web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menjelajah Krabi Secara Mesra Muslim Bersama Tripfez

Percutian sebegini sesuai untuk anda yang mementingkan keselesaan fikiran sepanjang perjalanan

Jelajah Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2026 12:13PM

Pemandangan indah di Princess Cave

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Krabi merupakan antara destinasi pantai paling digemari di selatan Thailand, terkenal dengan pulau-pulau tropika, tebing batu kapur yang dramatik serta keindahan Laut Andaman yang memukau. 

Untuk pengembara dari Malaysia yang mementingkan keselesaan dan keperluan Muslim, Krabi juga semakin menonjol sebagai destinasi mesra Muslim, khususnya apabila perjalanan disusun secara halal-friendly seperti program yang dianjurkan oleh Tripfez.

Singgah Dan Lawat Ikon Bandar Krabi 

Perjalanan ke Krabi bermula dengan penerbangan terus dari Kuala Lumpur, menjadikan destinasi ini mudah diakses untuk percutian singkat. 

Setibanya di Krabi, lawatan dimulakan dengan singgah ke Giant Crab Statue, mercu tanda ikonik yang melambangkan identiti bandar ini dan lokasi popular untuk sesi fotografi. 

Pemandangan turut diserikan dengan latar Khao Khanab Nam Hill, dua bukit batu kapur yang menjadi simbol semula jadi Krabi.

Pengembaraan diteruskan ke pekan Krabi, kawasan bandar yang memperlihatkan sisi kehidupan tempatan yang lebih autentik. Di sini, pelawat berpeluang melawat HM Lanta War Ship Museum, sebuah kapal tentera laut yang dijadikan muzium dan tarikan bersejarah. 

Muzium Perang HM Lanta
Muzium Perang HM Lanta

Menjelang malam, Tripfez membawa peserta menikmati makan malam di restoran halal terpilih, selari dengan konsep mesra muslim yang menjadi keutamaan sepanjang program.

Penginapan Selesa Di Blu Monkey Hub & Hotel Krabi Town

Sepanjang percutian ini, peserta menginap di Blu Monkey Hub & Hotel Krabi Town, sebuah hotel moden yang menawarkan suasana santai dan kontemporari. 

Terletak di lokasi strategik berhampiran kawasan bandar, hotel ini sesuai untuk pelancong yang inginkan penginapan praktikal dan selesa selepas seharian meneroka Krabi.

Blu Monkey Hub & Hotel Krabi Town menampilkan reka bentuk minimalis dengan bilik yang kemas, bersih dan lengkap dengan kemudahan asas. 

Suasana hotel yang tenang menjadikannya pilihan ideal untuk berehat, sama ada untuk pelancong solo, pasangan mahupun kumpulan. 

Bagi pelancong Muslim, faktor lokasi yang memudahkan pergerakan ke restoran halal dan kawasan bandar turut menjadi nilai tambah kepada pengalaman menginap di sini.

Island Hopping Ke 4 Pulau Di Laut Andaman

Hari kedua merupakan kemuncak percutian dengan aktiviti 4 Island Tour menggunakan bot long-tail persendirian. Peserta dibawa menerokai pulau-pulau terkenal yang mesti dijejaki apabila sampai ke Krabi. 

Pulau Railay
Pulau Railay

Persinggahan pertama ialah Pulau Railay, destinasi eksklusif yang terkenal dengan tebing batu kapur tinggi dan pemandangan pantai yang memukau. Di Railay, peserta turut berpeluang mengunjungi Princess Cave, sebuah gua legenda yang sarat dengan unsur budaya dan cerita rakyat tempatan.

Selesai merakam memori di sini, perjalanan diteruskan ke pulau-pulau lain. Dalam perjalanan bot berhenti berhampiran Pulau Ayam untuk snorkeling kira-kira 30 minit. Selesai aktiviti ini, barulah peserta dibawa ke Pulau Tub yang popular dengan beting pasir semula jadi yang muncul ketika air surut.

Pulau Poda
Pulau Poda

Persinggahan terakhir ialah Pulau Poda, pulau berpasir putih bersih yang dikelilingi air laut biru kehijauan. Di sinilah peserta dihidangkan dengan hidangan tengah hari, manakala makan malam sekali lagi diatur di restoran halal, menegaskan komitmen Tripfez dalam menyediakan itinerari mesra muslim yang tersusun dan meyakinkan.

Membeli-belah Produk Tempatan Sebelum Pulang

Pada hari terakhir, sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur, peserta dibawa singgah ke pusat jualan produk OTOP Krabi.

Di sini, pelbagai kraftangan tempatan, makanan ringan tradisional dan cenderamata unik boleh dibeli sebagai kenangan percutian, sambil menyokong ekonomi komuniti setempat.

Kenapa Perlu Ambil Pakej Dengan Tripfez?

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa perlu ambil pakej dengan Tripfez sedangkan segalanya boleh dilakukan dengan sendiri. Alasan paling logik, percutian bersama pihak agensi ideal untuk mereka yang mementingkan keselesaan fikiran sepanjang bercuti. 

Tak perlu susah payah menaiki pengangkutan awam, tak perlu berjalan jauh untuk ke sana sini. 

Selain itu, berikut adalah sebab lain untuk bercuti bersama Tripfez :

1. Pengalaman menyenangkan bermula di lapangan terbang. Kakitangan Tripfez akan menguruskan pengambilan beg peserta kerana setiap beg telah diberi teg. Anda hanya perlu ambil beg setelah mereka kumpulkan di satu tempat. 

Antara restoran yang menyajikan hidangan halal
Antara restoran yang menyajikan hidangan halal

2. Tripfez memberi tumpuan khusus kepada pakej makanan halal, memudahkan pelancong Muslim menikmati hidangan tanpa was-was. 

3. Itinerari yang disusun sesuai untuk muslim. Ini kerana ia disusun oleh ‘pakar’ untuk pengalaman terbaik.

4. Lawatan dijalankan dalam kumpulan kecil (maksimum 25 orang), menjadikan perjalanan lebih lancar dan santai.

5. Setiap peserta mempunyai insurans perjalanan. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, pihak agensi akan membantu semua urusan dengan pihak insurans.

Untuk mendapatkan pakej percutian mesra muslim, anda boleh ke https://product.tripfez.com/  - Getaran, 30 Januari 2026

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 1 bulan yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?