web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Kuil Purba Yang Harus Dilawati Sebelum Binasa

Simpanlah idea kembara untuk melihat binaan-binaan purba ini selepas berakhirnya COVID-19 nanti.

Jelajah Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2021 8:47AM

Gambar: Goh Chai Hin/ AFP

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebelum perkembangan agama Samawi yang meluas, manusia purbakala menganuti bermacam-macam kepercayaan sesuai dengan budaya dan tradisi, serta adat resam nenek moyang mereka. 

Wujud sedari zaman bahari, agama-agama ini mungkin ada yang sudah pupus ditelan waktu, namun masih ada sisa-sisa monumennya yang masih kekal bertahan. 

Kukuh berdiri menongkah ujian masa dan tidak betah hilang dari jejak pandangan, kami titipkan 5 kuil purba yang harus anda lawati sebelum binasa, seperti yang tertera:

Gambar: Muzium Arkeologi Lembah Bujang
Gambar: Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Lembah Bujang (Merbok, Kedah, Malaysia)

Kita sebenarnya beruntung dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Mana tidaknya, batu-batan dari candi-candi yang ditemui di kawasan Sungai Batu ini wujud sejak 110M lagi, menjadikannya tapak candi tertua di Asia Tenggara. 

Ia merentasi zaman pra-sejarah, protosejarah dan sejarah moden dengan penemuan manik purba, batu bersurat, arca Hindu-Buddha, tapak peleburan besi, bekas jeti dan pelabuhan entrepot.  Lembah Bujang diakui sebagai tapak tamadun Hindu terawal di Tanah Melayu. Proses cari-gali mendedahkan Lembah Bujang sebagai lokasi terasasnya negara persisiran Kedah purba. 

Lembah Bujang sibuk dengan aktiviti perdagangan maritim antara Asia Barat, China dan India kerana lokasi pelabuhannya yang strategik. Ia antara bandar pelabuhan yang terbilang di zaman purba. Jangan lupa singgah ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang berdekatan jika anda ke sini. Kemasukan adalah percuma! Lawati dahulu kuil purba kita, sebelum kamu ke luar negara! 

Gambar: Michael Rivera
Gambar: Michael Rivera

Borobudur (Magelang, Indonesia)

Dinobatkan sebagai candi Buddha terbesar di dunia, Borobudur dibina dengan sembilan pentas aras bawah, empat pentas aras tengah, diikuti tiga pentas bulat aras atas dan diakhiri dengan sebuah kubah puncak. 

Sarat dengan 2,672 ukiran Jawa Kuno dan 504 buah arca Buddha, Borobudur dibina oleh Dinasti Sailendra pada abad ke-9 Masihi. Mula diabaikan pada abad ke-14 Masihi akibat pengaruh kerajaan Hindu Jawa, ia ditinggalkan sepenuhnya semasa kedatangan Islam di Pulau Jawa. 

Akhirnya, pada 1814 barulah kerja-kerja pemulihan Borobudur dijalankan di bawah arahan Sir Stamford Raffles.

Gambar: Jillian Kim
Gambar: Jillian Kim

Angkor Wat (Siem Reap, Kemboja)

Monumen agama terbesar di dunia ini merangkumi kawasan seluas 1,626,000 juta kaki persegi. Mulanya Angkor Wat dibina oleh Kerajaan Khmer sebagai kompleks keagamaan Hindu, namun lama-kelamaan ia berubah menjadi kompleks keagamaan Buddha menjelang abad ke-12.

Angkor Wat dibina oleh Maharaja Khmer, Maharaja Suryavarman II dengan rekaan berpaksikan Gunung Meru. Kini ia menjadi tarikan utama pelancongan negara ini dan berperanan sebagai simbol nasional serta diabadikan di atas bendera rasmi Kemboja.

Aussie Active
Aussie Active

Kuil Abu Simbel (Aswan, Mesir)

Kuil berhala yang dipahat pada gunung batu Sungai Nil ini dibina pada 1264 SM oleh Firaun Ramesses II setelah berjaya menakluki wilayah selatan melalui kemenangan Perang Kadesh melawan empayar Hittite. Bertindak bukan hanya sebagai piala kekuasaan Mesir, ia juga bertujuan bagi menakutkan puak selatan. 

Kuil purba ini dinamakan semula bersempena nama seorang budak lelaki tempatan di Mesir yang menemuinya setelah berzaman-zaman tertimbus di dalam pasir. Pada 1968, kuil ini dipindahkan sedikit tinggi dari lokasi asalnya bagi mengelakkan ia tenggelam dek empangan moden Aswan.

Gambar: Jean Estrella
Gambar: Jean Estrella

Machu Picchu (Cuzco, Peru)

Dibina dengan langgam Inca klasik, Machu Picchu adalah bandar terakhir empayar Inca. Sering dijoloki dengan nama ‘Kota Inca Yang Hilang’, ia terletak di atas Lembah Urubamba pada ketinggian 2.350m atas paras laut. 

Pengunjung harus cekal dalam mengharungi laluan dan denai gunung yang mencabar sebelum sampai ke struktur utama seperti Intihuatana, Kuil Matahari dan Ruangan Tiga Jendela. – Getaran, 1 April, 2021

Semua gambar (kecuali Lembah Bujang): UNSPLASH

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi