Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dari Pena Ke Pasu Bunga, Plant Bae Jana Rezeki Berganda

Kisah Kita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2021 10:55PM

Sarah dan Irwan kini menjadi pemilik Plant Bae

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hidup ini adalah satu putaran roda, yang membuatkan kitaran perjalanan kita sentiasa berubah dan dipenuhi warna warni dunia.

Seindah mana kisah anda, ia pasti tidak akan terlepas daripada tempias pasang surut kehidupan, yang sebenarnya mendidik kita erti kesabaran dan ketabahan.

Dalam suka ada duka, dalam tawa terselit tangis, tetapi mendung tidak bererti hujan kerana habis gelap teranglah ia.

Kehadiran virus COVID-19 membawa perubahan besar untuk rakyat negara ini dan pasangan suami isteri, Irwan Shafrizan Ismail, 39 serta Sarah Zulkifli, 39, antara yang turut terkesan.

TIga belas tahun mengabdi diri dalam dunia kewartawanan bukan satu jangka masa pendek, dan hati masing - masing libang libu, apabila menyedari kecintaan terhadap aliran itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu.

Ya, Sarah dan Irwan adalah antara ribuan petugas yang terbabit dalam Skim Pengecilan Kakitangan oleh Media Prima Berhad pada Mac tahun lalu, susulan krisis kewangan dihadapi konglomerat itu akibat COVID-19.

Enggan larut dalam kesedihan atau menyalahkan takdir, pasangan muda ini bangkit meneruskan kehidupan dengan mencari sumber pendapatan lain demi meneruskan survival mereka sekeluarga.

"Perniagaan nurseri atas talian ini ditubuhkan selepas kami berdua tidak bekerja dan tiada pendapatan lain untuk menyara hidup.

''Walaupun syarikat membayar pampasan, kami tidak selamanya boleh bergantung harap dengan wang itu semata-mata kerana bukit jika ditarah, lama-lama gondol juga,'' kata Sarah kepada Getaran, baru-baru ini.

Siapa menyangka, bermula dengan sekadar hobi, kegilaan terhadap pokok hidup yang sesetengahnya mencecah ratusan ringgit, akhirnya menjadi sumber rezeki buat mereka berdua, khususnya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antara pokok yang dijual di Plant Bae
Antara pokok yang dijual di Plant Bae

Barangkali memang sudah tertulis sejak azali, kehijauan pokok hiasan itu akan menjadi lubuk rezeki merpati dua sejoli ini, apabila rezeki yang dijana hasil tertubuhnya Plant Bae tiga kali ganda lebih tinggi berbanding gaji diterima selama bergelar wartawan.

“Pada mulanya kami hanya mengumpul pokok bunga di rumah sepanjang PKP, tetapi tak sangka ia mendapat perhatian keluarga, jiran tetangga dan kenalan yang kemudiannya membuat tempahan.

``Bermula dari sekeping gambar di akaun Instragram dan Facebook, nama Plant Bae pantas meniti di bibir penghuni kejiranan setempat di sekitar Subang dan Shah Alam, sebelum tersebar luas ke seluruh Lembah Klang,'' katanya.

Pada awal pembabitan, ibu dua cahaya mata ini mengakui berdepan kesukaran kerana tidak mempunyai pengetahuan atau asas dalam bidang perniagaan.

``Saya akui merasa takut kerana tidak mempunyai ilmu perniagaan yang kukuh, apatah lagi sudah terbiasa hidup makan gaji selama 13 tahun.

``Mujur suami sentiasa memberi dorongan dan kami sudah merancang untuk meluaskan lagi perniagaan selepas ini,'' katanya sambil memberitahu beliau dan Irwan bakal menggaji beberapa pembantu untuk menggerakkan Plant Bae secara lebih agresif.

Bukan sekadar menjual pokok hiasan untuk dekorasi rumah atau pejabat, Plant Bae turut menyediakan perkhidmatan penghantaran terus ke lokasi pelanggan.

 “Sesungguhnya kami berdua amat bersyukur kerana ketika ada yang terpaksa mengikat perut akibat impak dari PKP dan pandemik COVID-19, rezeki Plant Bae sebaliknya terus berlipat kali ganda.

“Kami anggap ia berkat doa kedua ibu bapa yang tidak pernah putus dan rezeki anak-anak,” kata bekas wartawan unit Jenayah itu. - Getaran, 31 Januari 2021. 

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

'Man Kubur' Tolak Rasa Malu, Teruskan Legasi Ayah Hasilkan Kepok Kubur