Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Farhana Nordin Gigih Berniaga Sambil Beramal

Selain memiliki perniagaan menjual set telekung, Farhana Nordin juga terbabit dalam projek amal pemberian terjemahan Al-Quran Bahasa Inggeris kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.

Kisah Kita Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2022 2:21PM

Gambar ihsan Farhana Nordin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memulakan perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi jika barangan atau perkhidmatan yang dijual mempunyai pasaran tertentu sahaja.

Namun berkat niat dan kesungguhannya, Farhana Nordin, 35 terus gagahi usahanya untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan dan komunitinya.

Jenama telekungnya yang dikenali sebagai Noor Deen ternyata mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Berbekalkan platform digital, Farhana yang mesra dipanggil Nana juga nampaknya berjaya mempromosikan perniagaannya lewat platform Instagram. 

Selain memainkan peranan sebagai seorang usahawan, Nana turut aktif membuat kerja amal sampingan bersama beberapa rakan yang berkongsi niat dan minat yang sama.

Sungguhpun begitu, projek amalnya agak berbeza dengan yang sering kita dengari.

Sebagai seorang Muslim yang cuba mendekatkan dirinya dengan ajaran agama dan seruan Tuhan, Nana terbabit dalam projek QuranProjectKL, sebuah inisiatif bersama, dari komuniti untuk komuniti. 

Lewat projek ini, naskhah terjemahan Al-Quran bahasa Inggeris diberikan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, umur, agama, darjat, kedudukan sosial dan sebagainya.

Kami sempat mewawancara wanita bervisi ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang dirinya dan perkara-perkara yang sedang diusahakannya.

Sejak bila memulakan perniagaan telekung Noor Deen?

Ia ditubuhkan pada tahun 2021 dan produk hanya berjaya dikeluarkan dan dilancarkan pada Januari 2022 kerana halangan waktu pandemik.

Bila pula memulakan projek QuranProjectKL ini?

QuranProjectKL adalah inisiatif bersama, dari komuniti untuk komuniti. 

Ia bermula dari tahun 2014 dan sudah bermula jauh lebih awal di komuniti di Birmingham, United Kingdom . Melalui projek ini, naskhah terjemahan Al-Quran bahasa Inggeris diberikan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, umur, agama, darjat, kedudukan sosial dan sebagainya. 

Ia adalah terjemahan Saheeh International yang diiktiraf di seluruh dunia.

Apa yang mendorong anda untuk meneruskan perniagaan dan projek Al-Quran percuma ini?

Bagi perniagaan telekung, keutamaan kami adalah keselesaan para muslimah untuk beribadah dan pada waktu yang sama, mengetengahkan konsep batik yang sinonim dengan tradisi Melayu. 

Telekung kami juga datang dengan set beg telekung dan beg kasut bagi memudahkan para muslimah membawa ke masjid. 

Label nama telekung saya adalah nama ayah saya, 'Noor Deen' yang bermaksud 'Cahaya Keimanan' dalam bahasa Arab (bahasa Al-Quran).

Ia adalah sebagai penghormatan kepada ayah saya yang telah meninggal dunia beberapa tahun yang lepas. 

Dengan harapan, sekiranya muslimah dapat melihat nama di label telekung tersebut, dapatlah mereka mendoakan kesejahteraan ayah saya di sana. 

Ia juga sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah haji dan umrah kerana ia dua dalam satu - boleh digunakan sebagai telekung dan tudung, selain memudahkan para suami atau para jemaah lain mencari si pemakai dalam keramaian kerana telekung kami lebih menonjol dengan konsep batik. 

Walau bagaimanapun, warna yang digunakan untuk telekung kami adalah lembut dan sesuai digunakan untuk solat

Buat QuranProjectKL pula, saya dapati diri saya dan ramai orang di Malaysia (tidak kira sama ada berbangsa Melayu, Cina, India, Bidayuh, Inggeris dan lain-lain) boleh mengaji Al-Quran dalam bahasa Arab (bahasa asli Quran) tetapi tidak faham akan isi dan erti yang terdapat dalam Al Quran itu (kerana tidak faham bahasa Arab). 

Banyak yang boleh dipelajari dari kalam Allah itu tetapi rata-rata kita tidak faham akan ertinya, termasuk diri saya sendiri.  

Di situ, terdetiknya hati kami mengumpul dana daripada kawan-kawan dan komuniti terdekat dan membeli terjemahan Al-Quran. 

Selepas projek pemberian Quran atau ‘quran-giveaway’ secara rawak di kedai kedai kopi yang pertama berjalan lancar, kami mula berkolaborasi dengan Quran Project di Birmingham. 

Ia juga adalah untuk menghancurkan stigma masyarakat bahawa Quran hanyalah untuk para Muslim. Walhal Quran diturunkan untuk semua umat manusia. 

Tidakkah anda merasa rugi menanggung kos projek Quran tersebut?

Apa yang menarik tentang QuranProjectKL adalah ia bukanlah projek individu, ia adalah projek komuniti -- dari komuniti untuk komuniti. 

Semua sumbangan atau sedekah (besar dan kecil) digunakan untuk produksi cetakan dan diberikan kepada mereka yang ingin membaca secara percuma. 

Sumbangan boleh dilakukan kepada QuranProjectKL datang dalam tiga cara utama:

a) sedekah untuk semua lapisan masyarakat agar semua dapat membaca terjemahan Al-Quran tidak kira bangsa dan agama secara percuma.

b) menjadi sukarelawan yang tolong memberi terjemahan Al-Quran kepada masyarakat sekeliling.

c) membaca dan menghayati Al-Quran terjemahan tersebut.

Seperti yang saya terangkan sebelum ini, ia adalah projek komuniti untuk komuniti dan tiada sebarang kos yang diperlukan selain daripada keazaman dan masa yang perlu diluangkan bagi menjayakan projek ini. 

Berkat tekad semua, QuranProjectKL berjaya sampai ke Australia dengan kolaborasi bersama imam masjid di sana.

Apakah cabaran terbesar anda saat menceburi bidang ini?

Bagi perniagaan telekung, cabaran paling besar adalah menghasilkan telekung tersebut pada waktu pandemik sedang menggila di seluruh dunia. 

Telekung yang dihasilkan adalah buatan Malaysia dan antara satu lagi cabarannya adalah menghasilkan kualiti setanding dengan nama-nama telekung yang sudah besar di negara ini sekali gus menjanjikan harga yang lebih mampu milik

Buat QuranProjectKL pula adalah membersihkan niat. 

Dalam melakukan apa-apa sekalipun, niat adalah penting.

Kami harus sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa kami melaksanakan projek ini hanyalah semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah (agar ramai lebih memahami Al-Quran) dan bukanlah untuk menunjuk dan mempamerkan kebaikan. Kerana sesungguhnya, semua yang baik datang daripada Allah dan yang buruk, datang daripada diri sendiri.

Antara cabaran lain yang perlu saya hadapi dengan projek ini adalah apabila orang ramai ingat kami ingin menjual benda atau berdakwah. 

Kami hanya mampu menjadi medium untuk berikan terjemahan Al-Quran secara percuma dan bukanlah ahli ilmu yang layak memberi dakwah. Atas sebab berikut, seringkali tawaran kami ditolak walhal kami tidak mahu apa-apa pun dari pemberian tersebut. 

Bagaimana pula dengan kos perniagaan telekung? Adakah ia menuntut belanja yang besar?

Bagi perniagaan telekung, ia memang memakan kos yang agak besar lebih-lebih lagi bila ia dihasilkan di Malaysia pada waktu pandemik dan bukan negara jiran. Akan tetapi ini adalah usaha kami bagi memudahkan para Muslimah beribadah dengan lebih selesa sekali gus memberikan harga yang lebih mampu milik.

Nasihat anda buat mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan dan projek amal seperti ini.

Dalam apa jua bidang yang ingin diceburi, niat adalah penting. Seterusnya istiqamah. Saya bukanlah orang yang berhak memberi nasihat kepada mereka di luar sana kerana saya tidak lihat diri saya sebagai seorang yang sudah berjaya dalam apa-apa bidang yang saya ceburi.

Tetapi sekiranya ada yang baru ingin menceburi bidang ini, saya nasihatkan agar mereka terus melakukan apa yang diinginkan tanpa melengahkan masa kerana masa itu emas. 

Kepada yang ingin melakukan kerja amal, berjinak-jinaklah dengan seberapa banyak badan bukan kerjaaan atau NGO di luar sana dan jadilah sukarelawan untuk mana-mana kerja amal yang memerlukan. 

Dari situ, anda akan dapat lebih memahami perjalanan sesebuah NGO dan lebih memahami tentang mereka yang kurang bernasib baik daripada kita. 

Muhasabah diri juga adalah aspek yang penting dalam menjayakan sesebuah projek dan kerja amal. - Getaran, 5 Jun 2022

Semua gambar ihsan Farhana Nordin

Isu Pada

Merungkai Magis Pulau Mauritius

04 Jun 2022

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 19 jam yang lalu

'Man Kubur' Tolak Rasa Malu, Teruskan Legasi Ayah Hasilkan Kepok Kubur

Kisah Kita 1 hari yang lalu

MH17 Dorong Dr Rabi’ah Adawiyah Sertai Forensik Pergigian