web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemburu Imej Galaksi Bersengkang Mata Menunggu Detik Terindah

Tak semua yang kelam itu menakutkan. Dengan pengetahuan dan peralatan yang betul, banyak yang indah dapat dilihat pada langit malam yang secara kasarnya kelihatan gelap-gelita.

Jelajah Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2021 3:24PM

Gambar: FotoBERNAMA/Mohd Nahari Nahar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemburu imej galaksi sanggup bersengkang mata sepanjang malam hingga ke awal pagi, hanya semata-mata mahu memastikan tidak terlepas detik untuk merakamkan imej terbaik.

Itulah yang dilakukan oleh seorang jurufoto bebas dari Kampung Nombor 6 di sini, Mohamad Nahari Nahar, 32, dalam menanti momen terindah jaluran cahaya malap terentang di langit pada waktu malam yang terdiri daripada jutaan bintang, planet dan sebagainya.

Beliau yang menjadikan pemburuan imej galaksi itu sebagai hobi berkata minatnya mula timbul pada 2016, namun hanya dilakukan secara suka-suka.

Katanya kerana pada peringkat awal beliau tidak mempunyai banyak pengetahuan mengenai galaksi dan menyertai pemburuan imej galaksi bersama ahli kumpulan Sabah Stargazers untuk memahami lebih mendalam berkenaan fenomena itu.

“Kesabaran amat penting untuk mencari galaksi ini. Sekiranya kita ingin mendapatkan hasil rakaman yang menarik, adakalanya perlu menunggu sepanjang malam hingga subuh barulah imej yang ditunggu-tunggu itu muncul,” katanya kepada Bernama.

Imej galaksi ini seumpama cakera yang dipenuhi bintang-bintang berpilin mengelilingi pusat galaksi manakala imej sisi galaksi pula merupakan imej yang leper dengan bonjolan di tengahnya.

Mengulas lanjut, Mohamad Nahari berkata pada masa ini, pencarian galaksi semakin mudah dengan wujudnya pelbagai aplikasi yang boleh diakses dan memberikan semua maklumat tepat mengenai galaksi itu seperti masa dan tempat, sekali gus menyenangkannya untuk membuat persiapan.

“Dengan menggunakan aplikasi yang sedia ada, saya dapat merancang waktu yang sesuai untuk memburu imej galaksi. Jika di Sarawak, kawasan yang selalu menjadi tumpuan ialah di Telok Melano, Sematan dan Bako di Kuching,” katanya.

Beliau juga pernah mendapat tawaran daripada pasukan National Geographic untuk menyertai program kajian terbaharu mereka di Iceland pada Mac lalu, tetapi terpaksa menolak kerana pandemik COVID-19.

Menurutnya antara faktor yang memainkan peranan penting untuk mendapatkan rakaman galaksi yang cantik ialah dari segi pencahayaan di kawasan yang terlibat dengan kawasan yang dipilih itu perlulah zero light atau sifar cahaya.

“Dari segi alatan pula, sekiranya ‘newbie’ memadailah dengan hanya menyediakan alatan kelengkapan seperti kamera DSLR dan lensa yang asas sahaja dalam lingkungan RM5,000,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 4 hari yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 3 minggu yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi