web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Aktiviti ‘Fun’ Anda Boleh Lakukan di Kuala Selangor!

Kuala Selangor bukan sekadar 'sky mirror!' Jom semak senarai lima aktiviti 'fun' lain yang boleh dilakukan di sana.

Jelajah Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2021 2:30PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bila kerajaan dah bagi kita lampu hijau untuk rentas daerah, jangan sia-siakan peluang ini. Ada banyak aktiviti yang kita boleh lakukan untuk merancakkan kembali industri pelancongan negara. 

Bila kita bercakap tentang Kuala Selangor, ramai yang ingat ia hanya terkenal sebagai lokasi sky mirror sahaja. Jangan tersilap! Sebenarnya ada banyak tempat menarik  yang boleh dilawati di Kuala Selangor. Berikut kami senaraikan beberapa aktiviti menarik yang anda boleh cuba hujung minggu ini. 

 

Naik basikal di sawah padi

Rupanya di pekan Sekinchan, ada banyak kedai yang menawarkan perkhidmatan berbasikal. Jadi, apa kata anda berbasikal dengan ahli keluarga sambil menikmati keindahan sawah padi di Sekinchan.

Kalau anda nak tahu, mutu padi di Sekinchan merupakan yang terbaik di dunia. Tapi nasihat kami, pastikan anda berbasikal pada waktu pagi kerana udaranya lebih tenang dan damai. 

Gigih juga kalau nak berbasikal waktu matahari tengah terik di atas kepala. 

 

Minum mango shake

Tak jauh dari tempat berbasikal itu, anda boleh pergi menghilangkan dahaga dengan menikmati minuman mango shake

Apa yang istimewanya tentang mango shake versi kedai ini berbanding di tempat lain ialah terdapat taburan asam boi dekat atas air tu. Jadi, bila anda minum ada rasa masam-masam yang menyegarkan. 

 

Belajar buat kuih kapit

Kuih kapit merupakan antara produk terkenal di Kuala Selangor. Anda boleh singgah ke kedai pengusaha kuih kapit dan belajar bagaimana cara membuat kuih tradisi ini. 

Kalau anda nak tahu, kuih kapit juga telah diinovasi dengan pelbagai perisa, antaranya durian!

 

Tonton pertunjukan kuda kepang

Di Kampung Bukit Cherakah, mereka masih lagi memelihara seni dan tradisi tarian masyarakat Jawa yang terkenal iaitu kuda kepang. 

Walaupun tarian kuda kepang banyak dikaitkan dengan unsur mistik, namun di kampung ini, tarian yang ditunjukkan hanyalah sekadar persembahan dan tidak ada yang perlu dibimbangkan.

 

Mandi di kolam air panas

Jika anda ingin memanjakan diri di sebelah malam, apa kata anda singgah ke Kolam Air Panas Cholo-Cholo. 

Walaupun lokasinya agak jauh ke dalam, namun ia sangat berbaloi memandangkan air panas di Cholo-Cholo datang dari sumber semula jadi. 

Jika anda inginkan privasi, anda juga boleh menempah bilik khas tanpa perlu bercampur dengan orang lain.

Selamat mencuba! - Getaran, 25 Mac 2021

Semua gambar: Wafa Awla

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi