web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tak Perlu Ke Luar Negara, Di Sini Ada Rumah Pelangi Juga

Rumah-rumah berwarna ceria di tepi sungai memang mesra Instagram. Yuk, berkunjung ke Kampung Sungai Budor, Kota Bharu usai PKP nanti.

Jelajah Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2021 8:30AM

Gambar: fotoBERNAMA/Shahuri Saidi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keindahan dan keceriaan di kawasan Rumah Pelangi di Kampung Sungai Budor, Kota Bharu, menjadi tarikan kepada orang ramai untuk berkunjung ke perkampungan itu.

Lokasinya yang berdekatan dengan Sungai Kelantan, Rumah Pelangi yang dicat dengan pelbagai warna seperti kuning, ungu, merah dan biru memberi keceriaan kepada perkampungan yang terletak kira-kira satu kilometer dari pusat bandar Kota Bharu.

Rumah Pelangi itu boleh dijadikan sebagai satu destinasi yang wajib dikunjungi oleh pelancong terutama kepada mereka yang suka bergambar kenangan. 

Wakil penduduk Rumah Pelangi, Wan Rosli Wan Mohamad, 64, berkata, rumah di kawasan itu dicat berwarna-warni bak pelangi bertujuan untuk menjadikan ia sebagai satu pusat pelancongan baharu.

Katanya, rumah di lokasi itu mula dicat warna pelangi pada 2018 dengan permulaan sebanyak enam rumah sebelum bertambah kepada 17 buah tahun ini.

Wakil penduduk Rumah Pelangi, Wan Rosli Wan Mohamad, 64, (kanan) bergambar bersama penduduk kampung di Rumah Pelangi di Kampung Sungai Budor, Kota Bharu. Gambar: Siti Nor Hidayatidayu Razali
Wakil penduduk Rumah Pelangi, Wan Rosli Wan Mohamad, 64, (kanan) bergambar bersama penduduk kampung di Rumah Pelangi di Kampung Sungai Budor, Kota Bharu. Gambar: Siti Nor Hidayatidayu Razali

"Idea untuk menghasilkan rumah pelangi ini hasil daripada Pertubuhan Prihatin Wanita Kelantan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

"Penduduk di kawasan itu juga selesa dan gembira dengan warna rumah ini kerana ia menjadikan kampung ini dikenali ramai.

"Sebelum ini, ramai pelancong luar datang ke kawasan ini untuk bergambar kenangan dan pada masa akan datang pihak kerajaan akan mewujudkan lebih banyak kemudahan untuk menarik lebih ramai pengunjung termasuk ruang perniagaan kepada penduduk," katanya ketika ditemui di Rumah Pelangi di sini.

Menurut Wan Rosli lagi, langkah itu dapat menjana ekonomi penduduk dan memajukan kampung berkenaan.

Tambahnya, keseluruhan rumah penduduk di kampung itu berjumlah 156 buah, namun hanya rumah berdekatan sungai yang dicat warna pelangi.

Wan Rosli turut berkata bahawa penduduk juga mengambil inisiatif mengecat sendiri rumah mereka dengan warna pelangi bagi menyokong usaha kerajaan yang mahu menjadikan kampung itu sebagai pusat pelancongan.

"Kami bekerjasama untuk menyiapkan Rumah Pelangi ini. Penduduk sama-sama membantu untuk memastikan kampung ini indah dan ceria serta menjadi pusat pelancongan yang dikenali ramai.

"Ini menunjukkan bahawa penduduk setempat menyambut baik langkah kerajaan yang mahu menjadikan lokasi ini sebagai pusat pelancongan memandangkan lokasi ini sangat dekat dengan bandar Kota Bharu.

"Kami mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke kampung ini," katanya. - Getaran, 20 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penuntut IPTA Didakwa Cederakan Rakan Baik Guna Asid

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Suspek Kes Tembak KLIA Direman Seminggu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Kesan 4 Lelaki Dikehendaki Bersabit Jenayah Di Kota Bharu

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi