Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kativaran Jelajah 32 Negara, Pupuk Kesedaran Alam Sekitar Dan Promosi Malaysia Di Mata Dunia

Kisah Kita Dikemaskini 2 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Feb 2024 12:50PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia Katiravan Subarayan, 63, yang memulakan misi menjelajah 106 negara kini sudah menjejakkan kaki di lebih 32 negara sejak memulakan pengembaraan pada awal Januari 2023.

Sambil menunggang motosikal BMW R 1200cc GSA yang dinamakan Parameswara, pengembaraan bekas pengurus elektrik dan penyelenggaraan dari Melaka itu bertujuan untuk mewujudkan kesedaran alam sekitar dan mempromosikan tanah tumpah darahnya di mata dunia.

Pesara yang mempunyai pengalaman selama 39 tahun dan memiliki sijil kemahiran voltan tinggi itu, sebelum ini pernah menerima tawaran daripada syarikat terkemuka namun menolaknya kerana mahu mengejar impian yang didambakan selama ini.

Atas semangat dan komitmen untuk menyebarkan kesedaran tentang pemanasan global dan mewar-warkan keindahan Malaysia, mendorong beliau untuk mengembara bagi menyuntik perubahan positif selain mahu mempromosikan keindahan alam semula jadi Malaysia.

Katiravan berada di sebuah asrama di Kingston, Jamaica, ketika dihubungi penulis baru-baru ini. 

Setakat ini beliau telah menjelajah beberapa negara antaranya Singapura, Indonesia, Timor-Leste, Australia, Jepun, Korea Selatan dan Rusia, Kanada, Alaska, Amerika Syarikat, Cuba dan Jamaica.

Terlalu banyak cabaran perlu diharungiantaranya kepelbagaian budaya dan bahasa.

Ketika berada di Rusia memandangkan masyarakat di sana tidak memahami bahasa Inggeris apatah lagi bahasa Melayu beliau menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi.

Namun itu tidak melemahkan semangatnya untuk meneruskan pengembaraan. Dengan menggunakan Google Translate beliau dapat berkomunikasi dan berkongsi pandangan tentang kesan perubahan iklim yang kini menjadi isu yang amat membimbangkan

Beliau turut tidak melepaskan peluang untuk mempromosikan keistimewaan dan kelebihan yang ada di Malaysia.

"Saya menggunakan Google Translate untuk berkomunikasi. Saya melibatkan mereka dalam perbincangan tentang kesan pemanasan bumi kita sambil menonjolkan aspek positif Malaysia dan keindahan alam semula jadi negara kita.

"Saya turut berkongsi mengenai keunikan Malaysia yang penduduknya berbeza daripada segi agama, budaya dan bahasa... tetapi masih dapat menjalani kehidupan dalam suasana harmoni dan toleransi..." kata Katiravan kepada Bernama. 

Menjawab pertanyaan masyarakat tempatan bagaimana rakyat Malaysia dapat menjalani kehidupan dalam suasana harmoni, Katiravan berkata: "Rakyat Malaysia mempamerkan penerimaan yang luar biasa terhadap kepercayaan masing-masig, membenarkan individu bebas mengamalkan agama dan budaya masing-masing.

"Selepas mengembara melalui Eropah, saya menghantar motosikal saya ke London, kemudian meneruskan perjalanan ke Kanada dan akhirnya sampai ke Alaska. Dalam perjalanan ke Amerika Utara melalui Amerika Syarikat (AS), saya berjumpa dengan ramai orang yang sudi membantu saya menanam 20 pokok," katanya.

Beliau kemudian meneruskan pengembaraan ke Mexico dan menambah lima lagi pokok untuk misi alam sekitarnya sebelum meneruskan perjalanan ke Cuba dan menanam dua lagi pokok.

Sepanjang perjalanan di Cuba beliau tidak menunggang motosikal kerana masalah Google Map dan perkhidmatan yang diperlukan agak terhad di negara ini memandangkan Cuba berdepan sekatan ekonomi.

Katiravan berkata, sukar untuk mendapatkan bahan api di negara itu kerana stesen minyak hanya akan mengisi semula bekalan setiap 10 hari, menyebabkan kenderaan beratur panjang untuk mengisi minyak yang kadangkala perlu beratur sehingga dua kilometer.

Namun, sepanjang berada di Cuba beliau bernasib baik kerana dapat bantuan daripada seorang warga Malaysia. 

Pengembaraan seterusnya berdepan pelbagai masalah antaranya berkaitan dana memandangkan penurunan nilai ringgit dan menyebabkan beliau berusaha untuk mencari penaja selain terpaksa menjual hartanahnya.

Biar apa pun halangan ia tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan pengembaraan ke Jamaica sebelum meneruskan fasa perjalanan menunggang motosikalnya merentasi benua Amerika Selatan.

Dari Amerika Selatan, beliau merancang menaiki penerbangan ke Cape Town, Afrika Selatan, untuk melintas ke benua Afrika. Dari sana beliau akan meneruskan perjalanan di benua itu dengan menunggang motosikal untuk meneruskan pengembaraan ke Mesir, Jordan, Arab Saudi dan semua negara Arab di Timur Tengah.

Menjangkakan perjalanan seterusnya akan mengambil masa 12 bulan lagi, beliau dijangka melengkapkan pengembaraannya dan kembali ke Malaysia pada awal 2025. - BERNAMA

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 21 jam yang lalu

Kopi Kanvas Seni Tyler Wong