Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tak Lokek Memberi Asal Pandai Membawa Diri, Wartawan Muda Perlu Beradab

Karier Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Apr 2022 9:26AM

Azliyanti Ib-berahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menongkah alam kerjaya berbekalkan cita-cita yang disemai dari kecil sememangnya menjanjikan satu kepuasan tidak terhingga.

Walau berdepan sejuta rintangan, semua itu dianggap bak angin lalu, dibenteng cinta mendalam terhadap bidang diceburi.

Laluan takdir personaliti televisyen, Azliyanti Ib-berahim, 40 sememangnya telah kemas terukir dalam dunia penyiaran.

Bermula selepas tamat pengajian dalam jurusan Komunikasi dan Pengajian Media di Universiti Teknologi MARA (UiTM), percubaan beliau menghantar permohonan ke TV3 ternyata mengundang tuah, apabila diterima sebagai petugas di stesen televisyen berkenaan.

Kini selepas 16 tahun, Azliyanti atau mesra dipanggil Yanti masih kekal mencintai dunia yang sama, malah tidak pernah terfikir mahu melangkah pergi.

“Cita-cita sebagai wartawan penyiaran sememangnya sudah tersemat sejak bangku sekolah, dan saya amat bersyukur laluan ini dipermudahkan.

“Ada orang terpaksa menempuh sejuta halangan jika mahu melakukan apa yang diminati, tapi saya bertuah kerana minat ini dapat dilakukan saban hari,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini.

Azliyanti dan Syarizan bersama lima anak mereka. Ketika ini anak ke-6 itu, Arzachel Rakhshan masih dalam kandungan
Azliyanti dan Syarizan bersama lima anak mereka. Ketika ini anak ke-6 itu, Arzachel Rakhshan masih dalam kandungan

Melihat kepada sosok tubuhnya yang genit dan paras awet muda dimiliki, tiada siapa menyangka wanita murah senyuman dengan barisan gigi tersusun rapi ini ialah ibu kepada enam cahaya mata.

Mendengar jumlah anak, mata terbelalak seketika, khususnya apabila membayangkan kesukaran mengimbangi peranan sebagai ibu dan wartawan.

Lebih menakjubkan, Yanti bukan sekadar seorang wartawan, malah beliau turut diberi kepercayaan sebagai pembaca berita dan penerbit.

Empat portfolio dalam satu masa, pastinya menuntut pengorbanan yang bukan sedikit, namun anehnya beliau tetap kelihatan ceria tanpa sedikit garis lelah terpancar pada wajahnya.

“Kalau ditanya, saya juga adakalanya takjub melihat kemampuan menjalankan begitu banyak tugas pada satu-satu masa, apatah lagi anak bongsu baru berusia tujuh bulan.

“Tapi ya, seorang ibu itu sememangnya berkudrat amat luar biasa, dan itulah yang saya jalani. Apabila hari berlalu, saya akan tersenyum puas kerana Alhamdulillah, segalanya baik-baik belaka,” katanya, tersenyum.

Azliyanti bersama rakan setugas ketika menyampaikan Buletin Utama.
Azliyanti bersama rakan setugas ketika menyampaikan Buletin Utama.

Diminta mengulas skop tugasan dilakukan dan kelulusan yang perlu dimiliki, Yanti hanya tertawa kecil.

“Mungkin ramai yang tidak tahu, dunia kewartawanan adalah satu-satunya bidang pekerjaan yang ‘membenarkan’ anda datang dengan pelbagai aliran pendidikan.

“Anda boleh sahaja datang dengan kelulusan kejuruteraan misalnya tapi bergelar wartawan. Ada juga memiliki kelulusan yang melayakkan mereka bergelar Ahli Ekonomi, tetapi pada akhirnya menjadikan kewartawanan sebagai sumber rezeki,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui, ijazah dimiliki bukan tiket untuk memandang rendah pada rakan lain, yang mungkin hanya berbekalkan kelulusan sekadar Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Saya mengenali ramai rakan wartawan senior, yang pengalaman di dada jauh mengatasi kami, pelajar Sarjana Muda atau Sarjana.

“Ilmu dimiliki mereka terlalu amat luas jika dibandingkan dengan wartawan junior yang masih hijau serba serbi, pun golongan berkenaan tidak kedekut berkongsi, seperti padi, semakin berisi semakin tunduk,” katanya.

Berpegang pada prinsip tak lokek memberi dan berkongsi asal pandai membawa diri, Yanti turut meluahkan rasa kecewa apabila melihat ramai wartawan generasi muda semakin terhakis nilai murninya.

“Tak ke mana perginya jika hidung menongkat langit. Akan tiba masa anda perlu ‘menyembah’ juga ke bumi.

“Manusia itu asalnya dari tanah, mati juga akan kembali ke tanah, maka mengapa mesti bersifat langit,” katanya, memetik kata-kata cendekiawan terkemuka Indonesia, Hamka. 

Melihat ketenangan dan ketertiban beliau menyusun patah demi patah kata, sukar untuk dibayangkan Yanti juga pernah berhadapan detik getir apabila pembantu rumah yang dipercayai menimbulkan masalah, termasuk melarikan diri.

Hal itu jelasnya, antara cabaran perlu diharungi, ditambah dengan jadual tugasan yang tidak menentu.

“Ketika itu saya perlu ke pejabat seawal jam 4 pagi untuk ditata rias sebelum memasuki studio untuk membaca berita. Mujur ketika itu suami tidak ke luar negara, jadi beliaulah yang membantu menguruskan anak sepanjang saya bertugas.

“Pernah juga keadaan itu berlaku ketika suami di luar negara. Syukur majikan faham apabila saya terpaksa mengambil cuti kecemasan,” katanya.

Azliyanti masih cergas di set walaupun ketika hamil.
Azliyanti masih cergas di set walaupun ketika hamil.

Bertuah dikurniakan suami yang amat bertimbang rasa dan tidak kekok membantu di rumah, Yanti mengakui kejayaannya banyak dibantu lelaki itu.

Setiap kali kakinya melangkah keluar, pastinya ia dengan iringan doa dan restu suami, Syarizan Md Isa, 49.

“Apabila saya berdepan tugasan penting di pejabat, dialah yang membantu menguruskan anak, begitu juga ketika anak sakit dan hanya mahu ‘melekap’ atau ketika saya di dalam pantang, semua urusan rumah dibereskan dengan begitu sempurna.

“Untuk semua isteri bekerja di luar sana, pastikan setiap langkah anda diiringi doa restu suami. Ingat, mereka bukan sahaja tiket kita ke syurga, malah reda Allah ada bersama mereka. Tidak ada gunanya berjaya setinggi langit, jika ia terhasil daripada kekecewaan atau tanpa izin suami,” katanya, menitip pesan. - Getaran, 17 April 2022

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu