Berita Terkini

18 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Belajar Melalui YouTube, Zaitun Bantu Keluarga Dengan Jual Donut

Disebabkan yuran kelas memasak yang tinggi, ditambah lagi dengan keadaannya yang kudung kedua-dua belah kaki, Zaitun tiada pilihan selain belajar membuat donut di YouTube.

Kisah Kita Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 10:00AM

Zaitun Ibrahim sedang menyiapkan tempahan donut di kediamannya di rumah pangsapuri Flat Kinta Heights baru-baru ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Demi kelangsungan hidup, seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) gigih mendalami ilmu cara membuat donut di YouTube sebelum menjaja kuihnya itu di kawasan rekreasi Padang Polo, di sini bagi membantu menjana pendapatan keluarga.

Zaitun Ibrahim, 35, menghabiskan masa hampir lebih lapan bulan di platform YouTube bagi memastikan adunan kuih donut yang dihasilkan itu gebu dan lembut selain beliau kini sudah mampu meraih kira-kira RM100 sehari, hasil daripada jualan donat.

Menurut Zaitun dek kerana yuran kelas memasak yang agak tinggi, beliau yang diuji dengan kudung kedua-dua belah kaki dan tangan kiri sejak lahir akibat demam panas, telah memanfaatkan platform media sosial itu sebagai ‘guru’ serta panduan untuk beliau membuat kuih donat yang sedap.

“Wang yang ada pun cukup-cukup makan sahaja bagi saya, suami dan anak perempuan berusia 17 tahun untuk meneruskan hidup dan disebabkan itu saya hanya rujuk YouTube untuk belajar masak.

“Bersandarkan rakaman video yang ada (di YouTube) saya memperbaiki resipi sedia ada agar dapat menjaga kualiti kuih jualan saya dan membantu keluarga dengan menjual donut,” katanya kepada Bernama di rumahnya di Flat Kinta Heights di sini baru-baru ini.

Kelibat Zaitun yang menggunakan kerusi roda dengan disorong oleh suamin Haizul Yit, 45, akan mula kelihatan di Padang Polo berkenaan seawal pukul 5 petang untuk menjaja kuih donat yang jual dengan harga RM5 bagi setiap set 3 biji donat yang mempunyai pelbagai perisa seperti strawberi, coklat dan pisang.

Bercerita lanjut, Zaitun yang mengimbau kemiskinan keluarganya berkata sehingga kini dia tidak mempunyai kad pengenalan diri kerana kelahirannya tidak didaftarkan ketika dilahirkan dan ibu bapanya pula merupakan warga Thailand.

“Saya dilahirkan di rumah oleh bidan tanpa ada kelengkapan bersalin yang mencukupi, diuji pula dengan masalah keluarga ketika itu apabila bapa meninggalkan kami anak-beranak,” tambahnya.

“Disebabkan itu, saya tidak layak untuk memohon sebarang bantuan atau insentif OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lebih menyedihkan apabila saya tidak boleh menerima rawatan di hospital kerajaan dan terpaksa bergantung kepada kedai ubat kerana tidak mampu ke klinik swasta,” katanya sebak.

Zaitun berkata walaupun diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran hidup, namun ia bukanlah pengakhiran malah keadaan itu membuatkan beliau lebih bersemangat untuk terus mengubah nasib keluarga termasuk mengusahakan pelbagai perniagaan antaranya kraftangan anyaman bakul, gubahan bunga, dan kuih-muih.

Hakikatnya, jauh di sudut hati wanita ini, tersimpan rasa sayu apabila beliau tidak dapat melebarkan sayap perniagaan akibat ketiadaan kad pengenalan diri.

Justeru, Zaitun berharap agar ada pihak berkaitan dalam kerajaan dapat membantunya bagi mendapatkan kad pengenalan diri agar masa depan dia dan keluarganya, lebih terbela. - Bernama

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

08 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 1 minggu yang lalu

Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kedai Motosikal Terbakar, Lelaki OKU Maut Terperangkap

3

Semasa 3 bulan yang lalu

7 Sekeluarga Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh OKU Intelektual - Polis

4

Semasa 3 bulan yang lalu

2 Beranak Rentung Dalam Kebakaran Di Dusun

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 13 jam yang lalu

MH17 Dorong Dr Rabi’ah Adawiyah Sertai Forensik Pergigian