Berita Terkini

7 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


6 Destinasi Menarik Di Selangor Yang Berbaloi Diterokai

Gatal kaki nak berjalan lagi usai PKP nanti. Melancong dalam negeri sendiri pun sudah cukup bagus sebenarnya. Tulisan ini, khas buat mereka yang berada di Selangor. Yang di luar, mohon bersabar ya.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2021 3:50PM

Gambar: Instagram @ayumizzayu

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tourism Selangor memperkenalkan #ImagineNowExperienceSoon untuk anda merancang percutian sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) berakhir.

Maklumlah, pasti ramai yang sudah rindu dengan pengalaman menikmati keindahan alam semulajadi, menyelusuri pantai yang indah serta berehat di tempat-tempat peranginan mendamaikan. 

Berikut enam destinasi menarik di Selangor yang mungkin belum diketahui ramai, namun sesuai untuk diterokai bersama keluarga dan teman-teman. 

 

1) Air Terjun Sungai Lepoh

Kredit foto: @discoverselangor
Kredit foto: @discoverselangor

Air Terjun Sungai Lepoh merupakan lokasi yang sesuai buat penggemar aktiviti luar. Terletak di daerah Hulu Langat dan berhampiran dengan Kampung Pangsoon, air terjun ini juga dikenali sebagai Sungai Lopo ataupun Sungai Lepok.

Dikelilingi dengan pemandangan alam semula jadi memikat, air terjun di Sungai Lepoh yang jernih sesuai untuk aktiviti perkelahan. Malah, anda juga boleh melakukan aktiviti pendakian dan mengintai burung.

 

2) Sky Mirror

Kredit foto : @skymirrormalaysia
Kredit foto : @skymirrormalaysia

Cermin diri sendiri dan bergambarlah sepuas hati! Sky Mirror yang terletak di daerah Kuala Selangor ini semakin mendapat perhatian ramai.

Oleh kerana ia menampilkan fenomena semula jadi seperti yang terdapat di Bolivia, Sky Mirror ini turut mendapat jolokan nama ‘Salar de Uyuni’ Malaysia. 

Fakta yang anda harus tahu, tarikan ini bukan boleh dinikmati sepanjang waktu. Sebaliknya, hanya berlaku pada tarikh dan waktu-waktu tertentu sahaja dalam bulan lunar iaitu semasa air surut dan air tenang.

Untuk ke sini, anda perlu menaiki bot laju yang mengambil masa lebih kurang 30 minit dari jeti Sky Mirror. Datanglah dengan pakaian berwarna terang untuk gambar yang lebih menarik!

 

3) Empangan Sungai Selangor

Kredit foto : Facebook Tourism Selangor
Kredit foto : Facebook Tourism Selangor

Ramai yang tidak tahu Empangan Sungai Selangor merupakan lokasi terbaik untuk aktiviti stargazing. Ianya mula beroperasi sejak tahun 2003 dan terletak kira-kira 5 kilometer dari pekan Kuala Kubu Bharu. 

Aktiviti stargazing ini sangat sesuai dijalankan di Empangan Sungai Selangor atas faktor kawasan empangan ini yang tidak terdedah kepada pencahayaan luar. Selain itu, persekitaran kawasan ini juga sungguh menakjubkan, dengan dikelilingi kehijauan alam semula jadi, bukit-bukau dan tasik yang mempesona.  

 

4) Pantai Kelanang

Kredit foto : @bal_79
Kredit foto : @bal_79

Pantai yang terletak di daerah Kuala Langat ini hanya mengambil kira-kira 20 minit dari Pekan Banting. Biarpun menjanjikan pemandangan indah, tidak ramai yang mengetahui tentang pantai ini.  

Mungkin kerana lokasinya yang agak jauh ke kawasan pedalaman. Kedudukannya yang tersorok sebenarnya adalah bonus kerana di sinilah anda dapat menikmati ketenangan minda buat seketika. Jika singgah ke sini pada waktu petang, apa kata tunggu sehingga matahari terbenam kerana pemandangannya cukup menakjubkan. 

 

5) Secret Garden @ 1 Utama Shopping Centre

Kredit foto : Facebook 1 Utama Shopping Centre
Kredit foto : Facebook 1 Utama Shopping Centre

Secret Garden yang terletak di tingkat teratas pusat beli-belah 1 Utama Shopping Centre ini sering diabaikan oleh pengunjung biarpun sudah saban kali membeli-belah di pusat membeli-belah popular ini. 

Mempunyai keluasan 35 meter atau 30,000 kaki persegi, Secret Garden menempatkan lebih  daripada 500 spesies flora eksotik, di mana setiap tanaman di sini ditanam menggunakan tanah bio-karbon dan dipelihara dengan teliti oleh pasukan ahli botani terkenal. 

Masuk adalah percuma dan ia hanya dibuka pada hujung minggu dan cuti umum dari jam 10 pagi hingga 10 malam. 

 

6) Bukit Gasing

Kredit foto : @kualalumpurcity
Kredit foto : @kualalumpurcity

Bukit Gasing merupakan lokasi hijau yang terletak berhampiran ibu kota Kuala Lumpur. Ia termasuk di dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Gasing. Lokasi ini sesuai dijadikan lokasi untuk aktiviti riadah seperti aktiviti pendakian yang sering menjadi pilihan pendaki amatur.

Kawasan hutan di sini merangkumi keluasan kira-kira 52 hektar dengan ketinggian 164 meter dari paras laut. Menariknya, anda juga boleh menikmati pemandangan dan panorama indah menara pencakar langit yang terdapat di ibu kota setelah tiba di puncak bukit ini.

Jadi, tarikan yang mana satu menjadi pilihan anda? Jangan cuba-cuba panjangkan langkah sebelum PKP 3.0 berakhir okay. Apabila sampai masanya nanti, barulah jejaki semua tarikan yang tersenarai. 

Sentiasa patuhi garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara.

Daftar kehadiran anda di aplikasi mudah alih ‘SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat’, amalkan penjarakan sosial, gunakan cecair pembasmi kuman secara berkala dan pakai pelitup muka pada setiap masa demi kesejahteraan bersama.

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel. - Getaran, 10 Jun, 2021



 

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Diskaun Sana-sini, Peluang Tambah Koleksi Baju Raya Ke Rumah Terbuka

oleh Rahayu MN

Refleksi 2 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah

Refleksi 1 hari yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

oleh Rahayu MN