Berita Terkini

8 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


6 Tip Bercuti Pada Bulan Ramadan

Tak dapat pusing-pusing Malaysia, dapat teroka negeri masing-masing pun jadilah. Berikut kami kongsi tip untuk anda yang ini bercuti pada bulan Ramadan ini.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2021 9:05AM

Gambar: STIL, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ya, benar rentas negeri masih tidak dibenarkan dan anda masih digalakkan untuk duduk di rumah kerana kes COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan.

Tapi panduan ini kami sediakan untuk mereka yang mungkin sudah terlalu lama ‘menyembunyikan’ diri di rumah atau mereka yang sudah terlalu rindu untuk berjalan-jalan atau bercuti. Tak dapat pusing-pusing Malaysia, terokailah negeri masing-masing.

Memandangkan ini bulan puasa, mungkin tidak ramai yang sanggup melakukan aktiviti yang memerlukan banyak tenaga ini. Tapi, ini fakta yang perlu anda tahu, percutian pada bulan Ramadan ada keistimewaannya. Ada sesetengah hotel menawarkan potongan harga bilik sehingga 50 peratus.

Apa yang perlu anda lakukan ialah buat sedikit homework secara dalam talian. Cari info tentang tawaran yang dibuat oleh pihak hotel dan lihat juga lokasi-lokasi berbuka puasa yang boleh dijadikan pilihan ketika bercuti nanti.

Jadi, jika anda memang bercadang atau sudah pun menempah hotel untuk percutian dalam waktu terdekat ini, cuba semak tip di bawah untuk memastikan percutian anda nanti meninggalkan kemanisan tersendiri!

 

1) Berdua lebih baik

Gambar: Igor Rodrigues, Unsplash
Gambar: Igor Rodrigues, Unsplash

Bercuti sendirian di bulan Ramadan amatlah tidak disarankan. Sebabnya, jika anda pergi berseorangan anda akan mudah berasa bosan dan ternanti-nanti waktu berbuka. Silap-silap keinginan hendak keluar dari bilik hotel pun tiada. 

Tetapi jika anda punya teman, banyak perkara yang boleh difikirkan untuk dilakukan bersama. Masa untuk bergambar pun akan jadi lebih panjang sebab ada orang yang tolong ambilkan gambar. Pendek kata, waktu akan terasa lebih cepat berlalu. 

 

2) Pilih hotel yang menawarkan pilihan sahur

Jika anda belum membuat sebarang tempahan bilik, adalah lebih baik anda mencari hotel yang menyediakan kemudahan untuk bersahur. Sama ada boleh dinikmati di bilik sendiri mahupun di restoran milik mereka.

Jika tiada kemudahan ini, agak menyusahkan untuk anda membuat persiapan sahur.

Selain itu, anda juga boleh memilih penginapan berkonsep apartment servis di mana anda dibenarkan untuk memasak.

Jika anda tidak mahu memasak pun, sekurang-kurangnya anda boleh memanaskan makanan yang telah dibeli lebih awal. Memadailah jika ada ketuhar gelombang mikro dan pinggan mangkuk. 

 

3) Jangan tinggal waktu sahur

Gambar: Monika Grabkowska, Unsplash
Gambar: Monika Grabkowska, Unsplash

It’s a big mistake kalau anda sengaja tinggalkan waktu sahur. Ini kerana bersahur sangat penting untuk memastikan tubuh badan kekal bertenaga sepanjang hari. 

Jadi, untuk mengelakkan tubuh badan kepenatan, jangan tinggalkan sahur. Pilih makanan yang mampu memberi tenaga berpanjangan seperti oat, roti bijirin penuh dan madu. Selain itu, jangan lupa minum air secukupnya.

 

4) Mulakan hari anda lebih awal

Mengapa anda disarankan memulakan jadual jalan-jalan anda lebih awal? Sebabnya, ketika perut masih kenyang dan badan masih segar, anda akan teruja untuk melawat banyak tempat  menarik sebelum terik Mentari mula menyerap tenaga serta membuatkan anda kelesuan. 

 

5) Jangan salah pilih aktiviti

Gambar: Klaudia Piaskowska, Unsplash
Gambar: Klaudia Piaskowska, Unsplash

Kalau namanya sudah berpuasa, janganlah pilih aktiviti yang memerlukan ketahanan fizikal seperti merentas hutan, berbasikal keliling kampung atau meneroka gua. Nanti tidak semena-mena terpaksa berbuka puasa sebelum waktunya. 

Pilihlah aktiviti atau melawat tempat yang tidak perlu anda berpanas-panasan seperti muzium. Jika masih mahu lakukan aktiviti outdoor, lakukan pada sebelah petang, ketika menghampiri waktu berbuka puasa.

 

6) Bawa pakaian yang sesuai

Buat 'atur cara' untuk mudah merancang. Bawa pakaian yang sesuai dengan  aktiviti yang anda nak buat. Kalau trip anda memerlukan anda banyak berjalan dari satu tempat ke satu tempat, bawalah kasut yang selesa. 

Sesuaikan juga dengan cuaca, jangan pakai pakaian tebal memandangkan ketika ini negara kita berhadapan dengan cuaca panas terik. Getaran- 29 April 2021

Selamat bercuti!

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Rebut Peluang Beraya Sambil Bercuti Bersama Keluarga, Sudahkah Anda Memilih Destinasi Yang Sesuai? 

2

TARA 1 tahun yang lalu

Percutian Ke Pantai, Kaca Mata Hitam Item Fesyen Mesti Bawa

3

TARA 1 tahun yang lalu

Tokyo Town 101 Ubat Kerinduan Percutian Ke Jepun

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sektor Pelancongan Kembali Rancak, Ombak Villa Tawar Tarikan Buat Mempelai

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Gaya 11 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN