web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tukang Jahit Tanpa Mesin, Bapa Tabah Jaga Anak OKU

Kisah Kita Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2022 9:06PM

Syd Mohd Radzee menunjukkan paras air banjir hujung Disember tahun lalu yang menenggelamkan mesin jahit di PAKR Sungai Pandan, dekat Kuantan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Sejak lima bulan lalu, Syd Mohd Radzee Syd Abd Rahim hanya mampu melihat sahaja dua mesin jahit miliknya yang rosak akibat ditenggelami banjir.

Lelaki berusia 44 tahun dan menetap di perumahan awam kos rendah (PAKR) Sungai Pandan, dekat sini, adalah seorang pakar menjahit dan sudah mempunyai ramai pelanggan tetap.

Namun nasibnya sedikit berubah apabila banjir melanda kawasan tempat tinggalnya itu hujung Disember lalu dan menenggelamkan mesin jahit berkenaan.

“Saya rasa anggaran minimum ialah RM500 bagi setiap mesin jahit, itu belum kira tahap kerosakan sebab mesin ini ada papan litar berkomputer, jadi (kos) mungkin lebih daripada RM500.

“Buat masa sekarang memang saya tak mampu (nak baiki), sejak mesin ini rosak, saya kerja dengan orang, kerja tukang jahit jugalah, cuma kalau boleh saya nak kerja sendiri, menjahit di rumah sebab nak jaga anak dan mak yang sedang uzur,” katanya ketika ditemui di rumahnya, petang tadi.

Syd Mohd Radzee berkata, sebab utama dia mahu bekerja sendiri di rumah ialah kerana anak sulungnya menghidap penyakit cerebral palsy dan memerlukan lebih perhatian.

Katanya, Syd Najwan Amir yang kini berusia 16 tahun, sangat rapat dan manja dengannya dan sukar dia menumpukan sepenuh perhatian kepada anak itu jika bekerja di tempat lain.

Syd Mohd Radzee bersama anak sulungnya, Syd Najwan Amir yang menghidap penyakit cerebral palsy.
Syd Mohd Radzee bersama anak sulungnya, Syd Najwan Amir yang menghidap penyakit cerebral palsy.

“Sejak kecil sampai sekarang, memang sayalah yang banyak melayan kerenah dia, sebelum keluar bekerja, saya mandikan dia dan bila petang pun sama, memang kena beri perhatian lebih kepadanya.

“Sebab itulah saya harap sangat ada pihak sudi membantu saya dengan memberikan sumbangan mesin jahit baharu, bagi memudahkan saya meneruskan kerja menjahit dan pada masa sama, boleh menumpukan perhatian terhadap anak dan ibu saya yang diserang angin ahmar sejak awal Disember tahun lalu,” katanya.

Dia bagaimanapun mengakui isterinya, Azizah Husin, 43 tahun, banyak membantu menguruskan anak dan ibunya berusia 65 tahun yang terlantar sakit.

Katanya, seorang lagi anak mereka berusia 14 tahun menetap di asrama sekolah yang terletak di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan.

“Syukur jugalah sebab Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada memberi bantuan bagi kategori orang kurang upaya (OKU) terlantar untuk Syd Najwan Amir, boleh ringankan sedikit bebanan kami.

“Dengan elaun itulah saya gunakan untuk kos ulang alik ke hospital, untuk hantar dia ke pusat dalam komuniti (PDK) dan beli susu serta lampin pakai buang.

“Sekarang ini pun banyak pihak bantu mak saya juga, kalau tak silap saya, pusat zakat pun ada bagi sumbangan bulanan untuk mak, jadi bolehlah bantu kami sekeluarga dari segi kewangan,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat untuk membantu membaiki atau menyumbangkan mesin jahit kepada Syd Mohd Radzee boleh menghubunginya di talian 013-811 9714 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. - Getaran, 28 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 7 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin