Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Khairil Aslan Mula Dapat Rentak Teruskan Kayuhan

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 5:49PM

Pasukan Fatbike Johor memberi sokongan kepada Khairil Aslan (tengah). - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pengayuh basikal solo, Khairil Aslan Ab Rasid, mula mendapat rentak dan berjaya mengembalikan momentumnya dalam tempoh seminggu melaksanakan Ekspedisi Siri Kayuhan Solo Fatbike Jelajah Semenanjung Malaysia.

Ekspedisi yang bermula 13 Januari itu dijadikan sebagai senaman pemanas badan untuk beliau kembali beraksi, selepas berhenti rehat selama dua tahun akibat pandemik COVID-19.

“Bagi saya ini baru permulaan kerana baru seminggu, tetapi saya sudah dapat rentak dan sistem peredaran darah saya juga semakin bagus.

“Dalam ekspedisi ini saya tidak mengharapkan berapa ratus kilometer, cuma saya mahu kembalikan momentum itu sudah cukup memadai,” katanya ketika ditemui di Hotel GBW di sini, hari ini.

Khairil Aslan (kanan) diiringi Pasukan Fatbike Johor tiba di Hotel GBW, Johor Bahru. - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein
Khairil Aslan (kanan) diiringi Pasukan Fatbike Johor tiba di Hotel GBW, Johor Bahru. - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Terdahulu, Khairil Aslan, 47, meneruskan siri jelajah Semenanjung Malaysia itu semalam iaitu hari kelima ekspedisi dengan bermula di Muar sebelum ke Batu Pahat, Tanjung Piai serta Pekan Nenas, Pontian dan kemudian bermalam di Kangkar Pulai yang membabitkan jarak kira-kira 100 kilometer.

Sebelum tiba di bandar Johor Bahru, beliau mengayuh basikal Fatbike jenama Maxtron dengan beban 60 hingga 70 kilogram itu sejauh 50 kilometer dari Kangkar Pulai ke Gelang Patah dan Iskandar Puteri.

Beliau akan meneruskan siri jelajah itu sebanyak 120 kilometer ke Kota Tinggi dan Mersing pada esok.

Di Johor Bahru, Khairil Aslan diiringi Pasukan Fatbike Johor seramai 13 pengayuh basikal sebagai tanda sokongan.

Bagi Khairil Aslan, cabaran utama dalam siri jelajah kali ini adalah cuaca yang ekstrem seperti panas dan berangin selain permukaan jalan yang berbukit.

“Cuaca memang ekstrem. Kalau panas itu saya tidak ada masalah sangat, tetapi jika berangin itu yang ekstrem.

“Di bandar Johor Bahru ini pula ada jalan yang berbukit, itu juga satu cabaran buat saya,” jelasnya.

Khairil Aslan yang mempunyai azam besar turut berkongsi impiannya bergelar ‘The True Explorer Grand Slam’ dunia.

Khairil Aslan (kiri) berkongsi pengalaman bersama Pasukan Fatbike Johor. - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein
Khairil Aslan (kiri) berkongsi pengalaman bersama Pasukan Fatbike Johor. - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

“Saya mengharapkan untuk 2023, saya mempunyai satu projek khas sekiranya umur saya panjang dan kesihatan juga baik, saya merancang sesuatu yang cukup besar untuk saya membuat pendakian ekspedisi G3 8000 ers.

“Saya ingin mendaki tiga puncak setinggi 8,000 meter untuk fasa pertama bermula April 2023,” katanya.

Khairil Aslan berkata, pendakian pertama membabitkan puncak tertinggi dunia, Gunung Everest, diikuti keempat dan kelima tertinggi iaitu Gunung Makalu serta Gunung Lhotse.

Beliau memulakan siri jelajah Semenanjung Malaysia pada 13 Januari lalu dari Gombak, Selangor dan dijangka berakhir pada 20 Februari depan di Puchong, Selangor. - Getaran, 18 Januari 2022

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

Sekolah, PIBG Kerjasama Wujudkan Tandas Pintar Bagi Keselesaan Murid