web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lukisan Hasil Sentuhan Cikgu Ripin Terus Dapat Permintaan, Dulu Hobi Kini Jana Pendapatan

Kisah Kita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2022 7:14PM

Mohd Ariffin Mohd Nawi, menunjukkan koleksi lukisan yang dihasilkan menggunakan cat pastel yang diabadikan dalam bentuk foto di kediamannya di Taman Wang, Gua Musang. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Meniti usia emas, lukisan cat air, lukisan cat minyak, lukisan cat dan tulisan khat hasil tangan pesara guru Mohd Ariffin Mohd Nawi terus mendapat permintaan ramai.

Lebih menarik Mohd Ariffin yang kini berusia 63 tahun, tidak menerima pendidikan formal sebaliknya hanya belajar sendiri sejak di bangku sekolah.

Bercakap kepada Bernama, Mohd Ariffin berkata pada awalnya melukis adalah sekadar hobi beliau ketika sekolah rendah dan karya pertama yang berjaya dijualnya adalah lukisan hitam putih semasa berada di Tingkatan Dua. 

"Saya telah hasilkan lebih 1,000 lukisan termasuk seni tulisan khat daripada penggunaan pensel, cat air, cat minyak, cat kilat dan cat pastel yang mempunyai sentuhan akhir yang berbeza-beza. 

“Terdapat beberapa teknik yang berbeza mengikut bahan cat yang digunakan, misalnya untuk cat pastel saya tidak menggunakan berus kecuali jika terdapat perincian, berbeza dengan cat air, cat minyak dan cat kilat yang memerlukan penggunaan berus semasa berkarya,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Wangi, di sini baru-baru ini.

Menggunakan nama pena 'Arina', beliau berkata lukisan cat kilat lebih mudah dijual memandangkan harganya tidak semahal lukisan cat minyak. 

“Biasanya orang susah untuk mengenal perbezaan antara lukisan cat minyak dan cat kilat, namun terdapat banyak perbezaan harga antara dua jenis lukisan ini jadi lukisan cat kilat lebih murah dan ramai yang membelinya selain lukisan potret yang menggunakan cat pastel," katanya.

Bercerita lanjut, Mohd Ariffin yang mesra disapa Cikgu Ripin berkata beliau mampu menyiapkan lukisan potret dalam tempoh masa sehari jika ia tidak mempunyai perincian yang rumit.

"Namun untuk gambar pemandangan mahupun gambar buah-buahan sekurang-kurangnya empat hari diperlukan untuk disiapkan,” katanya.

Mohd Ariffin kerap bertukar pendapat dan berkongsi hasil lukisan bersama pelukis lain dari serata negara melalui aplikasi telefon pintar bagi mengekalkan hasil lukisan yang berkualiti dan cantik. 

“Lukisan saya boleh didapati dari harga RM80 sehingga RM300 bergantung kepada saiz, kalau kita menjualnya murah sambil ingin teruskan hobi apa salahnya, kerana ada orang yang berminat membeli tetapi tidak mampu jika harga tinggi,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ