web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jantina Tidak Harus Jadi Pengukur Untuk Martabatkan Sukan Malaysia

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2021 11:50AM

Gambar dari Instagram @famalaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peranan wanita dalam industri sukan Malaysia tidak boleh dinafikan.

Malang sekali, ramai sering terlepas pandang akan tanggungjawab kaum hawa dalam ekosistem sukan negara. Ada yang bertugas sebagai ahli fisioterapi, pengadil, jurulatih serta pengusaha gimnasium atau arena sukan.

Bekas pemain badminton negara, Daphne Ng kini seorang jurulatih badminton yang sedang aktif mencari bakat baharu untuk mewakili negara melalui akademinya. Rita Ghani merupakan antara dua pengadil dari Asia yang mengadili perlawanan bola sepak di Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.

Ada pula bekas atlit yang kini menjadi pegawai di agensi mahupun persatuan sukan.

Dengan adanya lebih ramai wanita dalam industri ini, topik "safe spaces" (kawasan selamat) sudah tentu akan hangat diperbualkan. Ini penting untuk memastikan setiap gadis mahupun wanita dapat bersukan dalam persekitaran yang sihat tanpa dihakimi atau dikecam.

Persekitaran yang sihat juga boleh membantu dalam pembangunan lebih ramai lagi atlit, pengamal, penggiat dan pegawai sukan wanita.

Initiatif sebegini harus bermula dari akar umbi. 

Persatuan Bola Sepak Selangor, sebagai contoh, akan mengadakan kursus kejurulatihan akar umbi ekslusif untuk wanita sahaja.

Ianya akan berlangsung pada 27 dan 28 November di Pusat Latihan FAS di Shah Alam. 

Dengan adanya kursus sebegini, adalah diharapkan bahawa bakal jurulatih-jurulatih baharu ini dapat memberi impak besar kepada pembangunan bola sepak akar umbi.

Tetapi inilah cabaran saya kepada persatuan-persatuan sukan yang lain. Kursus sebegini harus dibuka kepada semua, tidak kira jantina mahupun umur.

Kerana dalam era kesaksamaan dan profesionalisme, seseorang jurulatih mahupun pegawai sukan tidak harus dinilai mengikut umur atau jantina tetapi seharusnya dinilai dari segi etika kerja dan kebolehannya.

Segala prasangka mengenai kebolehan seseorang wanita harus disingkir sama sekali. Dan jika seorang wanita mampu mengedalikan skuad bola sepak negeri mahupun skuad Harimau Malaya, beliau seharusnya diberi peluang untuk berbuat demikian.

Yang pasti, jantina tidak harus menjadi pengukur dalam misi untuk memartabatkan bola sepak mahupun sukan Malaysia. - Getaran, 28 Oktober 2021

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman dalam media sejak tahun 2000. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia dan merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis