Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kalau Tinggal Rumah Besar Tapi Pakai Duit Rakyat Untuk Jaga...Amboi!

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2021 11:19AM

Bangunan Seri Perdana - Gambar PMO

oleh

Pearl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kecoh minggu ini tentang kos ubah suai Seri Perdana berjumlah RM38.5 juta.

Kerja-kerja pengubahsuaian untuk bangunan yang berusia 22 tahun ini dikatakan di buat atas faktor "keselamatan selain memastikan imej negara dalam menyambut tetamu utama negara".

Dibina di atas tapak seluas 42.5 ekar, kos pembinaan Seri Perdana yang bermula pada tahun 1997 menelan belanja sebanyak RM24.17 juta.

Jika dibandingkan dengan kediaman-kediaman rasmi Perdana Menteri di negara lain, Seri Perdana hanya telah menjadi kediaman rasmi untuk enam Perdana Menteri termasuk Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.  

White House di Amerika Syarikat yang mempunyai 132 bilik, 35 bilik air mula menjadi kediaman rasmi Presiden John Adams pada tahun 1800. Kos tahunan untuk menyelenggaranya di antara AS$750,000 dan AS$1.6 juta setahun.

Di UK, sebanyak £30,000 dana awam setahun diperuntukkan untuk menyelenggara dan menghias kediaman rasmi di No 10 Downing Street yang telah diguna pakai semenjak 1735.

Rashtrapati Bhavan, di New Delhi, merupakan kediaman rasmi Presiden India. Pada 2007, kos penyelenggaraan kediaman yang mempunyai 340 bilik ini yang merupakan kediaman terbesar di dunia untuk ketua negara, berjumlah Rs 1 bilion.

Ternyata bukan murah duduk di kediaman besar dan mewah. Jangan lupa juga kos seperti bil elektrik, gaji pekerja dan kos lanskap. Ini semua menelan belanja beratus ribu atau berjuta ringgit setahun.

Mestilah kena belanja banyak kalau nak duduk rumah yang mewah, bukan begitu?

Kos penyelenggaraan akan sentiasa wujud tidak kira sama ada untuk apartmen dua bilik, rumah teres dua tingkat ataupun sebuah rumah agam yang mempunyai ratusan bilik.

Mentaliti yang sering wujud ialah: Bina besar. Wang untuk maintain, fikir kemudian.

Mengikut pakar, sebanyak satu peratus dari nilai harga rumah harus di peruntukan sebagai kos peyelenggaraan.

Jadi sebanyak RM3,500 harus disimpan setahun untuk kos selenggara jika anda membeli rumah berharga RM350,000.

Kos penyelengaraan bangunan-bangunan kerajaan di negara ini dibayar menggunakan dana awam.

Ada bangunan yang dapat diselenggara dengan cepat, namun ada yang bertahun-tahun pun tidak diselenggara kerana kekurangan dana.

Apakah tidak terdapat sebarang 'monetisation plan' yang boleh diwujudkan untuk memastikan wujudnya 'sinking fund' untuk bangunan-bangunan ini?

Pokoknya, berapa banyak bangunan kerajaan yang sedia ada sekarang di optimakan sepenuhnya?

Bolehkah bilik-bilik kosong, auditorium, dewan, padang-padang di bangunan kerajaan disewa kepada orang ramai? Ia boleh dijadikan ruang kerja bersama, bilik mesyuarat ataupun bilik acara untuk syarikat korporat.

Membina bangunan, baik untuk kediaman ataupun bekerja merupakan pelaburan jangka masa panjang.

Pandemik COVID-19 telah mengajar kita bahawa kerja masih boleh dilakukan tanpa perlu memasuki bangunan-bangunan besar sediakala.

Tak usahlah kita terus membina bangunan mewah jika masih mengharapkan wang awam apabila tibanya waktu penyelengaraan. - Getaran, 1 Oktober 2021

Pearl Lee merupakan pengasas bersama dan pengarang urusan portal berita Twentytwo13

 

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi