Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bot Penambang Ah Seng Masih Setia Berkhidmat

Kisah Kita Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2023 4:20PM

Bot penambang membelah Sungai Perak. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN - Setiap hari bermula seawal 7 pagi hingga 7 malam, kelibat bot penambang milik Lee Lam Seng, 62, akan berulang-alik mengambil penumpang dari Jeti Pokok Asam di pekan Teluk Intan ke Jeti Kampung Cina, Seberang Perak yang berjarak sekitar 600 meter di Sungai Perak.

Biarpun hanya satu-satunya pengusaha bot penambang yang masih beroperasi di jeti berkenaan dan sepanjang pesisir Sungai Perak, anak jati Teluk Intan itu yang mesra disapa Ah Seng tetap mengerah kudrat demi kelangsungan hidupnya sekeluarga.

"Kalau diikutkan dari usia sembilan tahun lagi, saya telah membantu mendiang bapa melakukan kerja ini (pengusaha bot penambang). Apabila bapa meninggal, saya teruskan (kerja) juga kerana ini satu-satunya kerja yang saya mahir.

"Saya tak pernah rasa jemu atau mahu berhenti melakukan kerja ini. Selagi sihat tubuh badan,selagi itulah saya akan bekerja kerana ini adalah mata pencarian saya untuk meneruskan hidup," katanya ketika ditemui Bernama di Jeti Pokok Asam di sini.

Ah Seng ketika mengemudikan bot penambangnya. - gambar BERNAMA
Ah Seng ketika mengemudikan bot penambangnya. - gambar BERNAMA
Ah Seng menolong seorang penumpang menaiki bot penambangnya. - gambar BERNAMA
Ah Seng menolong seorang penumpang menaiki bot penambangnya. - gambar BERNAMA

Ah Seng berkata pada era 60-an hingga awal 90-an terdapat ramai individu mengusahakan perkhidmatan bot penambang di Jeti Pokok Asam kerana pada waktu itu ramai penduduk di Teluk Intan mahupun Seberang Perak menggunakan bot penambang untuk urusan kerja atau mencari barang keperluan harian.

“Namun, apabila zaman berubah dan pada masa yang sama ramai yang mampu memiliki kenderaan sendiri terutama kereta, maka permintaan terhadap perkhidmatan ini semakin berkurangan dan banyak pengusaha yang gulung tikar serta beralih kepada perniagaan lain," katanya.

Menurut Ah Seng faktor lain yang menyebabkan perkhidmatan bot berkenaan semakin dilupakan ialah kerana kewujudan jambatan Sultan Yusof di Jalan Sitiawan-Teluk Intan serta jambatan menghubungkan laluan Kampung Gajah ke Teluk Intan.

"Bagaimanapun, masih ada dalam kalangan penduduk sekitar menggunakan perkhidmatan bot penambang saya kerana ia lebih menjimatkan masa berbanding jika menggunakan laluan darat yang melalui kedua-dua jambatan itu," katanya.

Bapa kepada dua cahaya mata itu menjelaskan selain membawa penumpang, bot berusia lebih empat dekad itu juga menawarkan perkhidmatan sama terhadap kenderaan ringan seperti motosikal.

Penumpang dikenakan caj 70 sen manakala RM1 jika membawa basikal atau motosikal bagi perjalanan sehala. - gambar BERNAMA
Penumpang dikenakan caj 70 sen manakala RM1 jika membawa basikal atau motosikal bagi perjalanan sehala. - gambar BERNAMA
Seorang penumpang membawa keluar motosikal dari bot penambang. - gambar BERNAMA
Seorang penumpang membawa keluar motosikal dari bot penambang. - gambar BERNAMA

Setiap penumpang katanya, dikenakan caj 70 sen manakala RM1 jika membawa basikal atau motosikal bagi perjalanan sehala.

"Kapasiti maksimum bagi bot ini ialah kira-kira 15 penumpang dan 10 motosikal. Dalam sehari, saya mampu menjana pendapatan sekitar RM100 hingga RM250 bergantung kepada keadaan," katanya menambah mampu memperoleh lebih pendapatan pada hujung minggu.

Seorang penumpang Suhaimi Asnahar, 48, dari Felcra Changkat Lada berkata dia kerap menggunakan perkhimatan bot penambang itu kerana ia lebih menjimatkan masa dan wang.

"Kalau ikut jalan darat dari kediaman saya di Felcra Changkat Lada ke Teluk Intan akan mengambil masa kira-kira lebih satu jam dengan jarak kira-kira 60 kilometer (km).

“Kalau naik bot (penambang), hanya ambil masa sekitar 30 minit untuk sampai ke Teluk Intan. Tambang yang dikenakan juga murah iaitu hanya serendah RM1 sahaja bagi perjalanan sehala,"katanya.

Bot penambang ini boleh memuatkan seramai 15 penumpang dan 10 motosikal pada satu-satu masa. - gambar BERNAMA
Bot penambang ini boleh memuatkan seramai 15 penumpang dan 10 motosikal pada satu-satu masa. - gambar BERNAMA
Bot penambang ini beroperasi antara dari Jeti Pokok Asam di pekan Teluk Intan ke Jeti Kampung Cina, Seberang Perak. - gambar BERNAMA
Bot penambang ini beroperasi antara dari Jeti Pokok Asam di pekan Teluk Intan ke Jeti Kampung Cina, Seberang Perak. - gambar BERNAMA

T.Moorthy, 50, pula berpandangan mana-mana agensi kerajaan perlu membantu Ah Seng dalam mengekalkan perkhidmatan bot penambang itu sekali gus menjadikannya sebagai satu daripada produk pelancongan di bandar ini.

"Saya rasa bot ini unik dan kalau boleh ada pihak khususnya agensi pelancongan dapat melihat perkara ini untuk tindakan lanjut.

"la perlu dikekalkan kerana selain menjadi perkhidmatan sampingan untuk penduduk di Teluk Intan dan Seberang Perak, ia juga boleh dipromosikan sebagai satu daya tarikan pelancongan selain Menara Condong dan Pulau Bangau," katanya. – BERNAMA

Sorotan

1

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

2

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

3

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

4

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

5

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

7 Tahun Terpisah, Akmal Hadi Gembira Bertemu 'Puteri' Panda Jagaannya Di China