web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Basah Tekak’, Hasil Inisiatif 3 Pemuda Ubah Lorong Terbiar Jadi Bazar Ramadan

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 8:30AM

Sekumpulan individu mengambil inisiatif menghidupkan lorong terbiar menjadi platform usahawan muda menjana ekonomi melalui penganjuran bazar Ramadan Raya yang dikenali 'Basah Tekak' 2.0 di Jalan Patani di sini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Tiga pemuda mengambil inisiatif “menghidupkan” lorong terbiar dengan mengubahnya menjadi lokasi bazar Ramadan Raya yang dikenali  ‘Basah Tekak’ 2.0 di Jalan Patani di sini.

Ketiga-tiga mereka Ainol Zulkarnain Zainal Abidin, 39, Muhammad Daniel Halis, 33, dan Muhammad Aiman Mohd Tajudin, 25, berusaha menaik taraf dan mencantikkan lorong tersebut dengan kos kira-kira RM20,000.

Ainol Zulkarnain berkata idea mengubah lorong terbiar itu kepada tempat kegiatan ekonomi bermula tahun lepas secara kecil-kecilan sebelum penglibatan lebih ramai usahawan muda pada tahun ini dengan terdapat 16 gerai jualan.

“Kali pertama kami mengadakan program ‘Basah Tekak’ ini, kami hanya memanggil beberapa rakan untuk sama-sama berniaga. Sekurang-kurangnya mereka dapat menjana pendapatan dengan berniaga di tempat yang semakin menjadi tumpuan orang ramai ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Tinjauan mendapati dinding di kawasan lorong itu dihiasi lukisan mural yang cantik dan diterangi cahaya lampu sehingga mencetuskan suasana menarik kepada pengunjung untuk singgah di gerai minuman dan makanan, selain pakaian raya serta aksesori wanita yang dijual pada harga berpatutan.

Ainol Zulkarnain berkata pihaknya telah mendapat kebenaran daripada Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) yang meluluskan permit untuk bazar itu beroperasi di lorong berkenaan.

“Kami berterima kasih kepada pihak MPSPK yang memberikan permit untuk kami menjalankan perniagaan di sini dan diharap terus mendapat sokongan untuk menambah baik operasi perniagaan di lorong ini,” katanya.

Beliau berkata lorong bersebelahan kedai kopinya itu sebelum ini terbiar dan gelap, selain kebersihannya tidak terjaga sekali gus berisiko berlaku kes jenayah seperti ragut dan apabila lorong itu dinaik taraf ia berpotensi menjadi tempat tarikan pelancong.

Sementara itu, seorang pengunjung bazar itu, Muhammad Aiman Roslee, 24, berkata beliau gemar datang ke situ untuk minum kopi sambil melihat dekorasi lorong yang cantik.

“Lorong ini dulu biasa saja, tetapi mereka buat jadi luar biasa. Setahu saya, belum ada lagi di Kedah yang buat konsep seperti ini, harga jualan barang di sini juga berpatutan. Sesuai untuk seisi keluarga dan golongan muda datang ke sini,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan