Berita Terkini

1 jam yang lalu: KL City perlu lebih masa untuk capai keserasian - Hodak 1 jam yang lalu: Penarikan balik WRO terhadap Sime Darby Plantation beri impak positif 1 jam yang lalu: Dua geng kongsi gelap ditahan ugut peniaga di tapak perniagaan sempena sambutan #Thaipusam 1 jam yang lalu: Menteri-Menteri luar ASEAN kecam ekstremis bakar Al-Quran 1 jam yang lalu: Baling botol kaca: Tujuh individu termasuk tiga wanita ditahan

IKUTI KAMI


Dari Gelanggang Ke Filem, Nor 'Phoenix' Diana Bukan Gadis Biasa

Dari gelanggang, rupanya bakat dan kebolehan Diana kini dikembangkan ke arena berbeza apabila mula berjinak-jinak sebagai pelakon.

Kisah Kita Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 12:00PM

Gambar: Filem 'Gila Gusti' dan Instagram @nordianapw

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tiga tahun lalu, nama gadis kelahiran Kuala Lumpur ini mula meledak, sekali gus memancing perhatian orang ramai dan media antarabangsa apabila bergelar ahli gusti bertudung pertama di dunia.

Dia yang dikenali dunia sebagai Nor 'Phoenix' Diana hanya berusia 19 tahun ketika memenangi Pro Wrestling-The Wrestlecon pada tahun 2019. 

Bukan itu sahaja, video dan gambar dia beraksi menumbangkan beberapa ahli gusti lelaki berbadan sasa mula menjadi tular dan diperkatakan. 

Tidak berhenti di situ, pada tahun 2020 dia terpilih untuk disenaraikan dalam Forbes 30 under 30 kerana dianggap telah melakukan perubahan besar pada usia yang muda.

Sejak itu, gadis yang mesra disapa sebagai Diana ini kerap ke London untuk menimba pengalaman dan menajamkan kemahiran gustinya. 

Di Pro-Wrestling: EVE, London, Diana masuk ke gelanggang dan menewaskan lawannya satu demi satu. Kebetulan, EVE ialah sebuah kelab gusti yang memang khas untuk golongan hawa.

Sehinggalah suatu hari dia menerima khabar duka dari Malaysia apabila ibunya disahkan meninggal dunia. Diana bergegas pulang ke Malaysia pada tahun 2020. 

Tidak lama selepas itu, pandemik melanda dunia dengan sangat hebat menyebabkan aktiviti gustinya di London terhenti. 

Tidak ada perlawanan dan latihan. Diana duduk di rumah dalam tempoh yang lama. Namun cintanya terhadap sukan gusti tidak pernah berhenti.

“Sepanjang menyertai sukan gusti, saya pernah berdepan dengan banyak kecederaan seperti tisu belakang koyak dan mula membengkak. Saya masih ingat saya menangis kerana ia terlalu sakit. Tapi itu tidak mematahkan minat dan semangat saya.

“Ramai yang kaitkan gusti dengan simbol keganasan. Tapi gusti sebenarnya adalah gabungan teater dan aksi. Ia sebuah seni persembahan. 

“Apa yang paling penting untuk seseorang itu bertahan di arena gusti ini adalah mereka mesti bersedia dari aspek mental dan fizikal. Ini kerana kami menjalani latihan tiga hingga empat jam sehari.

“Jika anda tidak biasa, atau tidak kuat, anda pasti akan cepat muntah,” ceritanya kepada Getaran semasa ditemui di sidang media filem Gila Gusti.

Tambahnya lagi, Diana kerap mendapat mesej melalui laman sosial daripada para gadis yang ingin turut menyertai sukan gusti. 

“Ramai wanita yang sebenarnya berminat untuk menceburi bidang ini. Namun mereka segan dan malu kerana mereka harus beraksi dengan lelaki. Saya nasihatkan mereka untuk cuba dulu. 

“Bayangkanlah, saya dahulu seorang gadis yang pemalu dan gusti inilah sukan pertama saya. Namun, bila sudah ceburi secara serius, saya berubah,” ceritanya lagi yang kini merupakan ahli gusti sepenuh masa pertama di Malaysia.

 

Bergelar pelakon aksi

Daripada beraksi di gelanggang, rupanya bakat dan kebolehan Diana kini dikembangkan ke arena berbeza. Dia mula berjinak-jinak sebagai pelakon aksi. 

Filem pertamanya ialah Small Town Heroes yang mula ditayangkan Januari tahun ini. 

Kini, dia tampil menerusi filem keduanya iaitu Gila Gusti bergandingan dengan pelatihnya iaitu Ayez Shaukat Fonseka yang bakal ditayangkan 17 Mac ini.

“Jujur saya kata pada awalnya memang agak kekok memandangkan saya tidak pernah beraksi dengan kamera yang banyak di depan saya. Bukan itu sahaja, bila berlakon, semua orang akan fokus kepada saya. 

“Tapi saya lawan perasaan malu yang menebal dalam diri. Jika memang rezeki saya untuk terjun ke dalam bidang lakonan, saya akan anggap sebagai cabaran,” tambahnya lagi. 

 

Akademi gusti di Malaysia

Ingin mengajak lebih ramai masyarakat khususnya golongan wanita untuk menyertai gusti, Diana kini dalam proses giat untuk membantu jurulatihnya, Ayez Shaukat untuk mewujudkan akademi gusti di Malaysia. 

Ia merupakan sebuah kolaborasi antara APAC Wrestling bersama Booker T dari Reality of Wrestling di Texas. 

“Kami akan buka kelas untuk semua jantina. Tak kira lelaki dan perempuan yang terdiri daripada semua lapisan umur untuk sama-sama menyertai sukan gusti ini. 

“Segala kemas kini akan kami kongsikan di laman Instagram APAC Wrestling,” katanya tersenyum.

Berada di dalam sebuah sukan yang didominasi lelaki kadangkala membuatkan gadis dari lima beradik ini ragu. Namun, dia sudah membulatkan tekad tidak akan berhenti kerana perjalanan ini sudah direstui oleh arwah ibunya.

“Sebelum ibu pergi, dia sempat tengok saya berjaya. Namun kalau dia masih ada sekarang,  dia akan jadi peminat nombor satu saya. Akan setiap hari kemas kini tentang saya di media sosialnya. Akan menjadi yang paling bangga.

“Kadangkala saya terfikir juga apalah nanti yang akan dicakapkan oleh orang ramai kerana saya bertudung dan bergusti. Namun saya beranikan diri dan cuba sahaja. 

“Pesan saya, jika anda berminat untuk melakukan sesuatu, ikutlah kata hati anda. Cuba dahulu. Kalau tak cuba, kita tak tahu,” katanya dalam keadaan mata berkaca menutup temu ramah. - Getaran, 13 Mac 2022

Gambar: Filem Gila Gusti

Isu Pada

NFT, Seni Atau ‘Scam’? Bersama Ghazi Maslan

12 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 44 minit yang lalu

Wanita UMNO Nak Mengorak Ke Hadapan Atau Mengundur Ke Belakang?

2

Politik 21 jam yang lalu

147 Ketua Wanita UMNO Bahagian Sokong Shahrizat Kembali, ‘Beliau Seperti Mutiara…’

3

Usahawan 4 hari yang lalu

Tak Kisah Bersaing Di Dunia Lelaki, Azie Rahimah Buktikan Kemampuan Diri

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Wanita Lithuania Hilang 4 Tahun Lalu Ditemukan Di Malaysia

Sorotan

1

Ruang Tamu Rumah Terbakar, OKU Warga Emas Cedera

2

ARMADA Cabar PKR, DAP Dedah Butiran Perbelanjaan, Sumber Kewangan PRU-15

3

147 Ketua Wanita UMNO Bahagian Sokong Shahrizat Kembali, ‘Beliau Seperti Mutiara…’

4

Penggantungan Keahlian: UMNO Johor Mahu Hishammuddin, Maulizan Rayu Hukuman - Khaled