Berita Terkini

17 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Penari Profesional bukan sekadar hobi

Kenali Shoba Rupini, penari profesional yang kini mencipta nama dalam dunia seni tari.

Karier Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 4:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Sebut sahaja tarian, ramai yang menganggap ia hanya satu hobi dan bukan kerjaya serius untuk diceburi. Ini salah faham dalam masyarakat kita. Ramai yang fikir kerjaya ini mudah kerana hanya perlu menggerakkan badan mengikut irama lagu," kata penari profesional, Shoba Rupini dalam sesi temu ramah bersama Getaran baru-baru ini. 

Menurut Shoba, ramai tidak tahu karier ini sebenarnya memerlukan kekuatan mental dan tenaga. 

"Kami tak mengharapkan layanan istimewa apa pun. Cukuplah dilayan dan dipandang tinggi seperti profesion lain.

“Kami lebih daripada alatan ‘prop’ yang mencantikkan persembahan penyanyi di atas pentas,” kata Shoba

Semestinya perkataan ‘kejayaan’ itu membawa maksud yang berbeza bagi setiap orang. Ini kerana kami percaya, semua orang mempunyai impian dan matlamat hidup tersendiri. Justeru itu,  perlu diakui bahawa setiap kerjaya seharusnya diberi penghormatan yang setimpal.

Mungkin ramai tidak tahu bahawa untuk menjadi seorang penari profesional bukanlah semudah yang disangkakan. Menerusi wawancara ini, Shoba yang juga guru tarian berkongsi lebih lanjut mengenai kerjaya ini. 

Apakah yang memupuk minat Shoba untuk menceburi kerjaya ini?  

Saya mula menari tarian klasik, ‘Bharatanatyam’ ketika berusia empat tahun. Pada mulanya ibu memaksa saya untuk mempelajari tarian tersebut. Baginya, itu salah satu cara untuk mengekalkan tradisi budaya kami. 

Tidak lama kemudian, minat saya dalam bidang tarian mula berputik dan bertambah. Disebabkan saya seorang yang pendiam, saya dapat bersuara dan meluahkan emosi melalui pergerakan badan.

Sejujurnya, bukan mudah untuk meyakinkan ibu bapa kerana mereka tahu risiko yang ada dalam karier ini. Namun, saya percaya dan yakin jika pasang niat dan fokus yang betul, saya mampu menggapai bintang. Dengan menari, saya berasa jujur dengan diri sendiri dan dapat menampilkan diri saya yang asli. 

Apa salah tanggapan orang ramai terhadap karier ini? 

Jika bertemu keluarga dan orang baharu, ramai akan mempersoalkan sama ada kerjaya ini boleh buat duit atau tidak. Bahkan ada juga yang mempersendakan cita-cita saya seoalah-olah ia tidak bermakna atau tidak berbaloi untuk dikejar.

Kawan saya berkata sama seperti doktor yang mampu menyembuhkan orang sakit, anda juga dapat mengubati hati dan mengubah mood menjadi lebih ceria dengan menari. Bagi saya, menari bukan sekadar hiburan. Ia lebih daripada itu.  

Apakah sikap yang diperlukan untuk menjadi seorang penari profesional?

Bukan bakat sahaja yang menjadi kayu pengukur melahirkan seorang penari yang baik. Tanpa minat dan dorongan, seseorang itu tidak akan mampu untuk mempelajari, memahami dan menguasai perkara yang diceburi.

Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai bakat dalam tarian tetapi tidak mempunyai minat untuk mengembangkan bakat tersebut tidak akan mampu menjadi penari yang baik. Dia akan memperlihatkan sifat yang negatif terhadap bakatnya dan sudah pasti minatnya itu akan hilang begitu sahaja.

Tambahan pula, sikap disiplin dan rajin memainkan peranan penting kerana tanpanya, seorang penari tidak akan mampu untuk menunjukkan persembahan yang cemerlang. Meskipun  kadang kala saya juga menerima komen negatif tentang tarian saya, saya ambil secara positif untuk memperbaiki diri dan tampil lebih baik serta kreatif. 

Apa pendapat Shoba tentang TikTok sebagai platform untuk menonjolkan bakat?

Saya tidak tahu kenapa ramai orang memandang rendah terhadap TikTok sedangkan ia batu loncatan untuk menampilkan bakat yang ada. Dengan memuat naik video menari, ramai mula mengenali saya dan mengikuti koreografi yang saya hasilkan. 

Saya juga dapat berhubung dengan penari lain di luar negara dan memperbaiki teknik tarian saya. Platform ini banyak membantu saya dalam mempelajari gaya tarian baharu termasuk yang menjadi trend seterusnya mendorong saya untuk menjadi lebih baik.

Saya turut bangga melihat rata-rata penari tempatan mula mendapat perhatian dan pengiktirafan masyarakat global. Ramai juga dapat menjana pendapatan tambahan dan mendapat tawaran gig untuk menari melalui platform ini.

@shobsskii

forever messing up ? @@aisyamarissa_ @fridayboogie @peotwalawei_ #fyp #fypシ #lovenwantiti

♬ original sound - Shoba - Shoba

Apa rancangan Shoba dalam masa terdekat?

Setakat ini saya banyak buat kelas tarian secara atas talian bagi mengekalkan momentum dan daya kreativiti. Sejujurnya, saya tak sabar berada dalam ruangan yang sama dengan penari lain untuk bertukar idea dan menari bersama-sama.

Masih banyak yang perlu saya belajar. Jadi, buat masa ini saya ingin mendalami ilmu dengan menghadiri kelas tarian. Sudah sampai masa untuk saya fokus mengembangkan kreativiti dan menghasilkan lebih banyak koreografi. - Getaran, 22 September 2021

Semua gambar: Shoba Rupini

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Perjuangan Zii Jia Di Kejohanan Dunia 2023 Sudah Berakhir

2

Luar Negara 11 bulan yang lalu

Rom: Pakar Psikiatri Maut Diserang Bekas Pesakit

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Bekas Pemain Golf Profesional M. Ramayah Meninggal Dunia

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Tidak Halang Anak Ikut Jejak Langkahnya Jadi Penyanyi

Sorotan

1

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

2

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

3

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

4

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

5

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

6

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi

Usahawan 1 hari yang lalu

Kraftangan Rotan Bantu Suri Rumah Jana Pendapatan

Bekas graduan Institut Kraf Negara ini sedia berkongsi ilmu, kemahiran bagi memastikan seni anyaman rotan tidak pupus ditelan zaman

Ekonomi 1 hari yang lalu

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri