web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fazdlun Kongsi Rahsia Awet Muda, ‘Penghijrahan’ Terbaharunya

Kisah Kita Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2021 12:09PM

Fazdlun berjaya menawan Annapurna Base Camp setinggi 4,130 meter di Nepal pada 2019. - Gambar dari Instagram Fazdlun Abas

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Biarpun sudah bergelar ibu kepada tiga cahaya mata, bekas peragawati dan jaguh bola jaring Fazdlun Abas tetap kelihatan anggun serta langsing, persis anak dara.

Penampilannya yang berhijab turut memukau setiap mata memandang sehingga membuatkan ramai tertanya-tanya, rahsia awet muda beliau sehingga hari ini.

Bagi wanita berusia 39 tahun ini, jawapannya mudah sahaja, hanya perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan sentiasa berfikiran positif sepanjang masa.

Fazdlun masih kekal anggun dan langsing biarpun sudah memiliki tiga cahaya mata. - Gambar dari Instagram Fadzlun Abas
Fazdlun masih kekal anggun dan langsing biarpun sudah memiliki tiga cahaya mata. - Gambar dari Instagram Fadzlun Abas

“Jika sesiapa kenal saya, anda tahu saya jenis sukakan aktiviti lasak dan mementingkan gaya hidup sihat.

“Saya juga suka dedahkan anak-anak kepada aktiviti luar dan bersukan.

“Secara tidak langsung mereka dapat ilmu mengapa kita perlu ada kehidupan yang sihat.

“Kita juga perlu berfikiran positif dalam apa jua situasi dan persekitaran di sekeliling kita kerana ia turut mempengaruhi ‘body maintain’ seseorang,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Fazdlun sering mendedahkan anaknya dengan aktiviti lasak. - Gambar dari Instagram Fadzlun Abas
Fazdlun sering mendedahkan anaknya dengan aktiviti lasak. - Gambar dari Instagram Fadzlun Abas

Sebaik sahaja bersara di pentas peragaan, Fazdlun yang juga bekas pemain bola jaring kebangsaan, kini melebarkan sayapnya dalam bidang perniagaan produk kesihatan iaitu Energy Booster dan Detox Slimming jenama Faztfit.

Menurutnya, penghijrahan itu bukan bermaksud membawa diri kerana sudah tiada tawaran di pentas peragaan, tetapi kerana minatnya dalam perniagaan yang semakin menebal.

“Bukan sebab saya rasa dah tak ada demand tapi dalam modelling akan ada satu tahap awak akan rasa this is enough.

“Sudah tentu awak nak fokus satu benda lain, lagipun dalam dunia modelling awak takkan bertahan lama. Ketika itu terlintas di fikiran saya nak buat business.

“Jadi saya lahirkan dua produk kesihatan yang relate dengan diri saya yang pernah bergelar atlet dan juga model,” katanya.

Fazdlun kita menceburi bidang perniagaan produk kesihatan. - Gambar dari Instagram Fadzlun Abas
Fazdlun kita menceburi bidang perniagaan produk kesihatan. - Gambar dari Instagram Fadzlun Abas

Tanpa disedari, dua produk kesihatan iaitu Energy Booster dan Detox Slimming jenama Faztfit yang diasaskannya sejak dua tahun lalu mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Alhamdulillah Detox Slimming khususnya, mendapat permintaan tinggi sebab ramai nak kelihatan langsing dan cantik. Ramai tanya saya apa rahsia kurus? Jadi saya pun kongsi dengan mereka produk yang saya amalkan.

“Untuk kurus awak jangan sesuka hati ambil suplemen. Awak sebenarnya kena detox badan, buang semua segala toksik dari badan.

“Inilah yang saya amalkan selain buat puasa bersela atau ‘intermittent fasting’ (IF).

“Bagi Energy Booster pula produk itu menjadi pilihan mereka yang aktif seperti atlet, cyclist dan juga hikers. Kedua-dua produk ini ada permintaan dari target market yang berbeza,” katanya.

Mengakui berniaga ketika negara diancam pandemik COVID-19 begitu mencabar, Fazdlun berkata keadaan itu banyak mematangkan dirinya.

Fazdlun bersama tiga anak perempuannya. - Gambar dari Instagram Fazdlun Abas
Fazdlun bersama tiga anak perempuannya. - Gambar dari Instagram Fazdlun Abas

“Saya lakukannya demi diri sendiri dan juga keluarga, nak tak nak saya kena berani ambil risiko. Jadi saya rasa saya perlu cabar diri sendiri sebab apa yang kita nak buat, kita kena tahu apa kekuatan diri kita.

“Memang tak mudah, perjalanan saya masih lagi panjang tapi saya yakin setiap usaha pasti akan membuahkan hasil,” katanya.

Dalam pada itu, anak jati Lenggeng, Negeri Sembilan itu turut bekerjasama dengan rakan baiknya, Suhara Omar, 47, mengusahakan sebuah pusat sehenti pelbagai jenis perniagaan di bawah jenama Iqlas Group.

“Dalam Iqlas Group ada dua cabang perniagaan iaitu Iqlas Commerce dan Iqlas Care. Saya menguruskan cabang Iqlas Commerce yang menjual produk pakaian, telekung, produk kecantikan dan kesihatan serta kosmetik.

“Buat masa ini, produk perhiasan dah diproses dan ada beberapa produk lagi masih tengah buat kajian dan penyelidikan (R&D). Kebanyakan supplier macam food artisan ramai di kalangan ibu tunggal. Jadi sedikit sebanyak kami dapat bantu mereka jana pendapatan,” katanya.

Fazdlun (dua dari kiri) beraksi dalam salah satu pertandingan bola jaring. - Gambar dari Instagram Fadzlun Abas
Fazdlun (dua dari kiri) beraksi dalam salah satu pertandingan bola jaring. - Gambar dari Instagram Fadzlun Abas

Walaupun sudah menginjak usia, Fazdlun mengakui minatnya terhadap sukan bola jaring tidak pernah luntur.

Malah sehingga hari ini, dia masih lagi mengendalikan klinik kejurulatihan bola jaring di kalangan kanak-kanak perempuan yang baru mula berjinak-jinak dalam sukan itu.

Dia juga turut diberi peluang menjadi komentator kejohanan Netball Super League (NSL) 2021 yang berlangsung pada Mac lalu.

“Walaupun gugup tapi ia menyeronokkan dan satu pengalaman baru bagi saya.

“Saya juga berasa terharu kerana diberikan peluang untuk terlibat dalam program besar itu,” katanya. - Getaran, 23 November 2021

Berita Berkaitan

1

Usahawan 2 bulan yang lalu

Capal Jago Kepala Batas: Warisan 6 Dekad Jadi Pilihan PM

2

Usahawan 1 tahun yang lalu

Kedai Kopi Jalan Ampas Imbau Nostalgia Filem Melayu Lama

3

Usahawan 2 tahun yang lalu

Pengusaha Harumanis Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan Pelanggan

4

Usahawan 2 tahun yang lalu

Peniaga Nasi Kukus Raih Jualan RM14,000 Sebulan Selepas Sertai Program IPR

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas