Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Jutawan Muda Azam Hasilkan Filem Penapis Haba Kalis Peluru

Karier Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 1:50PM

Mohd Fadzli (kanan) bersama pelakon Pekin Ibrahim yang juga salah seorang pelanggannya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Mengambil risiko besar dalam hidupnya dengan bangkit dalam dunia perniagaan selepas menamatkan tugas sebagai penjawat awam selama 8 tahun adalah tindakan berani diambil seorang anak muda.

Namun, risiko diambil Mohd Fadzli Che Harun, 37, itu berbaloi apabila dia kini boleh berbangga apabila layak digelar jutawan muda.

Bergelumang dalam dunia perniagaan iaitu filem penapis haba dan penjagaan kenderaan sejak 2017, pelbagai cabaran terpaksa diharungi anak muda yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Pelbagai liku terpaksa ditempuh dari bawah, sebelum meniti puncak kejayaan.

Segala bentuk perniagaan sudah diteroka termasuk menjual kain, pakaian dan jam tangan, sebelum dia akhirnya menemui cinta sebenar, iaitu filem penapis haba kenderaan.

Mungkin perniagaan ini agak kurang popular, namun Mohd Fadzli membuktikan dia mampu memacu industri itu ke tahap tertinggi, sehingga berjaya memiliki 32 francais di seluruh Malaysia menggunakan jenamanya sendiri iaitu UVKool Tint.

Mohd Fadzli Che Harun
Mohd Fadzli Che Harun

Mohd Fadzli yang juga Pengarah Urusan TMK Industries itu berkata, dia kini memfokus kepada perniagaan filem penapis haba dan penjagaan kenderaan di kedainya di Kajang, Selangor, yang dikenali sebagai TMK Industries - Tint & Car Detailing

Menurutnya, selain itu, dia yang ingin membantu rakan-rakan untuk sama-sama menceburi bidang perniagaan filem penapis haba kenderaan, turut mewujudkan satu jenama baharu iaitu UVKool Tint.

“Saya ambil prinsip mudah, untuk berjaya dalam perniagaan ini, yang paling penting adalah niat kita membantu orang dah berkongsi rezeki, bukannya baru buka kedai sudah berangan-angan untuk menjadi kaya raya. Kita pentingkan kualiti, perancangan rapi dan sememangnya perlu ada sifat sabar, redha, ikhlas serta konsisten. Paling penting, menjaga keberkatan dalam berniaga. 

“Contoh macam dalam bidang filem penapis haba, tujuan saya membuka perniagaan pertamanya mencari rezeki. Kedua, berkongsi rezeki dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan sehingga hari ini, ada lebih 150 anak muda dalam pasukan. Kita juga membantu pengguna memandu dalam keadaan selesa dan gembira,” katanya ketika ditemui Getaran.

Mohd Fadzli (tengah) bersama pasukannya sewaktu awal perniagaan.
Mohd Fadzli (tengah) bersama pasukannya sewaktu awal perniagaan.

Mohd Fadzli berkata, perniagaan dalam bidang perkhidmatan juga mempunyai cabaran, justeru adalah amat penting untuk memiliki perancangan pengurusan yang baik bagi menangani pelbagai situasi dan masalah.

“Alhamdulillah, fasa demi fasa, perancangan demi perancangan saya buat bersama pasukan sehingga ke tahap sekarang. Bermula dari kedai kecil sehingga besar dan kita akan pergi lebih jauh lagi, orang kata “slowly but surely”, kita nak UVKool Tint menjadi jenama nombor satu di Malaysia.

“Kini bukan sahaja filem penapis haba, saya juga mengusahakan kedai mencuci kereta, ‘polish’, ‘coating’ ‘paint protection film’, ‘wrap’ dan nombor plat kenderaan. Cita - cita saya satu hari nanti kita nak hasilkan tinted kalis peluru,” katanya. - Getaran, 20 Mac 2022

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

NCER Disasar Catat RM367.8 Bilion Pelaburan Direalisasi Menjelang 2030 - PM