web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hobi Kumpul Kayu Terbuang Bantu Guru Capai Impian Bina Rumah Idaman

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2023 12:52PM

Rumah dibina menggunakan kayu terbuang yang dikumpul sejak 13 tahun lalu. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BACHOK - Pernah digelar 'gila' oleh penduduk kampung kerana sering mengumpul kayu-kayu terbuang, Mohd Nazmie Che Mohd Ashari boleh tersenyum lebar apabila 'bahan terbuang' itu kini sudah bertukar menjadi sebahagian daripada rumah idaman.

Mohd Nazmie yang berusia 37 tahun berkata minat mengumpul kayu bermula kira-kira 13 tahun lepas sewaktu mula berkhidmat sebagai guru. 

"Masa mula-mula kerja dahulu saya beli chainsaw dan letakkan dalam kereta. Apabila pulang dari mengajar saya akan pergi ke kawasan orang tebang pokok atau orang cuci kawasan, mana-mana kayu yang mereka tidak mahu dan tinggalkan yang kebanyakannya adalah kayu tembusu, saya minta izin ambil dan bawa pulang.

Mohd Nazmie Che Mohd Ashari turut membantu kerja-kerja membina rumah idamannya. gambar BERNAMA
Mohd Nazmie Che Mohd Ashari turut membantu kerja-kerja membina rumah idamannya. gambar BERNAMA

"Pada waktu itu ada penduduk kampung yang gelar saya cikgu gila kerana ambil kayu-kayu terbuang bawa balik ke rumah," katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Pantai Senok, di sini baru-baru ini.

Bercerita lanjut, guru Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus di Bachok itu berkata kayu-kayu yang dikumpulnya itu dijadikan pelbagai barangan seperti kerusi, meja dan permainan kanak-kanak.

"Apabila saya dan isteri mengambil keputusan untuk membina rumah di lokasi ini sekitar tahun 2021, kayu-kayu yang masih ada dalam simpanan digunakan sebagai tambahan kepada kayu-kayu yang dibeli," katanya.

Mohd Nazmie berkata selain kayu tembusu, rumah dengan konsep tradisional Melayu seluas 1,800 kaki persegi itu turut menggunakan kayu cengal, mersawa, merawan dan akasia.

"Memang dah niat saya dan isteri nak buat rumah dengan konsep tradisional Melayu yang dibina tinggi. Jadi kami setuju 70 peratus rumah ini dibina menggunakan kayu manakala baki 30 peratus daripada batu," kata bapa kepada tiga cahaya mata itu.

Mohd Nazmie ketika membantu kerja membina rumahnya. gambar BERNAMA
Mohd Nazmie ketika membantu kerja membina rumahnya. gambar BERNAMA

'Kegilaan' Mohd Nazmie tidak hanya kepada mengumpul kayu, biarpun tanpa tidak memiliki sebarang pengalaman atau kemahiran bertukang atau membina rumah, beliau turut bertindak mereka bentuk rumah yang masih dalam proses pembinaan itu.

"Saya cuma tengok daripada buku, majalah dan YouTube. Ketika ini ada dua orang tukang membina rumah ini, selain bertindak mereka bentuk, saya turut membantu dari segi membuat kabinet, pintu, finishing bilik air dan piping.

"Ketika ini rumah ini sudah 80 peratus siap, kerja-kerja pembinaan sedikit tertangguh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2021 lalu," katanya.

Tanpa sebarang ilmu khusus, Mohd Nazmie mengakui puas dapat membina kediaman keluarganya itu biarpun pernah digelar gila, malah hobi itu turut menyaksikan beliau kini memiliki bengkel pertukangan kayu di kediaman ibunya di Bukit Marak.- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Mahu Bina Rumah Sendiri? Pastikan Anda Ambil Kira Semua Faktor!

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ceroboh Rumah MB Selangor: Kertas Siasatan Dirujuk Kepada Pendakwaan Hari Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

7 Rumah Dikosong Akibat Tanah Runtuh - Bomba

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Tentera Israel Musnahkan 60 peratus Rumah Di Semenanjung Gaza

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 14 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN