5G amat ketara, terutama selepas kita dilanda COVID-19.

Sebagai contoh, antara 2019 dan 2021, penggunaan data bertambah sebanyak 35 peratus setiap tahun.

Sebanyak 60 peratus pengunaan internet pula dilakukan melalui alat mudah alih dan ini menyebabkan beberapa syarikat telekomunikasi utama mengalami penurunan kelajuan muat turun sebanyak 40 peratus.

Tawaran pelaburan 70% dalam DNB adalah komitmen kerajaan untuk mengiktiraf sumbangan syarikat telekomunikasi selama ini. - Gambar Alif Omar
Tawaran pelaburan 70% dalam DNB adalah komitmen kerajaan untuk mengiktiraf sumbangan syarikat telekomunikasi selama ini. - Gambar Alif Omar

Walaupun mereka banyak membantah, kerajaan masih mahu melibatkan syarikat CDMU dengan menawarkan mereka peluang untuk melanggan sehingga 70 peratus ekuiti di dalam DNB, tetapi dengan syarat, pelan pembinaan rangkaian mesti kekal seperti dilakarkan DNB.

Namun, sambutan diberikan syarikat CDMU amat ‘tawar’, termasuk reaksi mereka terhadap terma dan syarat yang disediakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk langganan perkhidmatan 5G DNB.

Sikap itu jelas menunjukkan perasaan tidak setuju mereka yang mendalam terhadap usaha kerajaan ini.

Kini ada syarikat CDMU yang cuba menjuarai penambahbaikan perkhidmatan 4G dan sememangnya ia semakin baik, termasuk apabila laporan SKMM mendapati kelajuan 4G kini ialah 40.13 Megabits sesaat (Mbps).

Ini memanglah baik, tetapi YTL Communications melaporkan kelajuan untuk perkhidmatan 5G kini ialah 600 Mbps. 

Data itu jelas menunjukkan teknologi 5G lebih baik dan sepatutnya sudah dinikmati pengguna di Malaysia dengan setidak-tidaknya ia boleh memperbaiki kualiti telefon yang kini amat menurun.

Saya juga macam tidak percaya bahawa ada individu yang menerajui syarikat telekomunikasi di mana kerajaan mempunyai pegangan, secara terang-terang menentang usaha untuk memajukan sistem telekomunikasi negara kerana ia tidak mengikut kehendak mereka.

DNB diterajui Kementerian Kewangan serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia, jadi kalau bangkang juga, ia seakan-akan ‘lawan tauke’.

Kerajaan sudah banyak bertolak ansur, termasuk memberi peluang kepada syarikat CDMU yang jelas tidak gemarkan projek ini untuk melanggan saham DNB, memandangkan usaha mereka memajukan perkhidmatan mudah alih selama tiga dekad.

Takkanlah kerajaan kena melutut pula untuk menjemput mereka menyertai projek 5G ini? – Getaran, 29 April 2022
 

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Kolum 4 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan