web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hari Kebangsaan: Pengusaha Bakeri Sedekah 50 Biji Kek

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2023 7:42PM

Kek percuma yang akan disedekahkan kepada pelanggan bertuah nanti - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Percaya dengan keberkatan rezeki dikongsi bersama, seorang pengusaha kedai kek di Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor akan memberikan 50 kek percuma kepada pelanggan yang lahir pada 31 Ogos.

Pemilik Pink Bakery Studio, Siti Zaliha Anuar berkata ia bermula dengan niat mahu bersedekah sempena meraikan ulang tahun pertama pembukaan kedainya yang kebetulan jatuh pada Bulan Kebangsaan.

"Jadi saya niatkan juga untuk gembirakan mereka yang lahir pada 31 Ogos dengan beri kek percuma dan dalam masa sama, semarakkan sambutan hari bersejarah negara ini," katanya kepada Bernama.

Siti Zaliha, 48, berkata tawaran itu sudah habis ditempah dalam tempoh yang singkat selepas dia memuat naik promosi kek istimewa di laman Facebooknya Ct's Choice (Baking Class) pada Ahad lepas.

Menurutnya, kek berbentuk bulat dengan corak Jalur Gemilang bersaiz enam inci berharga RM40 itu perlu dituntut pelanggan bertuah pada 30 atau 31 Ogos ini.

Siti Zaliha (tengah) percaya rezeki harus dikongsi bersama - gambar BERNAMA
Siti Zaliha (tengah) percaya rezeki harus dikongsi bersama - gambar BERNAMA

Menurut Siti Zaliha, usahanya untuk menyediakan kek percuma seberat 500 gram (g) sebiji itu akan dibantu oleh dua petugas yang mempunyai diploma dalam bidang bakeri.

Gara-gara tular tempahan kek percuma itu, Siti Zaliha berkata selain tempahan kek, dia juga menerima tempahan pelbagai jenis kuih tradisional dan pastri yang turut dijual di kedainya.

“Ada pelanggan yang datang ke kedai (untuk membeli produk dijual) selepas hantaran itu tular di Facebook," katanya yang juga pelatih pembuatan kek di bawah Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp). - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan