web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guru Kreatif Semarak Minat Pelajar Sambut Merdeka

Kisah Kita Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2021 9:21PM

Noor Syahirah ketika menjalankan PdPR di rumah bersama anak muridnya secara maya. - Foto Ihsan Noor Syahirah Othman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sambutan Hari Kebangsaan dirai setiap tahun pada tanggal 31 Ogos dan kemeriahan serta kegembiraan dapat dirasai saat meraikan hari bersejarah itu. 

Namun, adakah kita benar-benar memahami tujuan sebenar menyambut Hari Kebangsaan?

Apakah pengertiannya kepada anak kecil dan golongan muda yang hanya melihat perayaan itu disambut di kaca televisyen setiap tahun? 

“Memandangkan PdPR sudah berlanjutan hampir dua tahun, semua guru harus kreatif dan memberi kelainan dalam menjalankan sesi pengajaran.” 

Guru menjadi insan penting diharapkan untuk menyebarkan doktrin kemerdekaan, tetapi, topik kemerdekaan yang biasanya dibincang dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah kadang-kala tidak digemari pelajar.

Mengambil pendekatan berbeza di saat negara berdepan pandemik COVID-19 yang memaksa pembelajaran berlangsung hanya secara maya, Noor Syahirah Othman bijak memikirkan kaedah menarik bagi menanam sifat cintakan kemerdekaan negara. 

Berkongsi cerita, guru mata pelajaran Sejarah di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Nanas, Pontian ini berkata, beliau memilih melaksanakan projek Galeri Patriotik di rumah bertajuk Ke Arah Kemerdekaan sebagai antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang berlangsung pada sepanjang Ogos. 

“Memandangkan PdPR sudah berlanjutan hampir dua tahun, semua guru harus kreatif dan memberi kelainan dalam menjalankan sesi pengajaran. 

“Murid sekarang banyak meluangkan masa di hadapan skrin. Mereka hanya duduk dan pergerakan psikomotor adalah minimum. 

“Oleh itu, saya merasakan selain pembelajaran atas talian, pembelajaran berbentuk projek juga boleh dilaksanakan,” katanya kepada Getaran. 

Antara projek Galeri Patriotik di Rumah yang dihasilkan murid tahun lima SK Pekan Nanas, Pontian. - Foto Ihsan Noor Syahirah Othman
Antara projek Galeri Patriotik di Rumah yang dihasilkan murid tahun lima SK Pekan Nanas, Pontian. - Foto Ihsan Noor Syahirah Othman

Projek Galeri Patriotik di Rumah itu dipilih Noor Syahirah, 33, sebagai usaha mendedahkan semua pelajarnya dengan erti kemerdekaan. 

“Dengan cara ini, murid saya akan didedahkan dengan apa itu kemerdekaan. Mereka dapat mengetahui proses kemerdekaan itu selain mengenali tokoh penting dalam usaha memerdekakan tanah air. 

“Ini secara tidak langsung dapat menyemai semangat patriotisme dalam diri mereka,” jelasnya. 

Noor Syahirah mengakui, dia tidak menyangka sambutan yang diterima daripada anak-anak kecil itu sangat memberangsangkan. 

Mereka hadir dengan pelbagai idea dan kreativiti tersendiri dalam menghasilkan galeri kemerdekaan yang menarik, walaupun hanya diberi masa dua minggu untuk disiapkan dengan bantuan ahli keluarga. 

“Saya sendiri terkejut dengan sambutan yang diberikan oleh murid serta ahli keluarga mereka.”

“Pembelajaran ini berbentuk projek. Saya ingin memberi peluang kepada murid-murid mencurahkan kreativiti mereka di samping dapat meluangkan masa bersama ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. 

“Murid-murid sangat teruja dan mereka lebih menghayati nilai sejarah. Galeri ini juga akan dibiarkan sepanjang tempoh PdPR dan menjadi satu sudut pembelajaran di rumah.

“Ahli keluarga lain juga secara tidak langsung dapat mengetahui lebih mendalam mengenai sejarah kemerdekaan,” katanya. 

Menurut Noor Syahirah, cabaran PdPR memerlukan beliau menyediakan bahan asas seperti gambar dan kertas warna yang diletakkan di pondok pengawal keselamatan sekolah. 

Katanya, murid-murid perlu menggunakan bahan dibekalkan itu yang boleh diubah suai mengikut kreativiti menggunakan bahan lain di rumah masing-masing. 

“Mereka dibimbing oleh saya melalui aplikasi WhatsApp memandangkan capaian internet yang kurang memuaskan untuk menjalankan kelas atas talian. 

“Saya sendiri terkejut dengan sambutan yang diberikan oleh murid serta ahli keluarga mereka.

“Saya juga menyediakan hadiah istimewa untuk mereka sebagai penghargaan kepada penglibatan mereka sepanjang PdPR dan kesungguhan yang mereka tunjukkan bagi menyiapkan projek ini,” ceritanya gembira. - Getaran, 31 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

2

Semasa 15 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

4

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang