web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Port' Baru Temu Janji, Restoran Baru 'Instagrammable' Ini Rupanya Di Chinatown!

Bangunan restoran ini sebenarnya sudah berusia lebih daripada 100 tahun namun di ubah suai tanpa meninggalkan ciri sejarahnya.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 4:10PM

Crane KL diusahakan oleh pasangan suami isteri warga tempatan dan Ukraine. - Gambar dari Facebook Crane KL 

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mempunyai ciri bangunan klasik dan indah dipandang, restoran Instagrammable bernama Crane KL berwarna kuning ini rupanya terletak di Chinatown, Kuala Lumpur. Asalnya, ia adalah sebuah bangunan yang menjadi tempat pertemuan pegawai dan orang kenamaan, dan dibina pada tahun 1920-an.

Bangunan yang berusia lebih 100 tahun ini kemudian diambil alih oleh pasangan suami isteri Malaysia dan Ukraine. Mereka kemudian mengubah bangunan ini menjadi sebuah restoran dan bar yang sangat selesa, cantik tanpa meninggalkan ciri-ciri asal bangunan ini. 

Crane KL terletak di Jalan Sultan, Kuala Lumpur.
Crane KL terletak di Jalan Sultan, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, pasangan tersebut sudah berpengalaman membuka restoran di Kuantan bernama Puteh Beach Bar. Dengan sentuhan yang sama, mereka ingin memberikan layanan serta hidangan yang lebih baik dengan kehadiran restoran ini di Kuala Lumpur. Lokasinya pula strategik kerana ia terletak di kawasan tumpuan pelancong di samping dekat dengan pengangkutan awam.

Memasuki Crane KL yang dibuka setiap hari bermula jam 12 tengahari, anda akan terpukau dengan susun atur restoran ini yang mempunyai banyak elemen seperti pokok, origami serta sentuhan dekorasi bercirikan Chinatown.

Pendek kata, memang tempat yang sangat cocok untuk temu janji anda apalagi mereka mempunyai persembahan nyanyian daripada band tempatan, setiap Sabtu pada waktu tengah hari.

Di lantai bawah, anda boleh memesan menu beberapa masakan laku keras daripada bermacam negara seperti Nasi Lemak Wonton, Salad, Udon, Laksa dan banyak lagi. Tidak ketinggalan minuman yang menyegarkan seperti Signature Detox Juice yang diperkenalkan mereka.

Pelbagai hidangan menarik boleh didapati di Crane KL.
Pelbagai hidangan menarik boleh didapati di Crane KL.

Manakala di tingkat satu bangunan ini ada sebuah bar rahsia yang dibuka pada jam empat petang. Ia juga boleh ditempah untuk acara-acara peribadi. Apa yang menarik tentang tempat ini, mereka baru sahaja memperkenalkan makanan Ukraine oleh chef terkenal negara itu iaitu Yurii Kovryzhenko.

“Tidak mudah untuk mendapatkan semua barangan masakan untuk hidangan Ukraine yang ingin kami perkenalkan di sini. Apalagi Ukraine sedang berdepan peperangan peperangan. 

“Kita terpaksa cari negara-negara yang menjual barangan asas masakan Ukraine seperti krim,” kata Yuri ketika ditemui Getaran baru-baru ini. 

Susun atur di Crane KL mempunyai banyak elemen seperti pokok, origami serta sentuhan dekorasi bercirikan Chinatown.
Susun atur di Crane KL mempunyai banyak elemen seperti pokok, origami serta sentuhan dekorasi bercirikan Chinatown.

Menurut Yurii lagi, dengan adanya hidangan Ukraine di Malaysia, ia bukan hanya diharap dapat menarik minat Malaysia untuk mencuba makanan negara itu, namun turut mengubati kerinduan rakyat Ukraine yang tidak dapat menjejakkan kaki ke tanah kelahiran mereka akibat peperangan.

Jika anda berminat untuk ke sini, anda boleh terus  ke Crane KL, 78, Jalan Sultan, 50000 Kuala Lumpur atau ke website mereka cranekl.com untuk maklumat lanjut. - Getaran, 30 September 2022

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN

Gaya 11 jam yang lalu

Piala Dunia 2026: Penginapan, Kembara Dan Peluang Mendapatkan Tiket Percuma

Piala Dunia adalah tentang impian, kenangan dan pengalaman yang sukar digantikan dengan apa jua acara sukan lain di dunia

oleh Rahayu MN